fbpx

Apa Yang Berlaku Dalam Pasaran Hartanah 2018

Oleh : Wan Syarafiz
26 Disember 2018 - 5:28 pm

Reading Time: 3 minutes

Bagaimanakah prestasi hartanah di Malaysia sepanjang tahun 2018 ini? Adakah isu pemilikan rumah di Malaysia semakin bertambah baik? Jika anda terlepas sebarang berita mengenai hartanah sepanjang tahun ini, Kapital.my di sini menyenaraikan 5 topik utama di Malaysia dalam sektor hartanah.

 

P2P dan Crowdfunding Hartanah

 

Dalam Bajet 2019 yang lepas, kerajaan telah memperkenalkan satu konsep di mana rakyat boleh mendapatkan bantuan kewangan untuk membeli rumah melalui kaedah pinjaman terbuka antara rakan setara (peer-to-peer lending atau P2P). Malahan laman sesawang untuk ini juga sudah ditubuhkan di www.fundmyhome.com

 

Di bawah skim ini, pembeli perlu membayar 20% (tunai) untuk membeli rumah tersebut, manakala baki 80% akan dibayar oleh pembiaya. Kemudian pembeli akan boleh duduk di rumah tersebut tanpa perlu membayar 1 sen pun, dan selepas 5 tahun, pembeli diberi dua pilihan (wajib).

 

  1. Menjual rumah tersebut
  2. Mengambil pinjaman bank untuk membeli semula rumah tersebut pada harga pasaran

 

Image result for fund my home malaysia
Kredit: EdgeProp.my

 

Rumah Tidak Terjual

 

Bilangan unit kediaman yang tidak terjual di Malaysia selepas suku ketiga tahun ini telah meningkat kepada 30,115 unit. Ini bermakna berlakunya peningkatan sebanyak 48.35% rumah tidak terjual berbanding tahun lepas dengan jumlah sebanyak 20,304 unit.

 

Nilai keseluruhan rumah tidak terjual ini ialah RM19.54 bilion berbanding RM12.49 bilion pada tempoh sama tahun lepas.

 

Kebanyakan rumah tidak terjual ini adalah unit yang berharga RM500,000 dan ke atas dengan jumlah keseluruhan 12,000 unit. Rumah berharga RM200,000 ke RM250,000 yang tidak terjual pula mencatatkan jumlah sebanyak 3,500 unit.

 

Empat negeri utama yang merekodkan jumlah terbanyak rumah tidak terjual ialah Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

 

Pusat Beli-belah Tidak ‘Berpenghuni’

 

Lebihan pusat membeli-belah di Malaysia telah menjadi cabaran utama bagi pemilik pusat membeli-belah terutamanya di sekitar Lembah Klang untuk terus bertahan. Menurut CEO 28Mall.com, Fione Tan, pusat beli-belah yang sudah bertapak lama kini sedang berhadapan masalah untuk terus ‘kekal’ kerana terdapat banyak pusat beli-belah baru telah dibina.

 

Dengan pertambahan pusat beli-belah yang baru dari semasa ke semasa, hampir 14.5% pusat beli belah di Malaysia dilaporkan gagal untuk menyewakan separuh daripada ruangan kedainya. Trend kadar penyewaan (occupancy rate) juga telah menunjukkan penurunan dari tahun 2014 hingga 2018.

 

Ini ditambah lagi dengan peningkatan mendadak daripada industri e-dagang atau e-commerce. Rakyat Malaysia dilihat lebih gemar untuk membeli barang secara atas talian berbanding belian secara tradisional di kedai.

 

Berdasarkan kajian daripada Statista, hasil pendapatan melalui e-commerce di Malaysia sepanjang tahun 2018 mencecah hampir USD2.5 bilion. Dan ia diramalkan akan meningkat sehingga USD4.5 bilion pada tahun 2023.

 

Image result for shopping mall malaysia
Kredit: Focus Malaysia

 

Desakan Terhadap Kuota Bumiputera

 

Terdapat banyak cadangan telah diutarakan terutamanya daripada pihak pemaju supaya kajian terhadap kuota bumiputera dalam pembelian rumah dikaji semula.

 

Real Estate & Housing Developers Association Malaysia (REHDA) misalannya telah menggesa supaya polisi dan mekanisme kuota rumah termasuk Bumiputera diubah bagi mengatasi masalah lambakan rumah tidak terjual.

 

Menurut CEO Hartabumi, Radzi Tajuddin pula mekanisme pelepasan unit rumah Bumiputera perlu ditambahbaik dengan lebih telus supaya tidak dimanipulasi sesetengah pihak bagi mendapatkan keuntungan dengan cara mudah.

 

Antara cadangan beliau ialah dengan menyeragamkan sistem pelepasan ini di setiap negeri kerana pada waktu ini mekanisme yang digunapakai adalah berbeza-beza di setiap negeri.

 

Bagi Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd, Datuk Lin Yun Ling pula beliau berpendapat kuota Bumiputera adalah lebih baik digantikan dengan bayaran levi 2% oleh pemaju kepada pihak kerajaan.

 

Daripada jualan setiap rumah, pemaju akan membayar 2% levi kepada kerajaan dan wang tersebut kemudiannya boleh digunakan kerajaan bagi membina rumah mampu milik untuk golongan B40 di lokasi yang lebih sesuai.

 

Hartanah Di Sekitar MRT Hanya Untuk Golongan Kaya?

 

Berdasarkan laporan daripada Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS), golongan B40 sememangnya tidak akan mampu untuk memiliki rumah dalam lingkungan satu kilometer dari stesen-stesen MRT di laluan Sg Buloh-Kajang (SBK).

 

Bagi golongan M40 pula, daripada 31 stesen di sepanjang laluan SBK, hanya 8 stesen yang mempunyai rumah dengan harga mampu milik.

 

8 stesen ini adalah kawasan yang berhampiran stesen MRT Kajang, Stadium Kajang, Batu Sebelas Cheras, Bandar Tun Hussein Onn, Sri Raya, Taman Connaught, Taman Pertama dan Maluri.

 

Menurut Cent-GPS lagi, kawasan perumahan yang terletak di sekitar stesen MRT Pusat Bandar Damansara telah mencatatkan harga rumah paling mahal dengan harga median kira-kira RM4 juta!

 

Siapa yang mampu untuk beli rumah harga seperti ini? Berdasarkan kajian, harga rumah RM4 juta ini sebenarnya hanya mampu dimiliki oleh 1% rakyat Malaysia sahaja.

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…