fbpx

Pelan Pemulihan Semula Tabung Haji

Oleh : Hilmi Ibrahim
11 Disember 2018 - 11:47 am

Reading Time: 3 minutes
  • Tabung Haji akan diletakkan dibawah pengawasan Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Kerajaan akan menubuhkan SPV bagi memulihkan semula keadaan kewangan Tabung Haji

Beberapa hari kebelakangan ini hangat diperbincangkan mengenai isu Tabung Haji (TH), daripada isu penggunaan wang bagi program bermotifkan politik kepada pemberian hibah menggunakan wang pendeposit.

 

Baca: RM22 Juta Disalurkan Oleh Tabung Haji Bagi Program Politik

Baca: Tabung Haji Memalsukan Akaun 2017 Bagi Membayar Dividen?

 

Namun disebalik semua kepincangan ini, apakah jalan penyelesaiannya? Apakah langkah kerajaan dalam memulihkan semula institusi kewangan Islam yang pertama di dunia ini?

 

Antara inisiatif yang dicadangkan bagi memastikan TH ditadbir dengan lebih baik adalah meletakkan TH dibawah pengawasan Bank Negara Malaysia (BNM) dan menubuhkan syarikat special purpose vehicle (SPV).

 

 

Menurut Professor Dr Azmi Hassan daripada Universiti Teknologi Malaysia, TH sepatutnya diletakkan di bawah pengawasan BNM semenjak ianya ditubuhkan bagi memastikan tadbir urus yang baik.

 

“Meletakkan TH di bawah pengawasan kerajaan patut dilakukan dari mula lagi supaya TH mematuhi undang-undang perbankan. Jika berlaku sebarang salah urus tadbir, ianya lebih mudah bagi BNM untuk memberi teguran” – Professor Dr Azmi

 

Semalam, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengumumkan TH akan diletakkan dibawah pengawasan BNM bermula Januari hadapan.

 

“Bagi penstrukturan semula Tabung Haji ini, adalah penting bahawa dana TH diletakkan di bawah pengawasan BNM dan tertakluk kepada piawaian kewangan dan keperluan pentadbiran yang ketat.

 

“Kerajaan komited dalam memastikan meraih semula kepercayaan rakyat dan pendeposit Tabung Haji melalui barisan kepimpinan dan pengurusan baru” – Datuk Seri Dr Mujahid

 

Buat masa sekarang, tiada satu badan pun yang mengawal selia TH, dana tersebut hanya tertakluk kepada Akta Tabung Haji 1995. BNM juga telah membuat beberapa siri teguran sebelum ini dan turut dibangkitkan oleh Rafizi Ramli.

 

 

BNM memberikan teguran berkaitan pengagihan dividen dan bonus TH tidak dilakukan secara berhemat. Secara puratanya pengagihan dividen dan bonus melebihi keuntungan semasa TH (purata 107%) bagi tempoh 2012 – 2014.

 

Baca: Prestasi Kewangan Tabung Haji dari 2012-2016

 

Selain itu penubuhan SPV yang dijangka berjalan bulan ini merupakan langkah bagi memulihkan kedudukan kewangan TH memandangkan akaun TH berada dalam keadaaan defisit sebanyak RM4.1 bilion (RM70.3 bilion aset VS RM74.4 bilion liabiliti bagi tahun kewangan 2017).

 

SPV ini yang ditubuhkan ini bakal memulihkan semula aset TH yang tidak memberikan prestasi baik serta bekemungkinan ada aset yang bakal dijual. Pelan penuhnya akan dibentangkan oleh Mujahid hari ini.

 

Sejarah dividen TH

 

Walau bagaimana pun, mengikut kepada keadaan sekarang, TH berkemungkinan tidak mampu memberikan hibah yang tinggi pada tahun hadapan memandangkan jumlah asetnya kurang daripada liabiliti.

 

Mujahid turut mengeluarkan kenyataan supaya rakyat tidak perlu risau mengenai pemberian hibah bagi tahun hadapan. Adakah ini bermakna kerajaan akan berjaya meningkatkan aset TH dan membuat keuntungan dalam masa yang singkat?

 

“Saya yakin dengan tindakan pemulihan yang sudah bermula sejak Julai lalu, hibah atau dividen bagi tahun 2018 akan dapat diberikan kepada pendeposit, namun kadarnya bergantung pada keuntungan.”

 

“Dengan pelan pemulihan yang sedang dilakukan, kos menunaikan haji bagi pendeposit TH juga kekal pada kadar RM9,980” – Datuk Seri Dr Mujahid

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…