fbpx

Mekanisme Skim Pencen Perlu Disemak Semula

Oleh : Kauthar Rozmal
12 November 2018 - 4:10 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Jangka hayat rakyat Malaysia telah meningkat kepada 74.6 tahun pada tahun 2017 berbanding 64.6 tahun pada tahun 1966
  • Peruntukan perbelanjaan pencen kepada pesara dijangka meningkat kepada RM100 bilion

Peruntukan tahunan pencen meningkat 3 kali ganda daripada tahun 2007 hingga 2017. Ianya meningkat pada kadar 11.6% setahun daripada RM7.04 bilion (2007) kepada RM21.22 bilion (2017).

 

2 November lalu, seiring dengan pembentangan Belanjawan 2019 Kementerian Kewangan turut mengeluarkan Laporan Tinjaun Ekonomi 2019.

 

Baca: Ringkasan Belanjawan 2019: Lebih Baik Daripada Yang Disangkakan

 

Antara isu yang dibincangkan dalam Laporan tersebut adalah kesan negara menua terhadap ekonomi Malaysia.

 

Menurut World Health Organisation, apabila bilangan penduduk berumur 65 tahun ke atas melebihi 7% daripada jumlah penduduk, ianya dikenali sebagai ‘ageing society’.

 

Pada tahun 2017, bilangan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas berjumlah lebih kurang 2 juta atau 6.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

 

Jumlah ini dijangka meningkat kepada 2.4 juta iaitu tujuh peratus daripada jumlah penduduk pada 2020 seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara menua.

 

Secara teorinya negara menua akan memberi kesan yang negatif terhadap ekonomi kerana kadar produktiviti yang menurun. Bahasa mudahnya semakin ramai orang tua semakin berkuranglah bilangan mereka yang berkerja.

 

Selain itu, negara menua turut memberi kesan kepada perbelanjaan kerajaan. Lebih panjang jangka hayat rakyat, lebih banyak pencen yang perlu dibayar oleh kerajaan.

 

Jangka hayat rakyat Malaysia telah meningkat kepada 74.6 tahun pada tahun 2017 berbanding 64.6 tahun pada tahun 1966.

 

Sumber: Kementerian Kewangan

 

Menurut laporan tersebut skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.

 

 

“Pada masa ini skim pencen perkhidmatan awam melaksanakan kaedah tanpa caruman iaitu peruntukan dana dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

“Justeru, untuk memastikan kedudukan fiskal yang mampan dalam jangka masa panjang, skim pencen perkhidmatan awam perlu ditambah baik dan diperbaharui dengan memperkenalkan skim caruman ditentukan untuk lantikan baharu dalam perkhidmatan awam,” menurut laporan itu.

 

 

Sumber: Kementerian Kewangan

 

Tidak dinafikan manfaat pencen merupakan salah satu sebab ramai orang berminat untuk bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Dilaporkan bahawa pada tahun 2016 seramai 1.56 juta orang memohon perkerjaan di sektor kerajaan sedangkan hanya ada 25,046 kekosongan.

 

Ketika ini dianggarkan jumlah pesara kerajaan melebihi 775,000 orang dan dijangka meningkat kepada 1.5 juta orang pada 2050 seiring dengan trend peningkatan jangka hayat penduduk Malaysia daripada 75 tahun kepada 85 tahun dalam tempoh tersebut.

 

Peruntukan perbelanjaan pencen kepada pesara dijangka meningkat kepada RM100 bilion pada tahun 2050 jika trend ini berterusan. Adakah kerajaan masih mampu untuk membayar pencen ketika itu?

 

Apakah langkah terbaik untuk menangani masalah ini? Adakah KWAP mampu KWAP boleh mengambil alih tugas membayar wang pencen menggunakan dana mereka sendiri ?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…