fbpx

Pra-Bajet 2019: Sektor Kesihatan Dijangka Terima RM30 Bilion

Oleh : Wan Syarafiz
01 November 2018 - 5:03 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Bajet 2019 harus fokus kepada sektor kesihatan, pendidikan dan pertahanan
  • Peruntukan sektor kesihatan perlu berada pada paras 7% KDNK negara

 

Bajet 2019 perlu fokus kepada tiga sektor utama iaitu kesihatan, pendidikan dan pertahanan. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mustafa Mohd Hanefah supaya kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

 

“Kerajaan perlu melihat sektor mana yang perlu dikurangkan perbelanjaan, namun jangan pula bagi sektor seperti kesihatan yang perlu ditingkatkan peruntukannya lebih daripada tahun sebelumnya.

 

“Ketika ini, peruntukan untuk sektor kesihatan adalah kurang dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan peruntukan bagi sektor itu perlu pada tahap tujuh peratus.

 

“Mungkin pada bajet kali ini, kerajaan boleh menambah peruntukan sektor itu kepada tiga atau 3.5 peratus bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam yang lebih baik dapat dinikmati rakyat,” ujar Dr Mustafa dalam temubual bersama NSTP.

 

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye dalam satu kenyataannya sebelum ini pula telah memohon peruntukan sebanyak RM30 bilion dalam Bajet 2019 berbanding peruntukan yang diterima Kementerian Kesihatan tahun ini sebanyak RM26.58 bilion.

 

Image result for timbalan menteri kesihatan dr lee
Kredit: FMT

 

Adakah peruntukan yang dipohon sebanyak RM30 bilion bagi sektor kesihatan ini mencukupi?

 

Hal ini kerana, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini, WHO memberi cadangan supaya peruntukan kesihatan perlu diletakkan pada paras 7% daripada KDNK negara.

 

Namun, jika dinilai pada kenyataan Dr Lee, anggaran peruntukan RM30 bilion yang diminta untuk sektor kesihatan hanyalah sekitar 2% daripada KDNK negara. Nilai ini adalah jauh lebih kecil sekiranya mahu dibandingkan dengan apa yang telah dicadangkan oleh WHO.

 

Dr Mustafa dalam kenyataannya lagi menggesa kerajaan supaya Bajet 2019 fokus kepada sektor pendidikan bagi melahirkan modal insan berilmu dan berkemahiran. Manakala sektor pertahanan juga perlu menjadi keutamaan dengan mekanisme pertahanan peralatan canggih supaya negara bersedia menghadapi cabaran keselamatan pada hari ini.

 

Selain itu, Naib Presiden I-Medik, Prof Rafidah Hanim Mokhtar telah melontarkan pandangan bahawa Bajet 2019 harus fokus kepada kekurangan hospital bertaraf pakar supaya masalah penempatan doktor pelatih dapat diselesaikan.

 

Dalam masa yang sama, Prof Rafidah turut meminta penelitian semula cadangan pemberian insurans kepada golongan B40 dilakukan. Menurut beliau, kerajaan perlu mendapatkan data purata rakyat ke hospital dalam tempoh setahun dan juga jumlah peruntukan sebelum pemberian insurans ini dilaksanakan.

 

Image result for skim peduli sihat nasional
Kredit: Selangorkini

 

Dalam Manisfesto Pakatan Harapan sebelum ini, penawaran perkhidmatan kesihatan terbaik merupakan antara 10 janji yang dikatakan akan ditunaikan selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan persekutuan.

 

“Bajet yang mencukupi perlu untuk perkhidmatan kesihatan awam supaya masyarakat mendapat yang terbaik, sekali gus mengelak daripada mewujudkan rakyat tidak produktif disebabkan penyakit kronik.

 

“Pelaburan kepada sektor kesihatan awam ini penting untuk kerajaan dalam jangka masa panjang kerana ia dapat menjimatkan negara seperti yang dilakukan oleh negara-negara maju,” ujar Prof Rafidah Hanim Mokhtar.

 

Pembentangan Bajet 2019 ini semangnya dinanti-nantikan oleh rakyat kerana ini buat julung kalinya akan dibentangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Walaupun kerajaan dikatakan menanggung bebanan hutang yang tinggi buat masa sekarang tetapi itu tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan. Kesejahteraan rakyat perlulah sentiasa menjadi keutamaan mana-mana kerajaan pemerintah.

 

Sama-sama kita nantikan pembentangan Bajet 2019 ini.

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…