fbpx

LKAN 2017 Siri 3: Dedah Kepincangan Pelbagai Agensi Kerajaan Pusat & Negeri

Oleh : Syafiq Hanafi
27 Disember 2018 - 10:38 am

Reading Time: 3 minutes
  • Dua ahli lembaga pengarah PUNB tidak memaklumkan mereka mempunyai kepentingan dalam dua syarikat yang menerima dana daripada PUNB
  • Majlis Perbandaran Kota Bahru, Kelantan pula dilaporkan gagal menguruskan projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh dengan cekap

 

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 3 yang dikeluarkan pada 3 Disember 2018 mendedahkan beberapa kepincangan yang berlaku dalam soal tadbir urus kewangan negara. Beberapa hal yang dibangkitkan mencakupi pelbagai bidang dan agensi sama ada di peringkat persekutuan atau negeri.

 

Secara keseluruhannya, jika di peringkat persekutuan beberapa agensi dan badan berkanun yang menerima teguran termasuklah RISDA, FINAS, Lembaga Tabung Haji, LHDN dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

 

Sementara itu, di peringkat negeri pula kita melihat bagaimana beberapa agensi turut menerima teguran dan ini termasuklah Kedah Agro Holdings Berhad, PDC Setia Urus Sdn Bhd di Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Kota Bahru, Terengganu Skills Development Centre, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, PKNP Agro-Tech Sdn Bhd di Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd, Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam di Melaka, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Sabah dan Bintulu Development Authority di Sarawak.

 

Menurut Laporan berkenaan, RISDA dikaitkan dengan ketidaktentuan pada anak syarikatnya Risda Semaian dan Lanskap Sdn Bhd. Manakala FINAS pula menurut laporan berkenaan gagal merekodkan hartanah dan peralatan berasaskan kepada nilai mengikut penilaian semula. Ini menyebabkan FINAS mencatatkan kekurangan aset berjumlah RM19.28 juta.

 

Image result for risda
Kredit: Mole.my

 

Tabung Haji pula dilaporkan gagal merekodkan impairment charges pelaburan melibatkan tiga anak syarikatnya yang berjumlah RM277.81 juta pada tahun 2017. LHDN pula dilaporkan memberi pinjaman tanpa faedah berjumlah RM100 juta kepada Yayasan LHDN, namun tiada sebarang perjanjian direkokdkan antara kedua-dua pihak.

 

Di pihak PUNB pula keadaan agak mengejutkan apabila terdapat transaksi kepada sebuah syarikat bernilai RM400 ribu dan syarikat berkenaan mempunyai hubungan dengan salah seorang ahli lembaga pengarah PUNB. Selain itu, dua ahli lembaga pengarah PUNB juga tidak memaklumkan bahawa mereka mempunyai kepentingan dalam dua syarikat yang menerima dana masing-masing berjumlah RM300 ribu dan RM4 juta daripada PUNB.

 

Di peringkat negeri pula, kita boleh melihat bagaimana Kedah Agro Holdings Berhad dilaporkan tidak mempunyai tadbir urus korporat yang berkualiti sehingga melihatkan syarikat Kerajaan Negeri Kedah ini mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak RM560 ribu dan RM670 ribu masing-masing pada tahun 2015 dan 2016. Keadaan ini juga sama dengan PDC Setia Urus Sdn Bhd milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dilaporkan tidak diuruskan dengan baik serta memiliki kedudukan kewangan tidak stabil.

 

Majlis Perbandaran Kota Bahru, Kelantan pula dilaporkan gagal menguruskan projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh dengan cekap apabila terdapat kelemahan dalam pengurusan kontraknya di samping tarikh siapnya juga telah tergendala lebih enam tahun. Kedudukan kewangan Terengganu Skills Development Centre juga dilaporkan tidak stabil dan telah mencatatkan kerugian sebelum cukai untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

 

Related image
Kredit: Berita Harian

 

Jabatan Kerja Raya Negeri Perak pula dilaporkan mengalami masalah dari sudut kecekapan pengurusan berikutan kelemahan dari sudut perolehan dan pembayaran kontrak. Sementara itu, PKNP Agro-Tech Sdn Bhd milik Kerajaan Negeri Pahang pula mengalami kerugian sebelum cukai selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2017. Syarikat ini juga tidak mempunyai tunai mencukupi untuk mendanai perniagaannya.

 

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor pula dilaporkan hanya mampu menyiapkan 33 projek tebatan banjir selepas diberikan pelanjutan tempoh. Sepatutnya di antara tahun 2014 hingga 2017 sebanyak 75 projek dengan nilai RM231.53 juta ini perlu disiapkan. Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd pula masih tidak berjaya mencapai tahap kecekapan optimum dan memiliki hutang yang agak tinggi.

 

Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam milik Kerajaan Negeri Melaka ini pula dilaporkan tidak mempunyai tadbir urus korporat yang berkualiti, khususnya dalam aspek pengurusan aktiviti pembangunan hartanahnya. Manakala terdapat kelewatan sehingga hampir setahun dalam kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya oleh syarikat konsesi bertanggungjawab di bawah pemantauan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor.

 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Sabah pula hanya mampu menyiapkan 3 rumah penyembelihan berbanding 11 yang telah dirangka di bawah RMK-10 dan RMK-11. Manakala berkaitan dengan kualiti, hanya 44 peratus rumah penyembelihan yang diperiksa berbanding peratusan lebih tinggi wajar dicatatkan.

 

Objektif pembangunan projek Taman Perindustrian Samalaju dilaporkan masih belum tercapai dan pengurusan kontrak untuk Pakej 1 Samalaju Boulevard juga dilaporkan tidak menepati standard kecekapan yang sewajarnya.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara¬†mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…