fbpx

Apa itu SPV?

Oleh : Izzuddin Yussof
12 Disember 2018 - 3:39 pm

Reading Time: 2 minutes

SPV ni entiti yang ditubuhkan dengan satu tujuan khas sahaja, samada untuk beli aset (spt Danaharta), untuk financing (Danainfra) dsb. SPV biasanya ditubuhkan untuk ‘mengasingkan’ risiko kewangan daripada entiti asal.

 

SPV juga biasanya akan ditutup sebaik sahaja tujuan asal penubuhan SPV itu dicapai.

 

Jadi bila keluar berita SPV akan ditubuhkan untuk membeli aset, maka semua yang tahu akan terus faham, aset itu bukan dijual kepada pihak luar yang tidak berkaitan, tidak ada isu siapa yang akan membeli, tidak ada isu aset dijual below market value, kerana pihak yang ‘friendly’ dengan company itu yang akan menubuhkan SPV tersebut untuk tujuan tertentu, seperti mencantikkan balance sheet, mengasingkan risiko kewangan dsb.

 

Case Study: Danaharta

Danaharta adalah SPV yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1999, bertujuan untuk mengambil alih Non-Performing Loan (NPL) bank-bank dan institusi-institusi kewangan di Malaysia ketika itu.

 

Danaharta memulakan operasi dengan mengeluarkan zero-coupon Government Guaranteed bon yang diberikan kepada institusi-institusi kewangan ini dan juga oleh suntikan modal oleh kerajaan.

 

Secara ringkasnya:

1) Kerajaan tubuhkan SPV bernama Danaharta. Dan berikan suntikan modal.

 

2) Danaharta mengambil alih semua ‘aset-aset’ underperforming oleh institusi kewangan (NPL). Dan membayarnya dalam bentuk ‘zero-coupon bond’, dijamin oleh kerajaan, at a discount. Ini menyelamatkan balance sheet bank-bank yang sedang nazak disebabkan NPL ketika itu

 

3) Selepas selesai cubaan proses pemulihan aset, suntikan modal akan dipulangkan kepada kerajaan. Bon akan dibayar semula kepada institusi kewangan, dan Danaharta akan ditutup

 

Daripada 100% ‘aset’ yang dikutip, hanya 58% yang berjaya diperolehi kembali. Kerajaan akhirnya ada menanggung sedikit kerugian daripada projek ini, which was to be expected sebab semua pinjaman ini pada asalnya adalah NPL. Danaharta ditutup pada tahun 2004.

 

Case Study: Danainfra

Danainfra adalah SPV yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2011, bertujuan untuk menjadi financing vehicle dalam membina projek-projek pengangkutan awam mega di Malaysia.

 

Kenapa? Ini bertujuan supaya hutang membuat pengangkutan-pengangkutan awam bernilai puluhan billion ini tidak dimasukkan di dalam balance sheet sebagai hutang kerajaan persekutuan secara rasmi dan tidak memberikan kesan kepada fiscal position kerajaan Malaysia secara langsung.

 

Tujuan Danainfra ni memang hanya untuk raise financing semata-mata, melalui pengeluaran bon yang dijamin kerajaan Malaysia. Bon ini pula akan dibayar oleh MRT Corp, yang mana jika gagal (dan ikut logik memang gagal, pengangkutan awam memang susah untuk berdiri sendiri) akan dibantu bayar oleh kerajaan Malaysia.

 

Sudah pasti sebaik saja selesai pembayaran bon-bon Danainfra ini, maka Danainfra pun akan ditutup.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara¬†mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…