fbpx

Masalah Aliran Tunai Felda dan Hutang RM8.05 Bilion

Oleh : Wan Syarafiz
23 November 2018 - 3:27 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Penjualan aset-aset Felda dikatakan mampu mengurangkan hutang Felda sebanyak RM2 bilion
  • Untuk mengatasi masalah aliran tunai, Felda memerlukan harga minyak sawit berada pada paras RM3,000 satu tan

 

Dengan harga minyak sawit yang jatuh merudum, masalah aliran tunai Felda dilihat semakin meruncing. Bagi menampung masalah aliran tunai ini, apakah aset-aset ‘bermasalah’ Felda akan dijual? Bagaimana pula nasib peneroka Felda selepas ini? Adakah kerajaan akan mengambil alih tanggungjawab sosial Felda bagi menjaga kebajikan peneroka?

 

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menyatakan bahawa kerajaan tidak mampu untuk menjual aset Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada harga yang mampu memberikan pulangan keuntungan. Hal ini dinyatakan oleh beliau berikutan aset-aset ini dahulunya dibeli pada harga yang melebihi harga pasaran.

 

Image result for felda
Kredit: The Star

 

Tinggi sangat ke hutang Felda sehinggakan perlu menjual aset-aset mereka?

 

Setakat ini, hutang yang direkodkan Felda berjumlah sebanyak RM8.05 bilion! Menurut Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, penjualan aset-aset ini mampu mengurangkan hutang RM8.05 bilion kepada RM6 bilion.

 

Ya, aset-aset ini dikatakan mampu menampung sekitar RM2 bilion hutang Felda.

 

Kenapa tak buat pinjaman atau terbitkan bon untuk menampung hutang Felda?

 

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lepas, Felda dikhabarkan mahu menerbitkan bon namun hasrat ini kemudiannya menjadi senyap sepi dan tiada sebarang tindakan susulan yang diambil selepas pertukaran kerajaan baru. Institusi-insititusi kewangan juga dikatakan risau untuk memberikan pinjaman atau membeli bon daripada Felda melainkan mendapat jaminan kerajaan.

 

Adakah Felda memang tidak mampu menjana duit?

 

Selepas Felda Global Ventures (FGV) disenaraikan di Bursa Malaysia, Felda telah menerima sebanyak RM6 bilion hasil daripada penyenaraian ini. Daripada jumlah RM6 bilion ini, sebanyak RM1.7 bilion telah dibelanjakan sebagai ‘durian runtuh’ bagi menjaga kebajikan peneroka.

 

Bukan itu sahaja, Felda juga telah memajakkan tanahnya yang berkeluasan kira-kira 355,000 hektar kepada FGV di bawah Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) selama 99 tahun. Di bawah perjanjian ini, FGV perlu membuat pembayaran sebanyak RM250 juta setiap tahun kepada Felda serta berkongsi 15% keuntungan operasi ladang bersama Felda.

 

Walau bagaimanapun, adakah bayaran pajakan RM250 juta dan 15% keuntungan operasi ladang ini mampu untuk menampung perbelanjaan Felda setiap tahun? Dengan harga minyak sawit pada kadar RM2,200 untuk satu tan, keuntungan operasi yang bakal diraih oleh Felda ialah kira-kira RM400 juta.

 

Untuk mengatasi masalah aliran tunai Felda, mereka memerlukan harga minyak sawit berada pada paras RM3,000 satu tan yang mana keuntungan operasi akan dijana sekitar RM800 juta. Apabila ditambah dengan harga pajakan tanah Felda kepada FGV, jumlah keseluruhan yang bakal diraih Felda ialah sekitar RM1.1 bilion.

 

Image result for felda
Kredit: The Malaysian Insight

 

Walau bagaimanapun, harga minyak sawit ini adalah di luar kawalan Felda dan FGV. Apakah solusi terbaik?

 

Disebabkan hal itu, Felda pada awalnya mahu menerbitkan bon supaya mereka berjaya mendapat suntikan dana. Alternatif lain yang turut difikirkan ialah Felda mengambil semula aset-aset mereka daripada FGV atau kerajaan mengambil alih tanggungjawab sosial Felda menjaga kebajikan peneroka.

 

Tetapi, mampukah kerajaan? Hal ini kerana, dalam situasi kewangan sekarang, kerajaan telah menanggung hutang sedia ada yang tinggi.

 

Berikutan masalah yang dihadapi Felda, Azmin Ali telah menyatakan komitmen beliau bahawa masalah Felda ini akan berjaya diatasi sebaik sahaja Kertas Putih berkenaan pengurusan Felda dibentangkan di dalam Parlimen.

 

“Ia adalah sangat serius, saya telah melihat draf (Kertas Putih) tetapi kementerian sedang melihat kepada perinciannya,” ujar Azmin Ali.

 

Apakah kesudahan kemelut Felda ini nanti?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…