fbpx

Panduan Menguruskan Bonus Tahunan

Oleh : Kauthar Rozmal
21 Disember 2018 - 4:26 pm

Reading Time: 2 minutes

Kebiasaannya hujung tahun ini banyak syarikat akan memberikan bonus atau imbuhan kepada staf mereka. Banyak atau sikit jumlahnya itu bergantung kepada prestasi syarikat pada tahun tersebut.

 

Tapi sayangnya, bila dapat sahaja bonus, tidak sampai sebulan duit tersebut telah habis. Jadi disini kami akan berikan cadangan bagaimana hendak mengurus duit lebihan tersebut.

 

1. Ambil 10% untuk dibelanjakan

Setelah setahun kita bekerja penat dan lelah, apa salahnya jika kita berbelanja sedikit daripada apa telah diusahakan. Tapi janganlah pula semua wang bonus tersebut dihabiskan untuk berjoli.

 

Masa inilah kita nak keluarga berjalan-jalan dan makan di tempat yang mewah sedikit. Mewah itu pula subjektif dan bergantung kepada individu, ada keluarga merasakan makan di KFC sudah cukup mewah dan ada juga yang lebih tinggi “standard” nya.

 

 

 

2. Bayar hutang-hutang kecil

Hutang bagaimana yang perlu diutamakan? Jika ada lebihan wang, utamakan dahulu hutang yang tinggi kadar faedahnya seperti kad kredit dan pinjaman peribadi. Adalah tidak logik untuk kita melangsaikan hutang rumah menggunakan wang bonus, kecualilah bonus kita mencecah ratusan ribu ringgit.

 

Katakan anda mendapat bonus sebanyak RM5,000 dan hutang kad kredit anda berjumlah RM3,000. Adakah anda perlu labur dahulu atau bayar hutang dahulu?

 

Sebaiknya langsaikan hutang kad kredit dahulu kerana kadar faedahnya mencecah sehingga 18% setahun. Jika anda laburkan, agak sukar untuk mendapatkan pulangan melebihi 18% setahun.

 

 

3. Bayar zakat dan bersedekah

Jika sudah cukup syarat untuk membayar zakat, maka bayarlah zakat terlebih dahulu kerana itu kewajiban kita sebagai seorang muslim. Seterusnya jangan kita lupa untuk berikan sebahagian bonus tersebut untuk bersedekah.

 

Dalam setiap rezeki kita itu ada rezeki orang lain. Dan percayalah kepada janji tuhan bahawa tidak akan miskin orang yang bersedekah.

 

4. Simpan sekurangnya 10% daripada bonus

Bab simpanan pula, ianya bergantung kepada keadaan kewangan masing-masing. Jika sebahagian besar bonus digunakan untuk membayar hutang, simpan 10% sahaja sudah memadai.

 

Jika lebihan bonus masih banyak, maka kita boleh pecahkan simpanan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama untuk matlamat jangka masa pendek seperti kahwin atau melancong.

 

Bahagian kedua pula bagi matlamat jangka masa panjang seperti pendidikan anak-anak dan tabung persaraan.

 

Baca: Strategi Dividen Dengan Sedikit Twist (Bahagian 1)

Baca: Pengenalan Pelaburan Pembiayaian Ekuiti Bersama (ECF)

 

Secara ringkasnya, apabila dapat sahaja bonus, asingkan terlebih dahulu 10% untuk simpanan dan 10% lagi untuk dibelanjakan. Seterusnya bayar zakat dan langsaikan mana-mana hutang kecil yang ada. Jika ada lebihan lagi, seeloknya wang tersebut dilaburkan supaya ianya berkembang di masa hadapan.

 

Walau bagaimana pun, tips ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh sesuaikan mengikut keperluan peribadi anda.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Huawei-01

Mengapa Sesetengah Negara Mengharamkan Teknologi 5G Huawei

Reading Time: 3 minutes Huawei tidak layak untuk menyediakan infrastruktur 5G di UK Malaysia akan mengkaji sama ada perlu mengharamkan teknologi 5G…

China Numba 1-01
Kapital

Rekod Terburuk Pertumbuhan Ekonomi China Dalam Tempoh 3 Dekad

Reading Time: 3 minutes Kadar pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2018 yang direkodkan ialah 6.6% Bank pusat China telah menyuntik lebih banyak…

Apartment-01
Kapital

‘Henti pendekatan M40 tanggung subsidi rumah mampu milik’

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Penyertaan besar sektor swasta untuk membina rumah…

Myeg Mypay-01
Kapital

MyPay, Pesaing Baru MyEG

Reading Time: 3 minutes Saham syarikat HeiTech Padu telah meningkat naik melebihi 50% Sukaniaga dan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd kini bekerjasama membangunkan…