fbpx

Co-living, Bukan Sekadar Menyewa

Oleh : Kauthar Rozmal
20 Disember 2018 - 5:13 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Co-living adalah mengenai komuniti
  • Masalah harga rumah dan sewa yang terlalu mahal menjadikan konsep co-living terkenal

Diinspirasikan daripada co-working, masyarakat di seluruh dunia kini lebih terbuka dengan idea untuk berkongsi tempat tinggal bersama orang yang tidak dikenali.

 

Apa sebenarnya sebenarnya yang dimaksudkan dengan co-living?

 

Co-living adalah satu konsep di mana penyewa berkongsi ruang komunal seperti ruang tamu dan dapur serta  penyewa hidup sebagai satu komuniti yang berkongsi nilai dan minat yang sama. Yang mengasingkan mereka hanyalah bilik tidur peribadi.

 

Sebagai contoh, sekumpulan usahawan muda duduk di sebuah aparment yang sama di mana mereka boleh berkongsi idea bisnes dan mengacarakan kuliah atau forum kecil-kecilan sesama mereka. Dengan cara ini mereka dapat mencari lebih pengalaman dan menjadi sebahagian daripada komuniti.

 

Image result for co living

 

Sementara itu, masalah harga rumah dan sewa yang terlalu mahal terutamanya di kawasan bandar seperti Hong Kong dan Singapura menjadikan konsep co-living sebagai salah satu jalan penyelesaian kepada anak muda dan juga pelajar.

 

Menurut laporan daripada JLL Asia Pacific yang bertajuk “Co-living: Next big trend in real estate”, kenaikan kos penginapan adalah punca utama kepada populariti konsep co-living di China, di mana, anak muda, pelajar dan pekerja muda mendapati sewa apartment terlalu mahal berserta dengan kos deposit dan perabot yang tinggi.

 

Baca: Boleh Pergi Ke Melabur Dalam Hartanah Ni?

Adakah co-living sama sahaja seperti sublet?

 

Co-living adalah mengenai komuniti, mereka menjual konsep dan gaya hidup, bukanlah menjual bilik untuk disewa semata-mata. Seperti mana Eco World menjual konsep komuniti yang eksklusif, begitulah juga co-living menjual konsep mereka.

 

Berbeza dengan sublet, sublet hanya menyediakan tempat tinggal sahaja, tidak lebih daripada itu. Yang penting semua kelengkapan asas rumah mencukupi seperti katil, mesin basuh, internet dan peti ais.

 

Perbezaan yang ketara diantara keduanya adalah suasana. Jika anda hanya mencari tempat untuk berehat setelah penat bekerja, sublet sahaja sudah memadai. Tetapi jika anda mencari tempat untuk bersosial, menimba pengalaman baru dan merasai keseronokan berkomuniti, co-living merupakan pilihan terbaik untuk anda.

 

Jika pengurus sublet menguruskan bil air, bil eletrik dan internet, pengurus co-living pula menguruskan pelbagai perkara lain lagi bagi memastikan komuniti di rumah tersebut sentiasa ‘hidup’. Mereka memastikan adanya aktiviti yang dijalankan dan ada sesetengah daripada mereka yang menyediakan sarapan setiap pagi.

 

Di samping itu, ada juga yang menggabungkan konsep co-living dan co-working. Contohnya di SunDesk, Morocco, mereka turut menyediakan kemudahan bekerja seperti mesin faks, mesin fotostat dan meja pekerja kepada penyewa.

 

Dengan lokasinya yang terletak berhampiran dengan pantai, anda boleh lari sebentar daripada stress kerja dengan melakukan aktiviti riadah ataupun sekadar menikmati suasana pantai yang nyaman.

 

Jika dilihat secara kasar, co-living ini bukanlah perkara yang baru. Adakah konsep co-living boleh diaplikasikan di Malaysia?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…