fbpx

Menjawab Pengkritik RM30 Bilion Dividen Khas Petronas

Oleh : Hilmi Ibrahim
15 November 2018 - 5:32 pm

Reading Time: 4 minutes

Perubahan penilaian prospek Moody’s terhadap Petronas daripada stabil kepada negatif adalah langkah kurang tepat. Ini susulan daripada kenyataan Lim Guan Eng yang menyatakan penarafan perlu dibuat berdasarkan prestasi syarikat dan bukannya bayaran dividen khas.

 

Baru-baru ini, salah sebuah agensi penarafan “Big Three”, Moody’s Investors Service telah mengubah penilaian prospek syarikat Petronas daripada stabil kepada negatif susulan daripada pengumuman kerajaan bahawa Petronas akan membuat pembayaran dividen berjumlah RM26 bilion pada 2018 dan RM54 bilion pada 2019.

 

Pembayaran dividen RM54 bilion pada 2019 itu adalah termasuk pembayaran “one-off” dividen khas RM30 bilion.

 

Menurut Naib Presiden Kanan Moody’s, Vikas Halan, penarafan negatif Petronas ini menggambarkan pandangan agensi penarafan terbabit bahawa profil kewangan Petronas akan terjejas sekiranya kerajaan terus meminta Petronas mengekalkan dividen yang tinggi terutamanya jika harga minyak susut.

 

Image result for moodys
Kredit: Bond Buyer

 

Namun begitu, di sebalik kritikan yang dilemparkan kepada pihak kerajaan kerana ‘mengerah’ Petronas untuk membayar dividen khas ini, bukankah ia sepatutnya juga dinilai daripada sudut positif?

 

Pembayaran RM30 bilion ini hanyalah bersifat “one-off” di mana hanya perlu dibuat sekali sahaja pada tahun 2019 dan bukannya berterusan setiap tahun.

 

Pihak Moody’s seharusnya tidak perlu risau kerana dividen yang tinggi ini hanya akan dibayar sekali sahaja dan bukan memberi penarafan negatif kepada Petronas berdasarkan “assumption” mereka bahawa pembayaran dividen tinggi ini akan berterusan setiap tahun.

 

Selain itu, sebagai sebuah syarikat minyak dan gas nasional, bukankah ia juga menjadi satu tanggungjawab Petronas untuk membantu negara di saat negara betul-betul memerlukan?

 

Lihat sahaja situasi kewangan negara kita pada hari ini, dengan bebanan hutang yang tinggi ditambah pula baki Akaun Hasil Disatukan yang ditinggalkan kerajaan lepas hanyalah berjumlah RM450 juta sahaja. Inilah masanya untuk Petronas memainkan peranan bagi membantu negara.

 

Baki Akaun Hasil Disatukan sebelum ini dilaporkan telah menyusut sebanyak 96% daripada RM11.86 bilion pada 31 Disember 2017 kepada RM450 juta pada 30 April 2018.

 

“Hanya ada RM450 juta sahaja yang boleh dibelanjakan untuk membayar emolumen (gaji penjawat awam) dan pencen sedangkan untuk ini sahaja, Kerajaan memerlukan lebih RM8 bilion sebulan,” ujar Lim Guan Eng.

 

Related image
Kredit: The Chemical Engineer

 

Apa keperluan dividen khas RM30 bilion ini?

 

Dividen RM30 bilion ini bukanlah untuk disalurkan kepada pembinaan projek-projek mega sebaliknya ia akan dipulangkan kembali kepada peniaga dan rakyat.

 

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya, pembayaran dividen khas ini sebenarnya adalah bagi membantu pihak kerajaan untuk membuat bayaran tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan yang berjumlah sekitar RM37 bilion.

 

Bukankah ini sebenarnya adalah berita baik? Apabila pembayaran balik dibuat kepada peniaga dan rakyat, ia mampu membantu untuk merangsang ekonomi negara. Peniaga akan mempunyai lebihan wang untuk berniaga, rakyat pula akan ada lebihan wang untuk berbelanja.

 

RM30 bilion dividen khas disebabkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional?

 

Jika kesemua pembayaran tunggakan telah diselesaikan oleh kerajaan sebelum ini, sudah pasti dividen khas RM30 bilion ini tidak lagi diperlukan. Tapi bagi memenuhi kegagalan pemerintah lepas, kerajaan hari ini terpaksa mengharapkan bantuan Petronas.

 

Satu lagi perkara penting yang perlu diketahui orang ramai ialah pengumuman pembayaran dividen khas ini dibuat hanya selepas pihak kerajaan berbincang dengan Petronas. Syarikat minyak itu sendiri telah menyatakan mereka mampu untuk membayar dividen khas ini.

 

Hanya Petronas yang mengetahui operasi dan keuntungan syarikat mereka. Jadi, apa keperluan mengkritik?

 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjelaskan Petronas mampu untuk membayar dividen khas ini. Hal ini kerana, harga minyak dunia telah pun meningkat naik kepada paras sekitar USD80 setong.

 

Berbalik kepada agensi penarafan Moody’s Investors Service, walaupun dikenali dengan sebagai salah satu “Big Three” agensi penarafan di dunia tetapi beberapa kenyataannya sebelum ini pernah mengundang kontroversi.

 

Antaranya ialah mengatakan kemelut 1MDB tidak akan memberikan sebarang risiko terhadap ekonomi Malaysia. Bukan itu sahaja, Moody’s turut berkata bahawa jaminan kerajaan terhadap bon 1MDB tidak akan memberi risiko kepada kekuatan fiskal dan penarafan kredit negara.

 

Bukanlah untuk menidakkan kehebatan agensi penarafan Moody’s tetapi dalam masa sama, salah satu agensi penarafan “Big Three” yang lain, Fitch Ratings masih mengekalkan penarafan Petronas pada paras AA-.

 

Image result for fitch ratings
Kredit: PageOne.ng

 

Fitch menjangkakan Petronas hanya akan menerima impak minimum daripada pengumuman pembayaran dividen khas tersebut.

 

“Kerajaan mempunyai sejarah yang membolehkan PETRONAS mengekalkan profil kredit dan wang tunai yang kukuh dengan dividen yang rendah susulan pendapatan yang lebih rendah, seperti yang berlaku pada 2015 dan 2016.

 

“Kami rasa kerajaan akan menyokong PETRONAS mengekalkan profil kredit yang sihat kerana kepentingannya menjana hasil negara dan memberi peluang kepada syarikat itu berkembang dan menjana pendapatannya,” ujar agensi Fitch Ratings.

 

Walaupun pembayaran dividen khas dengan nilai RM30 bilion ini mendapat banyak kritikan tetapi orang ramai juga haruslah bersikap adil. Wang ini bukannya digunakan untuk pelaburan yang masih belum diketahui untung ruginya sebaliknya ia akan disalurkan kembali kepada rakyat yang akhirnya akan merangsang dan meningkatkan lagi ekonomi negara.

 


Hilmi Ibrahim ialah seorang pembaca Kapital.my dan berpengalaman luas dalam bidang industri minyak dan gas antarabangsa.

 

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Kapital.my

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Telur -01

Harga Telur Naik Lebih 10 Sen Sebiji Semenjak April

Reading Time: 2 minutes 60% daripada bahan kandungan makanan ayam ini perlu diimport daripada negara luar KPNKK sedang menyiasat kenaikan ini jika…

duit-gaji

Pemintaan Gaji ‘tidak realistik’ Punca Pengangguran

Reading Time: 1 minute Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Pemintaan gaji ‘tidak realistik’ adalah antara alasan…

Tabung haji 1-01

SPV Mengambil Alih Aset Tabung Haji Bernilai RM19.9 bilion

Reading Time: 4 minutes Antara hartanah yang akan dipindahkan kepada SPV adalah tanah di Tun Razak Exchange (TRX) SPV akan memberi sukuk…

SPV-01

Apa itu SPV?

Reading Time: 2 minutes SPV ni entiti yang ditubuhkan dengan satu tujuan khas sahaja, samada untuk beli aset (spt Danaharta), untuk financing…