Potensi Ekonomi: Malaysia Destinasi Pilihan Pemain Golf Antarabangsa
- Malaysia pernah merangkul dua kali anugerah ‘Destinasi Golf Terbaik di Asia’ pada majlis World Golf Awards
- Di Amerika Syarikat, industri golf bernilai lebih daripada USD70 bilion dan dimainkan lebih 20 juta orang
Apabila berbicara mengenai sukan golf, pasti ramai yang mengaitkan sukan ini sebagai sukan golongan elit. Bukan salah rakyat Malaysia juga, imej sukan golf sering dipaparkan sedemikian. Lihat sahaja ketika Amerika Syarikat mahu memujuk Malaysia menandatangani Perjanjian TPPA, Barack Obama sendiri telah mengajak Datuk Seri Najib Razak bermain golf.
Bagi sesiapa sahaja yang mungkin agak ‘familiar’ atau pernah bermain golf, antara perkara yang menyebabkan ramai orang kurang tertarik untuk bermain golf adalah disebabkan oleh kekangan masa dan wang.
Bayangkan jika mahu bermain 18-lubang, anda akan menghabiskan masa sekitar 5 jam di atas padang golf. Membazir masa sahaja. Bayaran bermain golf juga bukanlah murah.
Itulah hakikatnya buat rakyat Malaysia yang mungkin kurang menghargai sukan golf. Tetapi untuk pengetahuan anda semua, Malaysia merupakan salah satu destinasi terkenal untuk para ‘golfer’ dari seluruh dunia.
Ya. Di samping menjadi tuan rumah untuk beberapa pertandingan ‘major’ golf seperti EuroAsia Cup, Sime Darby LGPA dan CIMB Classic, Malaysia juga pernah merangkul dua kali anugerah ‘Destinasi Golf Terbaik di Asia’ pada majlis World Golf Awards.

Sektor Pelancongan Golf (Golf Tourism) sentiasa menjadi agenda utama agensi Tourism Malaysia yang mana agensi pelancongan ini dengan kerjasama Malaysia Golf Tourism Association (MGTA) bersama-sama bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bagi sukan golf.
Besar ke potensi golf tourism untuk Malaysia?
Jika dilihat kepada negara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, sukan golf menjadi antara sukan yang banyak dimainkan oleh rakyat mereka. Di Amerika Syarikat, industri golf bernilai lebih daripada USD70 bilion dan dimainkan lebih 20 juta orang. Industri ini juga menyediakan kira-kira 2 juta pekerjaan kepada rakyat Amerika Syarikat.
Lihat dan nilai sahaja statistik yang diberikan ini. Angka-angka yang dinyatakan adalah besar jumlahnya. Sangat merugikan jika Malaysia tidak mengambil kesempatan daripada indsutri golf ini. Ia boleh menjadi salah satu cabang pendapatan negara yang besar sekiranya promosi dilaksanakan dengan berkesan.
Sebagai rekod, pendapatan yang diraih negara melalui sektor golf tourism pada tahun 2013 adalah sekitar RM305 juta dan jumlah ini meningkat pada tahun 2014 dengan pendapatan yang direkodkan bernilai RM312 juta.
Padang-padang golf di Malaysia juga mendapat pengiktirafan daripada banyak pihak sehinggakan lagenda pemain golf Afrika Selatan, Ernie Els mempunyai padang golf di Malaysia yang direka oleh beliau sendiri.

Dengan lebih 200 padang golf di seluruh Malaysia, kelab golf manakah yang menawarkan kemudahan dan padang bertaraf antarabangsa?
Langkawi
The Els Club Teluk Datai disifatkan sebagai salah satu destinasi terbaik untuk bermain golf di Malaysia. Padang golf ini direka oleh Ernie Els dan mula dibuka secara rasmi pada 28 Oktober 2014. Telah memenangi beberapa anugerah di peringkat Asia Pasifik serta dunia. Pada tahun 2014, padang golf ini memenangi anugerah ‘Best Golf Course’ pada Asia-Pasific Property Awards dan mendapat pengikitirafan sebagai ‘World’s Best New Golf Course’ di anugerah World Golf Awards.
Penang
Penang Golf Club adalah padang golf bertaraf ‘championship’ dan manawarkan pemandangan panorama yang menakjubkan. Dikelilingi oleh bukit dan alam semula jadi, padang golf ini pernah menjadi tuan rumah kepada pertandingan Malaysian Open pada tahun 1992 yang ketika itu dimenangi oleh lagenda golf, Vijay Singh.
Kuala Lumpur
TPC Kuala Lumpur atau dahulu dikenali sebagai Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) merupakan yang pertama di Asia Tenggara memperoleh hak pelesenan untuk menyertai Rangkaian Kelab Pemain Perlawanan Jelajah PGA. Terletak di Bukit Kiara, padang golf 36-lubang ini menjadi tuan rumah kepada beberapa kejohanan bertaraf dunia seperti CIMB Classic, Sime Darby LGPA dan Maybank Malaysian Open. Kelab golf ini juga tersenarai dalam World’s 100 Greatest Golf Course.
Seremban
Seremban International Golf Club (SIGC) merupakan antara padang golf tertua di Malaysia yang dibuka pada tahun 1952. Dikelilingi panorama indah, padang golf 18-lubang ini mempunyai keluasan sekitar 6,252 persegi dan dibina pada zaman penjajahan British lagi.

SIGC menawarkan kediaman moden dilengkapi dengan kemudahan bertaraf antarabangsa serta mempunyai sistem sekuriti yang tinggi untuk para penghuninya.
Antara kediaman yang terdapat di SIGC iaitu Irama @ SIGC Residensi juga ditawarkan pada harga RM738,888 untuk unit Rumah Superlink Dua Tingkat yang berkeluasan hampir 3000 kaki persegi. Untuk Bumiputera, diskaun 18% akan diberikan manakala untuk bukan Bumiputera pula akan menerima diskaun 13%.
Selepas ditolak dengan diskaun, rumah ini hanya berharga RM605,888 sahaja! Ya betul. RM605,888! Mana nak dapat harga rumah RM605,888 berkeluasan hampir 3000 kaki persegi dalam kelab golf dengan kemudahan ala-ala resort berkelas tinggi.
Bayaran Guaman dan Duti Setem juga ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju. Bukan itu sahaja, keahlian kelab SIGC juga akan diberi secara percuma kepada pembeli unit kediaman.
Jadi, apa tunggu lagi? Daftar di sini.