fbpx

Adakah Kekurangan ‘Soft Skill’ Punca Graduan Sukar Mendapatkan Pekerjaan?

Oleh : Kapital
14 Disember 2018 - 7:37 pm

Reading Time: 3 minutes
  • 97% majikan mengatakan mereka sukar mendapatkan pekerja berkemahiran
  • Orang muda merasakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran berkomunikasi sebagai kriteria yang penting bagi mendapatkan pekerjaan

Sering kali kita dimomokkan dengan kekurangan ‘soft skill’ dalam kalangan graduan merupakan punca mereka sukar mendapat pekerjaan.

 

Namun adakah perkara ini realiti yang sebenarnya?

 

Dalam hal ini, Bank Dunia turut menyuarakan soalan seperti berikut, “jika keadaan ekonomi memerlukan bilangan pekerja berbakat yang tinggi, mengapa kebanyakan graduan universiti masih sukar mendapatkan perkerjaan?”

 

Menurut laporan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, 23% daripada graduan gagal mendapatkan pekerjaan dalam tempoh masa 6 bulan. Daripada 57% yang bekerja pula, 15% daripadannya bekerja separuh masa sahaja.

 

Kredit: Khazanah Research Institute

Baca: Tanggapan Anak Muda ‘Demand’ Gaji Tinggi Adalah Salah – KRI

Kenapa perkara ini berlaku?

 

Walaupun 70% universiti di Malaysia percaya mereka telah menyediakan pelajar bagi menempuh alam pekerjaan, namun pihak majikan terus meneruskan menyalahkan kesukaran mendapatkan pekerja yang berkemahiran dalam kalangan orang muda.

 

Berdasarkan 2017 Hays Asia Salary Guide, 97% majikan mengatakan mereka sukar mendapatkan pekerja berkemahiran.

 

Mengapa majikan berkata begini? Adakah kerana berlakunya ketidak sepadanan di antara kemahiran graduan dan kemahiran yang diperlukan bekerja? Adakah graduan sendiri kekurangan ‘soft skill’?

 

Bagi menjawab persoalan ini, pihak Khazanah Research Institute telah mengeluarkan satu laporan bertajuk School-To-Work Transition Of Young Malaysians.

 

Dalam kajian ini mereka bertanya kepada majikan sama ada orang muda memenuhi kriteria yang ditetapkan majikan. Apakah keputusannya?

 

Kredit: Khazanah Research Institute

 

Bagi ‘soft skill’ orang muda, majikan tidak merasakan ‘soft skill’ mereka terlalu teruk secara keseluruhannya, namun majikan juga tidak menyatakan bahawa ‘soft skill’ mereka berada paras yang cemerlang.

 

Tetapi apa yang dikatakan kurang dalam kalangan orang muda adalah kesediaan memasuki alam pekerjaan dan juga kemahiran komputer.

 

Apakah kriteria yang menjadi keutamaan majikan dalam memilih pekerja?

 

Bagi kategori ‘hard skill’, majikan mementingkan kemahiran teknikal dan profesional berbanding kelayakan akademik dan bagi kategori ‘sof skill’ pula, majikan mementingkan kejujuran, kerajinan dan disiplin berbanding kemahiran berkomunikasi.

 

Kredit: Khazanah Research Institute

 

Walau bagaimana pun, bagi orang muda pula, mereka merasakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran berkomunikasi sebagai kriteria yang penting bagi mendapatkan pekerjaan.

 

 

Selain itu, melihat kepada kriteria pekerjaan pula, juga berlaku ketidak sepadanan diantara majikan dan orang muda. Maknanya disini, kerja yang bagaimana yang dimahukan orang muda, adakah yang bergaji tinggi, yang mementingkan keseimbangan kerja dan hidup atau cabaran pekerjaan itu sendiri.

 

Pasti anda merasakan bahawa orang muda mementingkan gaji yang tinggi bukan? Majikan juga merasakan gaji yang tinggi sebagai kriteria utama dalam memilih pekerjaan. Sedangkan gaji yang tinggi merupakan kriteria keempat terpenting bagi orang muda.

 

Apa penting bagi golongan muda ini adalah kestabilan pekerjaan dan keseimbangan kerja dan hidup. Namun majikan merasakan perkara ini bukanlah kriteria utama.

 

Kesimpulannya, dalam pasaran pekerjaan hari ini, ketidak sepadanan diantara bekalan dan permintaan menjadi punca orang muda sukar mendapatkan perkerjaan. Dan sekali lagi ditegaskan di sini, permintaan gaji yang tinggi bukanlah punca orang muda menganggur.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…