Pembatalan Projek SKIN, Syarikat Penyedia Servis e-kerajaan Terjejas
- Saham Prestariang merudum sebanyak 42.9%
- Scicom memiliki tunai sebanyak RM51.4 juta dan tiada sebarang hutang
Beberapa syarikat dilihat terkesan berikutan pengumuman kerajaan menamatkan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang berkuat kuasa 19 Januari 2019 nanti. Syarikat tersebut adalah Prestariang Bhd, MyEG Services Bhd dan Scicom (MSC) Bhd.
Minggu lalu sahaja, saham Prestariang merudum sebanyak 42.9% dan ditutup pada harga 26.5 sen Jumaat lalu. Saham MyEG dan Scicom pula merudum sebanyak 20.2% dan 25.6%.
Adakah ini satu peluang kepada pelabur saham?
Menurut pengasas bersama MyEG, Wong Thean Soon, pendapat berkaitan konsesi servis kerajaan hanyalah satu per lima daripada keseluruhan pendapatan syarikat.
“Dalam Malaysia, kita akan cuba untuk memperluaskan lagi kepelbagaian produk dan mengukuhkan lagi kedudukan kita sebagai saluran pilihan kepada pelanggan kami bagi mendapatkan produk dan servis daripada kami”
“Rekod baik Malaysia dalam memberikan servis kerajaan melalui saluran digital semakin dikenali di rantau ini lantas membuka jalan kepada MyEG untuk meluaskan perniagaannya ke luar negara” – Wong

Di samping itu, menurut UOB, dengan meluaskan servis MyEG ke luar negara ianya sudah mencukupi bagi pertumbuhan syarikat tersebut di masa hadapan.
Selain itu, Wong turut berkata syarikat tersebut sedang mencuba teknologi blockchain melalui sistem pembayaran gaji, Payme yang masih dalam fasa percubaan.
“Saya fikir penjualan saham MyEG ini berpunca daripada ketidaktentuan berkaitan konsesi projek kerajaan. Walaupun kerajaan telah membatalkan projek SKIN, ianya bukanlah penyumbang utama kepada pendapatan MyEG” Vincent Lau, Timbalan Presiden Rakuten Trade Sdn Bhd.

Berdasarkan Bloomberg, kebanyakan penganalisa pasaran mengekekalkan “buy call” dengan purata harga sasaran pada RM1.82, kenaikan 100% daripada 91 sen jumaat lalu.
Sementara itu, bagi Scicom pula, kejatuhan saham ini telah memberikan kadar hasil dividen yang menarik pada kadar 9.7%. Syarikat ini telah mencatatkan keuntungan setiap tahun tanpa gagal semenjak disenaraikan pada tahun 2005 disamping memiliki tunai sebanyak RM51.4 juta dan tiada sebarang hutang.
Bagi Prestariang pula, mereka masih berbincang dengan kerajaan berkaitan pampasan ekoran pembatalan projek SKIN. Menurut CIMB Research, bayaran pampasan akan dibuat menjelang 19 Julai tahun hadapan.
“Kami menganggarkan pampasan sebanyak 75 sen bagi setiap unit saham” Nigel Foo, Penganalisa CIMB Research
Dalam pada itu, Prestariang menyatakan bahawa mereka mampu mencatatkan keuntungan sebanyak RM10 juta tahun hadapan tanpa projek SKIN.
Sumber: The Edge