Pelabur Matawang Digital Rugi USD700 Bilion Sejak Tahun Lalu
- Nvidia Corp kehilangan hampir separuh nilai pasaran semenjak Oktober lalu
- Kejatuhan matawang digital telah mencecah setinggi 70%
Harga Bitcoin jatuh serendah USD4,000 minggu lalu, merupakan paras terendah bagi tahun ini.
Tahun lalu merupakan tahun paling gemilang buat pasaran matawang digital. Bitcoin mencatatkan kenaikan setinggi 2000% pada tahun 2017 sahaja!
Namun kenaikan tersebut tidak kekal lama, setiap yang naik pasti akan jatuh. Pada 17 Dec tahun lalu, dalam tempoh masa seminggu sahaja Bitcoin jatuh daripada USD20,000 kepada USD10,600.
Setakat hari ini, pasaran matawang digital mengalami kehilangan nilai pasaran sebanyak USD700 bilion. Beberapa perkara telah menyebabkan pelabur keluar daripada pasaran wang digital ini seperti pengawalseliaan yang semakin ketat.
Walaupun kejatuhan matawang digital telah mencecah setinggi 70%, penganalisis pasaran, Stephen Innes berkata masih tiada tanda yang kukuh bahawa pasaran ini akan jatuh lebih teruk.
“Masih ramai pelabur dalam pasaran ini” Stephen Inners, Ketua Perdagangan bagi Asia Pasifik di Oanda.
Menurut beliau, jika Bitcoin akan “collapses” jika harganya jatuh kepada USD3,000. Jika perkara ini terjadi, maka pelabur akan mula keluar daripada pasaran ini. Berdasarkan analisis beliau, Bitcoin akan didagangkan sekitar USD3,500 ke USD6,500 dan berkemungkinan jatuh serendah USD2,500 Januari 2019 nanti.
Kejatuhan ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelabur dan pembeli matawang digital, tetapi ianya turut memberi kesan kepada beberapa syarikat yang terlibat secara tidak lansung.
Baca: Initial Coin Offering (ICO) VS Initial Public Offering (IPO)
Baca: Di Antara Bitcoin Sebenar & Lavida Coin
Syarikat yang menyediakan ekosistem bagi pasaran matawang digital, Nvidia Corp kehilangan hampir separuh nilai pasaran semenjak Oktober lalu kerana permintaan terhadap cip perlombongan Bitcoin menurun.
Walau bagaimana pun, impak kejatuhan bitcoin tidak memberi kesan yang besar terhadap ekonomi secara kesuluruhannya. Hal ini kerana insitusi kewangan seperti bank dan syarikat pengurusan dana masih berlum terlibat secara lansung dalam pasaran matawang digital.
Bagi kebanyakan pelabur, kejatuhan pasaran saham baru-baru ini jauh lebih penting daripada kejatuhan pasaran matawang digital. Sebagai perbandingan pasaran saham mengalami kehilangan nilai pasaran sebanyak USD1.3 trilion berbanding pasaran mawatang digital (USD 700 bilion).
Apakah yang akan terjadi kepada Bitcoin? Adakah ia akan kembali kepada zaman kegemilangannya atau akna terus terjatuh?