Billionaire Paling Untung & Rugi Tahun 2018
Tahun 2018 telah menjadi tahun yang ‘kurang baik’ kepada ramai pelabur di seluruh dunia disebabkan oleh beberapa faktor besar seperti Brexit dan juga perang dagangan Amerika Syarikat-China. Dalam ketidaktentuan ini, kita telah menyaksikan ramai billionaire mengalami penurunan daripada sudut nilai aset bersih mereka seperti yang dihadapi oleh Mark Zuckerberg
Dalam artikel kali ini, Kapital.my akan menyenaraikan “biggest winner & biggest loser” billionaire yang telah berjaya meningkatkan nilai kekayaan dan juga billionaire yang telah mengalami kejatuhan nilai kekayaan mereka sepanjang tahun 2018.
Winner
Jeff Bezos
Amazon bukan sahaja berjaya mengembangkan perniagaannya di Turki dan India pada tahun 2018, bahkan ia telah merekodkan keuntungan tertinggi dalam sejarah mereka tahun ini. Harga saham Amazon telah mencatatkan harga paling tinggi pada bulan September lepas semenjak ia ditubuhkan. Walaupun Amazon tidak berjaya mencapai jumlah jualan seperti yang diramalkan namun ia masih mampu untuk merekodkan pertumbuhan sebanyak 30% jika dibandingkan dengan tahun lepas.
Peningkatan nilai kekayaan: USD27.9 bilion
Nilai aset bersih: USD126.2 bilion
Tadashi Yanai
Billionaire dari Jepun ini berjaya mencatatkan peningkatan daripada sudut harta kerana bantuan daripada Uniqlo. Saham Fast Retailing Co iaitu syarikat induk kepada jenama fesyen Uniqlo telah meningkat naik kira-kira satu pertiga sejak Disember 2017. Jualan Uniqlo di pasaran antarabangsa juga buat pertama kalinya pada tahun 2018 telah melebihi jualan domestic di pasaran Jepun
Peningkatan nilai kekayaan: USD7 bilion
Nilai aset bersih: USD27.1 bilion
Vagit Alekperov
Syarikat Lukoil di mana Alekperov memegang jawatan CEO telah mencatatkan peningkatan keuntungan disebabkan kenaikan harga minyak dan gas dunia. Saham syarikat itu juga meningkat naik 29% sejak tahun lepas.
Peningkatan nilai kekayaan: USD4.6 bilion
Nilai aset bersih: USD19.5 bilion
Rupert Murdoch
Walaupun saham Murdoch dalam News Corp (pemilik The Wall Street Journal dan New York Post) telah menurun sebanyak 26% tetapi pegangan beliau dalam 21st Century Fox meningkat 42% susulan daripada penggabungan dengan syarikat Disney.
Peningkatan nilai kekayaan: USD4.6 bilion
Nilai aset bersih: USD19.3 bilion

Leonid Mikhelson
Pemegang saham Novatek ini berjaya mencatatkan peningkatan harta sebanyak USD4 bilion hasil daripada kenaikan mendadak harga saham Novatek sebanyak 65%. Novatek ialah syarikat pengeluar gas semulajadi dan minyak mentah dari Rusia dan Leonid Mikhelson mempunyai pegangan 25% saham dalam syarikat tersebut.
Peningkatan nilai kekayaan: USD4 bilion
Nilai aset bersih: USD21.4 bilion
Gennady Timchenko
Timchenko mempunyai banyak pegangan dalam perniagaan di Rusia, antaranya ialah 23% saham dalam syarikat Novatek dan 17% saham dalam syarikat petrokimia, SIbur.
Peningkatan nilai kekayaan: USD3.8 bilion
Nilai aset bersih: USD18.9 bilion
Steve Ballmer
CEO Microsoft dari tahun 2000 hingga 2014 ini merekodkan peningkatan harta sebanyak USD3.4 bilion susulan daripada harga saham Microsoft yang merekodkan kenaikan sebanyak 20% sepanjang tahun 2018. Kenaikan saham Microsoft tahun ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan hasil pendapatannya dalam sektor commercial cloud services.
Peningkatan nilai kekayaan: USD3.4 bilion
Nilai aset bersih: USD40.7 bilion
Mukesh Ambani
Individu terkaya di India ini merupakan pemegang saham terbesar syarikat Reliance Industries. Melalui Jio iaitu penyedia perkhidmatan 4G di bawah syarikat Reliance, ia telah berjaya menarik lebih daripada 250 juta pelanggan sejak dilancarkan pada tahun 2016. Saham Reliance juga telah meningkat sebanyak 23% sepanjang tahun ini
Peningkatan nilai kekayaan: USD3 bilion
Nilai aset bersih: USD44.4 bilion
Bill Gates
Individu terkaya Amerika selama 24 tahun yang baru sahaja dikalahkan oleh Bezos ini juga berjaya mencatatkan peningkatan hasil kekayaan dengan bantuan kenaikan harga saham Microsoft.
Peningkatan nilai kekayaan: USD2.9 bilion
Nilai aset bersih: USD93.9 bilion
Elon Musk
Pengasas Tesla dan SpaceX ini juga tidak ketinggalan untuk menambahkan nilai kekayaan beliau. Separuh daripada peningkatan harta telah disumbangkan oleh kenaikan nilai syarikat aeroangkasa beliau iaitu SpaceX yang mana Elon Musk merupakan pemegang saham terbesarnya.
Peningkatan nilai kekayaan: USD2.8 bilion
Nilai aset bersih: USD22.5 bilion

Loser
Mark Zuckerberg
Sehari selepas Facebook melaporkan hasil yang mengecewakan pada suku kedua tahun ini, saham syarikat tersebut telah menurun sebanyak 19% yang akhirnya menyebabkan nilai kekayaan Zuckerberg ‘hilang’ sebanyak USD15.4 bilion. Saham Facebook juga telah menurun disebabkan faktor seperti kontroversi penggunaan data Facebook dan Facebook membayar sebuah firma untuk menyebarkan berita negatif mengenai George Soros.
Penurunan nilai kekayaan: USD18.7 bilion
Nilai aset bersih: USD52.5 bilion
Amancio Ortega
Pengasas bersama syarikat Inditex (pemilik rangkaian butik fesyen Zara) ini terkesan akibat daripada harga saham Inditex yang telah merudum sepanjang tahun ini.
Penurunan nilai kekayaan: USD16.2 bilion
Nilai aset bersih: USD59.6 bilion
Georg Schaeffler
Selepas 10 tahun mengambil alih syarikat pembekal tayar dan auto parts, Continental AG melalui Schaeffler Auto, ia telah terkesan dengan penurun jualan kereta di seluruh Eropah dan China. Pada November lepas, Continental telah mengumumkan pertumbuhan jualannya hanya mencecah 1% pada tahun 2018 berbanding 8.5% pada tahun 2017. Susulan daripada itu, harga sahamnya telah menurun sebanyak 46%.
Penurunan nilai kekayaan: USD14 bilion
Nilai aset bersih: USD12.4 bilion
Ma Huateng
Tahun 2018 telah menjadi tahun yang cukup mencabar buat gergasi internet, Tencent yang dipimpin oleh Ma Huateng. Saham syarikat tersebut telah menurun 25% susulan daripada pembekuan kelulusan permainan ‘game’ serta penurunan keuntungan.
Penurunan nilai kekayaan: USD10.1 bilion
Nilai aset bersih: USD35.1 bilion

Carlos Slim Helu
Individu terkaya di Mexico in menguasai syarikat telekom America Movil bersama keluarganya. Berikutan kenaikan nilai matawang USD, ia telah menjejaskan nilai matawang Latin America. Ditambah pula dengan penurunan harga saham America Movil sebanyak 19%, nilai kekayaan Carlos juga telah merudum jatuh.
Penurunan nilai kekayaan: USD9.3 bilion
Nilai aset bersih: USD56.8 bilion
Jorge Paulo Lemann
Pada akhir bulan Oktober, Anheuser-Busch InBev sebuah syarikat yang mana Jorge merupakan pemegang saham utamanya telah mengumumkan 50% pemotongan bayaran dividen untuk tahun 2018 susulan daripada kejatuhan nilai jualan beer. Jorge juga mempunyai pegangan dalam syarikat food & beverage, Kraft Heinz yang telah merekodkan penurunan pedapatan bersih sebanyak 33% pada suku ketiga tahun ini.
Penurunan nilai kekayaan: USD9.2 bilion
Nilai aset bersih: USD20 bilion
Charoen Sirivadhanabhakdi
Selepas keuntungan syarikat minuman alcohol Thai Beverage menurun, ia telah menyebabkan saham syarikat itu yang mana Charoen pemegang saham utamanya juga menurun. Punca utama dikatakan keuntungan syarikat ini menurun adalah kerana pasaran domestik yang semakin mencabar.
Penurunan nilai kekayaan: USD7.24 bilion
Nilai aset bersih: USD12.8 bilion
Pollyanna Chu
Ahli perniagaan Hong Kong ini merupakan pengasas syarikat Kingston Financial Group dan syarikat tersebut telah merekodkan penurunan nilai pasaran lebih 75% disebabkan penurunan keuntungan sebanyak 35%.
Penurunan nilai kekayaan: USD7.2 bilion
Nilai aset bersih: USD2 bilion
Wang Wei
Wang Wei adalah Pengerusi syarikat penghantaran SF Holding dengan pegangan saham sebanyak 60%. Dikenali sebagai ‘Fedex China’, syarikat penghantaran yang berpangkalan di Shenzen itu telah mencatatkan penurunan harga saham sebanyak 30% dalam tempoh 12 bulan yang lepas.
Penurunan nilai kekayaan: USD6.7 bilion
Nilai aset bersih: USD13 bilion
Zhou Qunfei
Dikenali sebelum ini sebagai wanita terkaya di dunia, Zhou adalah mangsa kepada perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China. Disebabkan perang perdagangan itu, saham syarikat beliau, Lens Technology yang merupakan pembuat screen glass smartphone telah menurun sebanyak 64% sepanjang tahun ini.
Penurunan nilai kekayaan: USD6.3 bilion
Nilai aset bersih: USD3.5 bilion