fbpx

Harga Telur Naik Lebih 10 Sen Sebiji Semenjak April

Oleh : Kauthar Rozmal
13 Disember 2018 - 7:28 pm

Reading Time: 2 minutes
  • 60% daripada bahan kandungan makanan ayam ini perlu diimport daripada negara luar
  • KPNKK sedang menyiasat kenaikan ini jika elemen “kartel” yang menjadi punca kenaikan

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, harga telur ayam bagi semua gred naik melebihi 40% semenjak April lalu.

Sumber: Jabatan Veterinar

 

Bukan itu sahaja, saham-saham syarikat berkaitan ayam dan telur juga turut mengalami penurunan yang banyak. Sebagai contoh, saham Three-A Resources dan CCK mengalami penurunan sebanyak 41% dan 53% semenjak April lalu.

 

Apakah punca kenaikan harga telur ayam?

 

Perkara ini berpunca daripada kenaikan harga makanan ayam baru-baru ini. Malaysia masih belum mampu menyediakan makanan ayam secukupnya dalam negara. 60% daripada bahan kandungan makanan ayam ini perlu diimport daripada negara luar.

 

Kejatuhan Ringgit telah menyebabkan harga makanan ayam ini semakin mahal. Setakat November ini, Ringgit telah menyusut sebanyak 8.2% daripada RM3.86 kepada RM4.18 berbanding US Dollar.

 

Menurut Timbalan Menteri Pertanian, Lim Tze Tzin, Malaysia mengimport jagung sebagai bahan makanan ayam daripada Amerika Syarikat dan Brazil.

 

“Bekalan makanan ayam akan lebih terjamin jika kita menanam jagung dalam negara” – Lim Tze Tzin.

 

Beliau mencadangkan Malaysia perlu menanam sendiri jagung kerana harganya yang kian meningkat naik. Beliau menambah lagi bahawa terdapat beberapa negeri yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat penanaman jagung seperti Kedah, Johor dan Perak.

 

“Ianya boleh dibuat. Saya pernah melihat petani di Kedah menghasilkan 8 hingga 9 tan telur ayam bagi setiap hektar”. – Lim Tze Tzin.

 

Image result for ladang telur ayam
Kredit: Jabatan Penerangan

 

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPNKK) sedang menyiasat kenaikan ini jika elemen “kartel” yang menjadi punca kenaikan.

 

Menterinya, Saifudin Nasution berkata tindakan boleh diambil jika berlakunya aktiviti seperti penetapan harga, pembahagian kawasan  atau pengawalan jumlah bekalan telur oleh pengeluar.

 

Tambahnya lagi, beliau mendapat beberapa aduan daripada pengguna daripada Penang, Sarawak dan Putrajaya berkaitan kenaikan harga telur terutamanya bulan lepas.

 

“Pada minggu pertama November, harga telur gred A di Putrajaya meningkat daripada RM3.98 (bagi 10 biji telur) kepada RM5.11. Pada minggu ketiga, harga turun kepada RM4.04 dan selepas itu harga kekal pada RM4” – Saifudin

 

Beliau berkata antara alasan yang diberikan pengeluar adalah faktor cuaca yang tidak menentu, nilai ringgit yang menjunam dan kos makanan ayam yang semakin mahal.

 

Bagi mengawal situasi ini, KPDNKK akan berbincang dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi mencari solusi menyelesaikan masalah kenaikan harga ini.

 

KPDNKK juga sedang berusaha untuk menghentikan aktiviti eksport telur ayam bagi memastikan bekalan telur ayam mencukupi.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…