fbpx

Kekecewaan Korporat Di Suku Ketiga 2018

Oleh : Syafiq Hanafi
06 Disember 2018 - 12:05 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Pendapatan syarikat korporat merosot di antara 3% hingga 871%
  • Tiada peningkatan dijangkakan untuk suku keempat

 

Suku ketiga tahun 2018 memberikan kekecewaan kepada syarikat-syarikat korporat di Malaysia apabila keuntungan yang dicapai melihatkan penurunan ketara malah trend ini dijangkakan akan berlarutan sehingga hujung tahun ini. Beberapa sektor ekonomi utama seperti hartanah, perladangan dan logistik mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan berikutan beberapa faktor termasuk kelembapan pertumbuhan ekonomi, peningkatan kos operasi, harga komoditi yang tidak stabil dan beberapa faktor luaran yang memberikan impak negatif.

 

Sehingga November 2018, 30 syarikat korporat utama yang menguasai Bursa Malaysia melihatkan bagaimana pendapatan mereka merosot di antara 3% hingga 871%. Malah hanya 13 syarikat sahaja yang benar-benar melihatkan peningkatan keuntungan bersih di antara 2% hingga 108% dalam suku ketiga ini.

 

Baca: Kejatuhan Pasaran Saham: Perangkap Atau Peluang

Baca: Merudumnya Pasaran Saham Akan Beri ‘Domino Effect’ Yang Besar Kepada Semua

 

Ketua Penyelidik di Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee mengakui pencapaian di suku ketiga ini sangat tidak menggalakkan.

 

“Salah satu sebab kepada keadaan seperti ini ialah prestasi kurang memberangsangkan yang dicatat oleh syarikat-syarikat bermodal besar dalam sektor perladangan dan telekomunikasi,” katanya.

 

Image result for kenny yee rakuten
Kredit: The Malaysian Reserve

 

Malah Kenny juga meramalkan kemungkinan tiada sebarang peningkatan dalam pendapatan kepada syarikat-syarikat ini dalam suku keempat.

 

“Saya menjangkakan pendapatan syarikat-syarikat ini tidak akan melihatkan peningkatan ketara dalam suku keempat. Pasaran kini bergerak berasaskan sentimen dan keadaan ini tidak akan memberikan kesan positif kepada harga saham,” katanya lagi.

 

Namun begitu, bergerak ke tahun 2019, Kenny menjangkakan kadar keuntungan syarikat-syarikat korporat di Malaysia akan melihatkan sedikit peningkatan berbanding tahun ini, di sebalik kebimbangan berterusan terhadap isu perang dagang Amerika Syarikat-China dan pertumbuhan sederhana ekonomi global.

 

Sektor perladangan merupakan antara sektor yang terjejas dalam suku ketiga ini. Beberapa syarikat perladangan utama seperti IOI Corp Berhad melihatkan penyusutan keuntungan bersih sehingga 60%, manakala Kuala Lumpur Kepong Berhad pula melihatkan kemerosotan sehingga 58.1%. Keuntungan Sime Darby Plantation Berhad pula dilihat terjejas sehingga 89%. Sementara itu, FGV Holdings Berhad juga tidak terkecuali daripada menerima kesan kemerosotan keuntungan bersih ini.

 

Baca: Hutang RM1 Trilion: Pasaran Saham Dan Bon Malaysia Terkesan

 

Apa yang berlaku kepada sektor perladangan ini jelas disebabkan oleh ketidakstabilan pada harga minyak sawit mentah.

 

Ketua Penyelidik MIDF, Mohd Redza Abdul Rahman menggelarkan apa yang berlaku di suku ketiga tahun 2018 sebagai sesuatu yang mengecewakan khasnya kepada sektor hartanah, logistik dan utiliti.

 

“Sektor hartanah turut terheret dalam keadaan ini apabila beberapa syarikat pemaju utama mencatatkan prestasi di bawah jangkaan. Keadaan ini berlaku kerana berlaku pengurangan dalam jumlah projek baharu di samping sumbangan projek luar negara yang rendah.

 

Sektor logistik pula terpaksa berhadapan dengan peningkatan kos operasi serta kehendak pelanggan yang sudah berubah. Syarikat besar seperti Tenaga Nasional Berhad juga turut terkesan dan ini berlaku kerana peningkatan dalam harga komoditi, khasnya arang batu. Namun apa yang berlaku kepada TNB sudah dijangkakan sebelum ini,” kata beliau.

 

Image result for bursa malaysia
Kredit: The Star

 

Namun begitu, apa yang berlaku ini bukanlah sesuatu senario unik di Malaysia semata-mata. Beberapa minggu lalu, beberapa syarikat di Eropah termasuk pembuat simen, pengeluar kereta, firma kejuruteraan dan syarikat penerbangan turut mencatatkan prestasi kewangan paling mengecewakan dalam tempoh tiga tahun.

 

Di Amerika Syarikat pula, beberapa saham beberapa syarikat berkaitan teknologi seperti Facebook, Amazon, Apple, Netflix dan Alphabet mencatatkan penurunan ketara selama beberapa minggu dan ini turut menjejaskan pendapatan mereka.

 

Kembali ke Malaysia, walaupun beberapa syarikat dalam sesetengah sektor melihatkan prestasi kurang positif, namun sektor penerbangan mencatatkan pertumbuhan penumpang yang lebih tinggi walaupun sektor ini berhadapan dengan peningkatan harga bahan api.

 

Begitu juga dengan syarikat pengeluar sarung tangan yang melihatkan peningkatan hasil selepas menambah kapasiti dalam pengeluaran.

 

Sektor pembinaan pula melihatkan situasi bercampur-campur. Syarikat kecil dan lebih berfokus seperti Cahya Mata Sarawak Berhad yang memberi tumpuan kepada projek di Sarawak melihatkan peningkatan hasil yang baik. Sudah tentu projek Lebuh Raya Pan Borneo menjadi penyumbang utama kepada syarikat ini. Namun begitu, syarikat-syarikat besar dilihat lebih terjejas.

 

Penyelidik pasaran meramalkan syarikat-syarikat dalam sektor yang menjadi pengguna seperti penerbangan, pengeluaran sarung tangan, penjagaan kesihatan dan minyak serta gas (downstream) akan terus melihatkan keupayaan untuk mencapai tahap pendapatan lebih baik. Keadaan ini disebabkan oleh jangkaan musim cuti hujung tahun dan harga komoditi yang terus jatuh.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Telur -01

Harga Telur Naik Lebih 10 Sen Sebiji Semenjak April

Reading Time: 2 minutes 60% daripada bahan kandungan makanan ayam ini perlu diimport daripada negara luar KPNKK sedang menyiasat kenaikan ini jika…

duit-gaji

Pemintaan Gaji ‘tidak realistik’ Punca Pengangguran

Reading Time: 1 minute Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Pemintaan gaji ‘tidak realistik’ adalah antara alasan…

Tabung haji 1-01

SPV Mengambil Alih Aset Tabung Haji Bernilai RM19.9 bilion

Reading Time: 4 minutes Antara hartanah yang akan dipindahkan kepada SPV adalah tanah di Tun Razak Exchange (TRX) SPV akan memberi sukuk…

SPV-01

Apa itu SPV?

Reading Time: 2 minutes SPV ni entiti yang ditubuhkan dengan satu tujuan khas sahaja, samada untuk beli aset (spt Danaharta), untuk financing…