fbpx

Hartanah Di Sekitar MRT Hanya Untuk Golongan Kaya?

Oleh : Wan Syarafiz
05 Disember 2018 - 5:35 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Harga median di sekitar stesen MRT Pusat Bandar Damansara bernilai RM4 juta
  • Jumlah penumpang MRT hanya 140,000 orang sehari berbanding sasaran yang diletakkan iaitu 250,000 penumpang

 

Kawasan perumahan di sekitar stesen MRT hanya mampu dimiliki golongan kaya? Ini susulan daripada satu laporan yang telah dikeluarkan oleh Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) yang menyatakan harga rumah di sekitar stesen MRT adalah di luar kemampuan golongan B40 dan M40.

 

Ini bukanlah satu perkara yang sangat mengejutkan ramai pihak kerana apa sahaja bentuk unit kediaman atau hartanah yang terletak berdekatan dengan sebarang kemudahan pasti akan mengalami kenaikan harga.

 

Begitu juga dengan jaringan pengangkutan awam seperti MRT. Nilai pasaran hartanah sekitarnya telah meningkat naik sehinggakan matlamat asal MRT dibina untuk memberi kemudahan kepada golongan B40 dan M40 telah tersimpang jauh.

 

Baca: Najib Bidas Kerajaan Isu MRT2

Baca: MOF Batal Kontrak MRT2: Siapa Rugi Siapa Untung?

 

Memang tiada langsung ke rumah untuk golongan B40 dan M40?

 

Berdasarkan kajian ini, golongan B40 sememangnya tidak mampu untuk memiliki rumah dalam lingkungan satu kilometer dari stesen-stesen MRT di laluan SBK. Bagi golongan M40 pula, daripada 31 stesen di sepanjang laluan SBK, hanya 8 stesen yang mempunyai rumah dengan harga yang mampu dimiliki.

 

8 stesen ini adalah kawasan yang berhampiran Kajang iaitu stesen MRT Kajang, Stadium Kajang, Batu Sebelas Cheras, Bandar Tun Hussein Onn, Sri Raya, Taman Connaught, Taman Pertama dan Maluri.

 

Menurut Cent-GPS lagi, kawasan perumahan yang terletak di sekitar stesen MRT Pusat Bandar Damansara telah mencatatkan harga rumah paling mahal dengan harga median kira-kira RM4 juta!

 

Siapa yang mampu untuk beli rumah harga seperti ini? Berdasarkan kajian tersebut, harga rumah RM4 juta ini sebenarnya hanya mampu dimiliki oleh 1% rakyat Malaysia sahaja.

 

Image result for mrt malaysia
Kredit: New Straits Times

 

“Paling menarik perhatian ialah harga median rumah di Sungai Buloh dan Taman Mutiara yang terlalu tinggi. Stesen-stesen ini bukanlah berada di dalam kawasan kejiranan mewah tetapi pembangunan baru di sekitar stesen MRT yang melibatkan rumah berkembar dan banglo tidak mampu dimiliki oleh golongan B40 dan M40,” ujar Pengarah Cent-GPS, Zaidel Baharuddin.

 

Melihat kepada kenaikan harga hartanah di sekitar stesen MRT, timbul persoalan adakah perkhidmatan MRT ini dibangunkan untuk golongan kaya di Malaysia sahaja?

 

Hal ini kerana, di sepanjang laluan MRT SBK, tiada satu stesen pun yang terletak berdekatan dengan projek perumahan mampu milik seperti PR1MA. Bukan itu sahaja, menurut Cent-GPS, hanya sebuah hospital kerajaan yang terletak dalam lingkungan satu kilometer dari stesen di sepanjang laluan MRT SBK.

 

Apabila harga hartanah di sekitar MRT melambung tinggi, ia telah memberikan impak yang besar kepada kadar jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan MRT.

 

Laluan MRT SBK sejak mula dibuka telah merekodkan jumlah penumpang yang jauh lebih rendah daripada sasaran. Sasaran awal jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan MRT SBK ini ialah 250,000 orang. Namun, jumlah penumpang yang berjaya dicatatkan hanya 140,000 orang sehari.

 

Baca: MRT3: Benarkah Kita Mampu?

 

Selain harga rumah yang mahal, rumah yang terletak berdekatan stesen MRT juga dikatakan tidak sesuai bagi mereka yang sudah berkeluarga. Ini kerana kebanyakan rumah yang mampu dimiliki di sekitar stesen MRT adalah bersaiz kecil. Jika mahukan rumah yang lebih besar, harganya juga akan ‘lebih besar’.

 

Harga rumah melampau tinggi ditambah saiz yang kecil pula, siapa sahaja yang berminat nak beli?

 

Image result for rumah kondominium dekat mrt
Kredit: PropSocial

 

Kerajaan perlulah melihat kepada perkara ini dengan lebih teliti kerana sebanyak RM36 bilion telah dilaburkan bagi pembinaan MRT. Jika situasi ini masih berterusan, usaha untuk mengalakkan penggunaan perkhidmatan awam adalah sia-sia sahaja.

 

Sekiranya harga rumah dapat dikawal atau pun lebih banyak projek perumahan mampu milik dibina sekitar stesen MRT, kerajaan juga lah yang akan mengaut untungnya kerana jumlah penumpang MRT akan lebih bertambah.

 

Dan harus diingat juga, kerajaan perlu memikul tanggungjawab mereka bahawa projek nasional seperti MRT ini adalah projek untuk semua rakyat dan bukannya dibina untuk golongan kaya sahaja.

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Telur -01

Harga Telur Naik Lebih 10 Sen Sebiji Semenjak April

Reading Time: 2 minutes 60% daripada bahan kandungan makanan ayam ini perlu diimport daripada negara luar KPNKK sedang menyiasat kenaikan ini jika…

duit-gaji

Pemintaan Gaji ‘tidak realistik’ Punca Pengangguran

Reading Time: 1 minute Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Pemintaan gaji ‘tidak realistik’ adalah antara alasan…

Tabung haji 1-01

SPV Mengambil Alih Aset Tabung Haji Bernilai RM19.9 bilion

Reading Time: 4 minutes Antara hartanah yang akan dipindahkan kepada SPV adalah tanah di Tun Razak Exchange (TRX) SPV akan memberi sukuk…

SPV-01

Apa itu SPV?

Reading Time: 2 minutes SPV ni entiti yang ditubuhkan dengan satu tujuan khas sahaja, samada untuk beli aset (spt Danaharta), untuk financing…