fbpx

Medkad Mensasarkan 20,000 Pengguna Tahun Hadapan

Oleh : Kauthar Rozmal
14 November 2018 - 2:01 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Jumlah panel dijangka meningkat 1 kali ganda kepada 3,000 buah panel tahun hadapan
  • Dengan saiz pengguna lebih kurang 5,000 orang, transaksi bulanan Medkad mencecah RM80,000 sebulan

Semalam telah berlansung satu Majlis Pelancaran Medkad di The Venue, Shah Alam. Majlis tersebut dilancarkan oleh En Rizal Nainy, Timbalan Ketua Eksekutif (I) SME Corporation Malaysia.

 

Ada dalam kalangan anda yang masih belum tahu apakah dia Medkad?

 

Medkad ialah sebuah startup yang berbeza penawarannya berbanding beberapa startup yang lain. Medkad memfokuskan perkhidmatan dalam bidang kesihatan. Startup ini menyediakan solusi kepada syarikat-syarikat untuk mengurus dan automasi manfaat kesihatan (medical benefits) untuk para pekerja mereka dengan kos yang efektif.

 

Bagaimana Medkad ini berfungsi? Ia berfungsi hampir sama seperti syarikat sedia ada di pasaran seperti AIA atau PM Care yang diupah oleh sesebuah syarikat untuk menguruskan manfaat kesihatan pekerja mereka. Tetapi yang menariknya, Medkad ini mengaplikasikan penggunaan pembiayaan sendiri (self funding) dalam sistem mereka.

 

Baca: Medkad: Startup Penyelesai Syak Wasangka Pekerja Ambil MC

 

Potensi Medkad dalam pasaran Malaysia

Semenjak Medkad ditubuhkan pada September 2016 dan beroperasi pada Januari 2018, mereka telah berjaya memperoleh seramai 5,000 pengguna daripada 60 buah syarikat dan 1,300 buah klinik dan hospital panel.

 

Pada awalnya Medkad hanya mensasarkan syarikat-syarikat startup dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai pelanggan mereka. Medkad dilihat memenuhi keperluan start-up dan PKS dalam menyediakan manfaat kesihatan kepada pekerja.

 

Tidak seperti syarikat lain yang mengenakan pelbagai syarat, Medkad menerima mana-mana syarikat yang ingin menggunakan produk mereka. Hatta jika syarikat tersebut hanya mempunyai 1 pekerja sahaja Medkad masih menerima mereka sebagai pelanggan.

 

Di samping dapat menjimatkan kos operasi syarikat, sistem Medkad memudahkan syarikat memantau maklumat mengenai masalah kesihatan yang dihadapi oleh pekerja. Antara respon positif yang diterima adalah banyak penurunan MC dilaporkan dan masalah tuntutan palsu (fraud claim) dapat dielakkan.

 

Menurut Ketua Pegawai Strategi Medkad, Ahmad Azlan, suku pertama dan kedua 2018 pelanggan Medkad merupakan syarikat dengan saiz pekerja kurang 50 orang. Bagi suku ketiga pula Medkad telah berjaya mendapatkan pelanggan yang lebih besar dengan jumlah pekerja seramai 500 orang.

 

Dengan saiz pengguna lebih kurang 5,000 orang, transaksi bulanan mereka telah mencecah RM80,000 sebulan. Ini angka yang sangat memberangsangkan bagi sebuah syarikat startup yang berusia tidak sampai 3 tahun.

 

Meneroka pasaran luar negara

Dalam perancangan mengembangkan servis Medkad ke luar negara, mereka mensasarkan untuk bermula dengan negara jiran Indonesia. Antara sebab mengapa Indonesia dipilih sebagai negara pertama kerana kemudahan perantaraan bahasa.

 

Namun untuk bertapak di Indonesia hadir dengan cabarannya tersendiri. Hal ini kerana wujudnya program kesihatan daripada BPJS Kesehatan (Badan Penyelenggara Jaminan Sosial Kesehatan) yang diwajibkan kepada semua syarikat.

 

Tetapi menurut CEO Medkad, Ezuan Yaacob mereka masih menunggu hala tuju kerajaan Indonesia dan telah merancang beberapa strategi untuk menangani masalah ini.

 

Fokus bagi tahun 2019

Tahun hadapan Medkad mensasarkan pangkalan pengguna (user base) mereka meningkat daripada 5,000 orang hari ini kepada 20,000 orang.

 

Dengan maklum balas yang sangat positif daripada klinik panel, jumlah panel dijangka meningkat 1 kali ganda kepada 3,000 buah panel yang terdiri daripada klinik dan hospital swasta dan juga kerajaan.

 

Buat masa sekarang jumlah transaksi meningkat pada kadar 48% bulan ke bulan. Dengan kadar pertumbuhan ini, untuk mencapai sasaran pada tahun hadapan bukanlah satu perkara yang mustahil.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…