fbpx

Tugas Penstrukturan Semula Yang Sukar Buat CEO Baru LTAT

Oleh : Wan Syarafiz
29 November 2018 - 3:37 pm

Reading Time: 4 minutes
  • Tan Sri Lodin pernah menduduki jawatan sebagai Pengerusi 1MDB bermula pada Disember 2009 sehingga Mei 2016
  • 1MDB telah memberikan kontrak bernilai RM2.1 bilion kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) yang dimiliki oleh LTAT.

 

Langkah penstrukturan semula syarikat-syarikat di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dijangka akan mengambil masa yang lama serta sukar dilaksanakan.

 

Berkuat kuasa pada bulan September tahun ini, Puan Nik Amlizan Mohamed telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif LTAT dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan-Perbadanan LTAT yang baru menggantikan Tan Sri Lodin Wok Kamarudin.

 

Penukaran Tan Sri Lodin yang telah menerajui LTAT selama 36 tahun ini disifatkan sebagai langkah ‘pembersihan’ oleh Putrajaya. Pertukaran ini berlaku selepas PRU14 yang mana bukan sahaja kepada LTAT tetapi beberapa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lain seperti Khazanah Nasional dan Pelaburan Nasional Berhad (PNB)

 

Image result for tan sri lodin ltat
Kredit: The Star

 

Kenapa penstrukturan semula syarikat-syarikat di bawah LTAT sukar dilaksanakan?

 

Jika dilihat kepada pengalaman Nik Amlizan yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif LTAT yang baru, beliau telah memegang pelbagai portfolio hebat sebelum ini.

 

Sebelum ini, Nik Amlizan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sejak September 2014. Beliau juga merupakan ahli lembaga Prima Ekuiti (United Kingdom) Ltd, anak syarikat milik penuh KWAP, dan ahli jawatankuasa pelaburan Valuecap Sdn Bhd, i-VCAP Management Sdn Bhd dan Metropolitan Uxbridge Ltd di United Kingdom.

 

Bukankah dengan pengalaman yang luas, Nik Amlizan adalah layak untuk menerajui LTAT? Jadi, apa masalahnya?

 

Walaupun jawatan Ketua Eksekutif telah bertukar tangan tetapi organisasi dan orang yang menguruskan anak-anak syarikat LTAT ini masih orang yang lama.

 

Malahan, Tan Sri Lodin yang telah digantikan oleh Nik Amlizan juga masih kekal sebagai ahli lembaga pengarah dalam anak-anak syarikat LTAT.

 

Mengambil kira situasi ini, ia akan menjadi satu tugas yang agak sukar kepada Nik Amlizan kerana “orang-orang lama” masih berada di kedudukan yang membolehkan mereka untuk membuat keputusan-keputusan penting.

 

Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) juga telah menasihatkan supaya Tan Sri Lodin digantikan dengan individu lain kerana beliau pernah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini.

 

Image result for tan sri lodin najib
Kredit: The Edge Markets

 

Dilihat sebagai seorang yang amat setia kepada mantan Perdana Menteri, Najib Razak, Tan Sri Lodin pernah menduduki jawatan sebagai Pengerusi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bermula pada Disember 2009 sehingga Mei 2016.

 

Antara kontrovesi yang pernah dikaitkan dengan Tan Sri Lodin ialah penempatan semula pangkalan udara Sungai Besar untuk memberi laluan kepada Bandar Malaysia.

 

Pada 2013, 1MDB telah memberikan kontrak bernilai RM2.1 bilion kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) yang dimiliki oleh LTAT untuk membangunkan 8 tapak yang akan menjadi lokasi penempatan semula pangkalan udara itu.

 

Selain itu, bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli juga pernah mendakwa 1MDB menggunakan hubungan dengan LTAT untuk menangguhkan pembayaran kepada PPHM dan menipu penyumbang dana itu.

 

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal sama sekali oleh Tan Sri Lodin. LTAT juga kemudiannya memfailkan saman terhadap Rafizi, tetapi telah ditarik balik kurang 2 minggu selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Mei lalu.

 

Setakat hari ini, Tan Sri Lodin juga masih merupakan Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings. LTAT mempunyai pegangan saham sebanyak 60% dalam Boustead Holdings. Tan Sri Lodin secara peribadi memiliki 2.58% pegangan saham dalam Boustead Holdings.

 

Bukan itu sahaja, Tan Sri Lodin juga merupakan Naib Pengerusi Boustead Plantations, Pengerusi Boustead Heavy Industries Corp Bhd dan Pengerusi Pharmaniaga.

 

LTAT mempunyai pegangan lebih daripada 45% dalam Boustead Heavy Industries, Boustead Plantations dan Pharmaniaga.

 

Dalam masa yang sama, Tan Sri Lodin merupakan Pengerusi bagi Affin Hwang Asset Management Bhd yang mana LTAT mempunyai pegangan saham 48% dalam Affin Holdings Bhd.

 

Ini bermakna, walaupun Tan Sri Lodin tidak lagi memegang jawatan Ketua Eksekutif LTAT tetapi beliau masih ‘berkuasa’ dalam kebanyakan syarikat yang terdapat pegangan saham oleh LTAT.

 

Image result for tan sri lodin najib
Kredit: The Star

 

Boustead Holdings sebelum ini juga pernah terlibat dalam perjanjian yang disifatkan sebagai “politically sensitive”. Pertamanya apabila Boustead membeli 223 ekar tanah di Bukit Raja pada harga RM180 juta. Ketika transaksi pembelian itu dibuat, Boustead telah membeli Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah (M) Sdn Bhd yang mana kedua-dua syarikat ini dikaitkan dengan individu yang rapat dengan kerajaan Barisan Nasional.

 

Selain itu, satu lagi kontrovesi ialah apabila Boustead membeli syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan A.T.E.S Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini merupakan penerima konsesi untuk penguatkuasaan sistem AES. LTAT dilaporkan telah diarahkan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk mengambil alih kedua-dua syarikat ini pada harga RM555 juta.

 

Jika dilihat kepada jawatan-jawatan yang masih dipegang oleh Tan Sri Lodin ini, sudah pasti Nik Amlizan tidak “senang duduk” dalam melakukan proses penstrukturan semula kepada syarikat-syarikat pegangan LTAT.

 

Putrajaya seharusnya meneliti perkara ini kerana sebagai bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin adalah salah seorang individu yang harus dipertanggungjawabkan dengan skandal kewangan terbesar dunia itu. Kelayakan beliau untuk terus menduduki jawatan tinggi dalam syarikat-syarikat pegangan LTAT juga harus dinilai kembali oleh kerajaan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…