fbpx

Merokok Dan Alternatif Kepada Rokok – Antara Persepsi Dan Realiti

Oleh : Kauthar Rozmal
08 November 2018 - 1:16 pm

Reading Time: 2 minutes
  • 87% daripada responden turut bersetuju bahawa rokok elektronik dan alternatif melengkapkan usaha lain dalam mengurangkan bahaya rokok
  • ‘produk tembakau yang dipanaskan’ (heat not burn tobacco) berjaya mengurangkan penggunaan rokok di Jepun sebanyak 20%

85% daripada 1,000 responden bersetuju perokok perlu didedahkan dengan alternatif lain bagi mengurangkan risiko kepada perokok.

 

Satu kaji selidik maya bertajuk “Attitudes Toward Smoke-Free Alternatives and Public Health: Malaysia Survey” telah dijalankan daripada 6 – 15 September lalu. Kaji selidik tersebut dijalankan oleh syarikat kaji selidik Ipsos dan ditauliahkan Philip Morris International (PMI).

 

Kredit: NST

 

Tidak dapat dinafikan untuk menghentikan tabiat merokok bukanlah perkara yang mudah bagi mana-mana individu. Jumlah perokok di Malaysia dianngarkan 5.5 juta- masih kurang sama hari ini berbanding 10 tahun lalu. Walaupun nasihat terbaik adalah untuk para perokok berhenti merokok- namun realitinya untuk membuang tabiat ini adalah amat sukar. Jadi apa yang kita boleh bantu adalah dengan menyediakan alternatif yang lebih baik supaya para perokok dapat membuat keputusan yang bijaksana.

 

Menurut saudara Amirul Hadi, sejak menggunakan rokok elektronik dia tidak lagi risau dengan bau busuk dan dapat menjimatkan wang.

 

“Saya sudah merokok selama 5 tahun dan telah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi gagal. Selepas menggunakan vape, saya berjaya mengurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit” Amirul

 

Walaupun produk seperti vape dilihat sebagai alternatif yang baik semenjak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2009, namun ianya mendapat beberapa tentangan daripada pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan satu ketika dahulu.

 

Sudah berapa ramai kita lihat kawan atau keluarga yang cuba berhenti tetapi gagal. Mungkin alternatif yang lebih baik perlu diberikan sebelum mereka mampu berhenti sepenuhnya.

 

‘heat not burn tobacco’ yang digunakan di Jepun

 

Tahukah anda selain daripada rokok elektronik dan vape sebagai alternatif, di Jepun ada satu alternatif lain yang lebih popular iaitu ‘produk tembakau yang dipanaskan’ (heat not burn tobacco). Produk ini telah berjaya mengurangkan penggunaan rokok di Jepun sebanyak 20%.

 

Selain itu, antara produk alternatif lain adalah garam nikotin dan serbuk tembakau yang boleh didapati di kedai rokok elektronik atau kedai runcit tertentu.

 

Kaji selidik ini turut menunjukkan 84% responden bersetuju kerajaan perlu memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan produk alternatif ini.

 

Kebanyakan produk alternatif bukan sahaja memanfaatkan si perokok tetapi orang disekelilingnya juga. Sememangnya sudah terdapat bukti yang jelas dari sudut saintifik, membuktikan rokok elektronik dan alternatif seperti produk tembakau yang dipanaskan kurang mudarat berbanding rokok tradisional- namun masih lagi kurang kesedaran tentang produk tersebut dalam pasaran.

 

87% daripada responden turut bersetuju bahawa rokok elektronik melengkapkan usaha lain dalam mengurangkan bahaya rokok.

 

Kajian saintifik dan pengunaaan teknologi perlu digiatkan lagi bagi membantu menangani isu rokok ini. Masyarakat juga perlu berfikiran terbuka dalam menjayakan visi negara bebas asap rokok.

 

Memandangkan kepimpinan negara sudah kembali kepada “Dasar Pandang ke Timur”, mungkin kerajaan perlu mengambil iktibar daripada negara Jepun dan juga Korea dalam isu alternatif kepada Rokok.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…