fbpx

7 Rumah Berdekatan MRT Untuk Bergaji RM5K Sebulan

Oleh : Kapital
21 Disember 2018 - 5:01 pm

Reading Time: 3 minutes

Memiliki unit kediaman atau rumah sudah pasti menjadi idaman setiap orang. Jika anda tanya sesiapa pun, pasti mereka akan mengatakan pemilikan rumah adalah salah satu “ultimate life goals” yang perlu ada dalam checklist.

 

Memiliki rumah memang menjadi satu impian tapi masalahnya senang ke nak beli rumah? Dengan harga yang tinggi, lokasi yang tak sepadan dengan harga dan isu keselamatan lagi. Pening kepala!

 

Baru-baru ini, Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) telah mengeluarkan satu laporan yang menyatakan harga rumah di sekitar stesen MRT adalah di luar kemampuan sehingga ada yang mencecah harga RM4 juta!

 

Namun anda jangan risau. Dalam artikel kami kali ini, kami akan kongsikan dengan semua pembaca, hartanah mana yang mampu dimiliki di sekitar stesen MRT.

 

Jika anda kini sedang bekerja, ditambah pula suami atau isteri anda juga bekerja dan dicampur gaji kedua-duanya sekitar RM5,000, inilah senarai rumah yang anda dan pasangan mampu beli.

 

1. Suria Court

 

Sebuah projek yang dibangunkan oleh Suria Land Development, apartment bertaraf ‘freehold’ ini merupakan kawasan kediaman yang berkepadatan rendah dengan jumlah unit keseluruhan hanyalah 186 unit sahaja. Dengan kemudahan seperti ‘trek jogging’, taman permainan dan kawalan keselamatan 24 jam, apartment ini juga sangat berdekatan dengan SM Agama Hulu Lagat, SMK Batu 10 dan SMK Cheras Perdana. Anda juga boleh berjalan kaki jika mahu ke AEON Mahkota Cheras dan Mahkota Walk.

 

Harga : RM320,000

Lokasi : Bandar Mahkota Cheras

Jenis : Apartment

Geran : Freehold

Pemaju : Suria Land Development

MRT : MRT Bdr Tun Hussein Onn (SBK29)

 

Related image
Kredit: iBilik

 

2. Taman Cheras Intan

 

Kawasan perumahan kos sederhana yang terletak di Cheras dengan binaan berukuran 850 kaki persegi dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air. Kemudahan taman permainan serta kawalan keselamatan 24 juga disediakan. Apartment ini juga terletak berdekatan dengan beberapa kemudahan seperti Giant Batu 9, Tesco Cheras, Hospital Columbia Asia Cheras dan Hospital Pantai Cheras.

 

Harga : RM290,000

Lokasi : Cheras Intan

Jenis : Apartment

Geran : Freehold

MRT : MRT Sri Raya (SBK28)

 

3. Cheras Perdana Ria

 

Terletak di Cheras Perdana, apartment yang berukuran sekitar 950-1575 kaki persegi ini dilengkapi dengan kemudahan seperti taman permainan dan kawasan parkir berbumbung. Apartment ini juga terletak sangat berhampiran dengan sekolah SJKC Cheras Batu 11 dan SMK Cheras Perdana.

 

Harga : 235,000

Lokasi : Cheras Perdana

Jenis : Apartment

Geran : Freehold

MRT : MRT Bdr Tun Hussein Onn (SBK29)

 

4. Mahkota Residence

 

Kondominium eksklusif ini terletak di tengah-tengah bandar Bandar Mahkota Cheras dan dihubungkan oleh beberapa lebuhraya seperti lebuhraya SILK dan lebuhraya Kajang. Bagi pengguna pengangkutan awam pula, anda boleh ke MRT Bandar Tun Hussien Onn dalam masa 5 minit sahaja dengan menaiki kereta. Antara kemudahan yang terdapat sekitar kondominium ini adalah pasaraya Mydin, Tesco, Econsave, AEON Mahkota Cheras dan AEON Cheras Selatan, Columbia Asia Hospital and Kajang Hospital.

 

Harga : RM390,000

Lokasi : Bandar Mahkota Cheras

Jenis : Apartment

Geran : Freehold

Pemaju : Cheras Hong Soon Development

MRT : MRT Bdr Tun Hussein Onn (SBK29)

 

Related image
Mahkota residence. Kredit: propsocial.my

 

5. D’Puncak Suasana

 

Apartment jenis freehold yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn ini dibina dengan keluasan 1051 kaki persegi. Pembeli akan dapat menikmati beberapa kemudahan asas seperti parkir berbumbung, kolam mandi dan taman permainan. Kawasan perumahan ini juga sangat berdekatan dengan beberapa sekolah seperti SK Bandar Tun Hussein Onn (walking distance), SMK Cheras Perdana (0.75km) dan SMK Bdr Tun Hussein Onn (0.74km)

 

Harga : RM305,000

Lokasi : Bandar Tun Hussein Onn

Jenis : Apartment

Geran : Freehold

MRT : MRT Bdr Tun Hussein Onn (SBK29)

 

6. SILK Residence

 

Dibina oleh Cheras Hong Soon Development, kawasan perumahan ini boleh disifatkan sebagai lokasi yang strategik di Cheras Selatan dengan dilengkapi kemudahan serta akses lebuhraya untuk menuju ke Kuala Lumpur. Antara pasaraya dan pusat membeli belah yang terletak berdekatan dengan kawasan perumahan ini ialah AEON Cheras Selatan, The Mines Shopping Mall dan juga Econsave Balakong.

 

Harga : RM380,000

Lokasi : Balakong

Jenis : SoHo

Geran : Freehold

Pemaju : Cheras Hong Soon Development

MRT : Batu 11

 

7. Green Suria

 

Dengan harga RM350k, apartment Green Suria merupakan salah satu pilihan residensi yang terletak berhampiran dengan stesen MRT. Antara kemudahan yang terletak berdekatan dengan apartment ini ialah pasaraya CS Hypermarket, AEON Cheras Selatan dan McDonald Bandar Tun Hussein Onn.

 

Harga : RM350,000

Lokasi : Bandar Tun Hussein Onn

Jenis : Apartment

Geran : Freehold

MRT : MRT Batu 11

 

Related image
Green Suria Apartment. Kredit: my.roomz.asia

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Huawei-01

Mengapa Sesetengah Negara Mengharamkan Teknologi 5G Huawei

Reading Time: 3 minutes Huawei tidak layak untuk menyediakan infrastruktur 5G di UK Malaysia akan mengkaji sama ada perlu mengharamkan teknologi 5G…

China Numba 1-01
Kapital

Rekod Terburuk Pertumbuhan Ekonomi China Dalam Tempoh 3 Dekad

Reading Time: 3 minutes Kadar pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2018 yang direkodkan ialah 6.6% Bank pusat China telah menyuntik lebih banyak…

Apartment-01
Kapital

‘Henti pendekatan M40 tanggung subsidi rumah mampu milik’

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Penyertaan besar sektor swasta untuk membina rumah…

Myeg Mypay-01
Kapital

MyPay, Pesaing Baru MyEG

Reading Time: 3 minutes Saham syarikat HeiTech Padu telah meningkat naik melebihi 50% Sukaniaga dan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd kini bekerjasama membangunkan…