fbpx

Pergerakan Penumpang Meningkat, MAHB Bakal Kembali Gemilang?

Oleh : Wan Syarafiz
13 November 2018 - 4:59 pm

Reading Time: 3 minutes
  • MAHB catat peningkatan 4.4% untuk jumlah keseluruhan pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbangnya sepanjang tempoh 12 bulan lepas
  • Pengendalian lapangan terbang harus dibuka kepada ahli perniagaan – Tony Fernandes

 

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melaporkan 75% operasi rangkaian lapangan terbangnya telah mencatatkan kerugian sebelum ini. Namun kini, MAHB mencatatkan perkembangan positif apabila pergerakan penumpang telah mula meningkat naik.

 

Baca: 75% Operasi Lapangan Terbang di Malaysia Rugi – MAHB

Baca: 5 Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia Bakal Ditransformasi – MAHB

 

Pergerakan penumpang di semua rangkaian lapangan terbang MAHB termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul meningkat sebanyak 0.5% daripada 10.64 juta penumpang pada Oktober lepas kepada 10.69 juta penumpang pada Oktober tahun ini.

 

MAHB dalam kenyataannya berkata pergerakan penumpang antarabangsa telah mencatatkan peningkatan 2.2% kepada 5.1 juta penumpang. Namun keadaan yang berbeza pula bagi pergerakan penumpang di sektor domestik. Walaupun pergerakan penumpang domestik adalah lebih tinggi dengan kadar 5.6 juta orang tetapi ia sebenarnya menurun 1% jika dibandingkan dengan tempoh setahun lepas.

 

Sepanjang tempoh 12 bulan daripada Oktober tahun lepas sehingga Oktober tahun, rangkaian lapangan terbang MAHB telah mencatatkan jumlah pergerakan penumpang keseluruhan sebanyak 132.3 juta penumpang.

 

Ini adalah satu pertumbuhan positif bagi MAHB kerana dalam tempoh 12 bulan sebelum itu, jumlah keseluruhan pergerakan penumpang yang dicatatkan ialah 126.8 juta penumpang. Ini bermakna terdapat pertumbuhan sebanyak 4.4%.

 

Image result for mahb
Kredit: FMT

 

Baca: Kerajaan Dijangka Jana RM4 Bilion Daripada REIT Lapangan Terbang

 

Peningkatan pergerakan penumpang ini boleh disifatkan sebagai situasi yang baik kepada MAHB kerana pengendali lapangan terbang itu telah menerima banyak kritikan sebelum ini.

 

Kritikan kepada MAHB ini dikatakan berpunca daripada 75% operasi lapangan terbang di Malaysia sebelum ini mencatatkan kerugian.

 

Sebagai rekod, MAHB merupakan pengendali bagi 39 rangkaian lapangan terbang dengan 5 daripadanya adalah lapangan terbang antarabangsa. Manakala selebihnya ialah 16 lapangan terbang domestik dan 18 landasan perlepasan dan pendaratan pendek.

 

CEO Kumpulan Air Asia, Tony Fernandes juga menyatakan kritikan terbuka kepada MAHB berikutan kerugian 75% operasi lapangan terbang di Malaysia dan menyokong idea supaya pengendalian lapangan terbang dibuka kepada ahli perniagaan.

 

Image result for mahb
Kredit: FMT

 

“Jika MAHB gagal membuat untung daripada 75% lapangan terbang, peluang harus diberikan kepada ahli perniagaan atau syarikat lain. Ianya berhasil di United Kingdom dan juga di tempat-tempat lain” ujar Tony.

 

Tony membuat kenyataan sedemikian kerana beliau dalam masa yang sama juga mahukan Air Asia memiliki terminal tambang murah sendiri supaya kos operasi Air Asia yang rendah dapat dikekalkan.

 

Namun usaha Tony itu mungkin terbantut kerana kerajaan baru sahaja mengumumkan pelaksanaan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) bagi menampung perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan lapangan terbang di Malaysia.

 

Menerusi inisiatif ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjangkakan sebanyak RM4 bilion akan bejaya diraih melalui penjualan 30% ekuiti REIT kepada institusi pelaburan.

 

Idea REIT lapangan terbang ini merupakan yang pertama di perkenalkan di seluruh dunia dan disifatkan akan mampu mengurangkan beban kewangan kerajaan. Sebelum ini, kos pembiayaan lapangan terbang datang daripada pihak kerajaan melalui terbitan bon dan juga daripada pendapatan lapangan terbang itu sendiri.

 

Walau bagaimanapun, MAHB juga seharusnya bersedia untuk menghadapi cabaran akan datang terutamanya dengan situasi harga minyak yang sering berubah. Seperti yang kita tahu, kenaikan harga minyak akan meningkatkan kos operasi kepada syarikat penerbangan dan ini sekaligus akan memberi kesan kepada trafik penumpang.

 

Jika kita lihat pada trend hari ini, harga minyak disifatkan pada paras stabil dengan harga sekitar USD70 setong. Walaupun ramai menjangkakan harga minyak ini akan turun pada tahun hadapan, namun bersediakah MAHB untuk terus mencatatkan pertumbuhan positif dari tahun ke tahun sekiranya harga minyak akan terus meningkat naik?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…