fbpx

Skim P2P Rumah Nak Bantu Siapa? – Najib Razak

Oleh : Kapital
09 November 2018 - 10:33 am

Reading Time: 2 minutes

RUMAH: BAYAR 20 PERATUS, TINGGAL PERCUMA 5 TAHUN

 

Saya baca tajuk berita ini, saya ikhlas nak beri dia tepukan.

 

Hari ini saya nak sambung komen mengenai Skim FundMyHome yang dilancar baru-baru ini dan yang diwar-warkan oleh Menteri Kewangan.

 

Ya, meskipun belum jelas sama ada mendapat kelulusan pihak berkuasa, tapi dah ada senarai hartanah untuk dijual.

 

Seolah-olah dah tahu lama dan bersiap sedia untuk dipasarkan.

 

Baca: Fundmyhome. Manfaat Untuk Siapa?

Baca: Skim FundMyHome, Siapa Yang Untung Sebenarnya? 

 

Memang hebatlah cara promosi.

1) Bayar 20 peratus harga rumah kemudian tidak perlu bayar apa-apa untuk 5 tahun.

 

2) Baki 80 peratus dibayar peminjam dana/pelabur/institusi kewangan.

 

3) Mengikut laporan, ‘deposit’ atau bayaran pendahuluan 20 peratus yang dibayar oleh saudara-saudari akan diletakkan dalam satu akaun amanah (trust account) dan akan diguna untuk bayar sebagai pulangan pelaburan 5 peratus setiap tahun kepada peminjam dana/pelabur/institusi kewangan selama 5 tahun.

 

4) Jika nilai rumah meningkat dalam masa 5 tahun ini, peningkatannya dikongsi dengan peminjam dana 80%.

 

5) Jika nilai rumah menurun dalam masa 5 tahun ini, ia ditanggung oleh pembeli rumah (maknanya saudara-saudari lah)

 

6) Selepas 5 tahun, pembeli rumah boleh membuat keputusan untuk menjual rumah tersebut (keuntungan dikongsi dengan peminjam dana 80%).

 

7) Selepas 5 tahun, jika tidak ingin jual, saudara-saudari boleh memiliki rumah tersebut sepenuhnya dengan membuat pinjaman perumahan mengikut nilai pasaran.

 

Sebenarnya, skim ini nak membantu siapa? Rakyat atau pemaju?

 

Saya rasa Menteri Kewangan perlu tanya diri.

1) Jika pembeli rumah mampu membayar 20 peratus “deposit”, mengapa pembeli rumah tersebut tidak dapat membeli rumah selama ini dan tidak mendapat pinjaman daripada bank?

 

2) Mengapa pelabur/peminjam dana masih berkongsi keuntungan dengan pembeli rumah jika pembeli berhasrat menjual selepas 5 tahun? Sedangkan sepanjang 5 tahun tersebut, pelabur/peminjam dana telah menerima pulangan pelaburan 5 peratus setiap tahun selama 5 tahun daripada “deposit” 20 peratus yang dibayar oleh pembeli.

 

3) Perlu diingatkan juga bahawa banyak projek perumahan hari ini yang disertakan dengan pelbagai diskaun. Apa yang akan terjadi kepada semua ini dengan skim FundMyHome seperti ini? Lesap?

 

4) Selepas 5 tahun, pembeli rumah tetap kena pergi ke bank dan membuat pinjaman perumahan. Dan pada harga pasaran ketika itu! Jika pada masa itu pembeli rumah masih tidak mampu memiliki rumah dan membuat bayaran ansuran setiap bulan, apa akan terjadi kepada mereka? Dihalau keluar dari rumah?

 

5) Apa jadi selepas tamat tempoh 5 tahun dan harga hartanah tidak meningkat seperti yang diharapkan? Ditanggung oleh pembeli?

 

Saya ulang soalan utama saya. Sebenarnya, skim ini nak membantu siapa? Rakyat atau pemaju

 

Ini merupakan posting Najib Razak di Facebook beliau.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…