fbpx

[PENDAPAT] Mengapa Johor Masih Jual Pasir Ke Singapura?

Oleh : Kapital
28 Disember 2018 - 10:36 am

Reading Time: 2 minutes

Isu jualan pasir ke Singapura masih merupakan antara isu hangat, setidak-tidaknya bagi Bangsa Johor.

 

Berikut merupakan kiriman dari pembaca Kapital.my yang mempersoalkan perkara ini:

 

Sebagai rakyat (bukan bangsa) Johor saya mahukan satu kepastian. Adakah larangan terhadap penjualan pasir laut kepada Singapura masih berkuat-kuasa atau sudah terbatal.

 

Tujuan saya mengajukan pertanyaan ini adalah kerana saya sering diberitahu bahawa “barges” atau tongkang tunda yang membawa pasir bertan-tan berulang-alik dari Johor ke Singapura setiap hari.

 

Kita tahu Singapura mengguna pasir ini untuk tujuan reclamation atau menambak pesisir pantai dan dari peta-peta terbaharu Singapura, jelas tambakan pasir ini telah menambah saiz Singapura dan ini masih berterusan.

 

Di pihak kita pula setiap hari pasir laut kita dipunggah, hakisan berlaku dan semakin lama semakin terhakislah pantai kita.

 

Kerana itu, walaupun pendapatan dari jualan pasir ke Singapura ini amat lumayan, Kerajaan mengambil keputusan melarangnya kerana kepentingan negeri Johor dan generasi akan datang.

 

Related image
Kredit: themalaysiantimes.com.my

 

Satu lagi persoalan, jika Kerajaan melarang penjualan pasir laut ini ke Singapura, tidakkah ini bermakna penjualan itu dilakukan secara haram.

 

Pastinya Kerajaan tidak mengutip cukai dan penjual juga tidak akan isytihar kerana jika diisytihar, dia telah melakukan kesalahan.

 

Maknanya, penjual yang melakukan penjualan itu tidak ubah seperti penyeludup lain yang tidak membayar cukai dan mendapat keuntungan maksima.

 

Yang melarat ialah negeri Johor yang pantainya terhakis setiap hari dan dalam jangka masa panjang (telah pun berlaku) akan merosakkan ekosistem pantai dan laut disekeliling negeri Johor. Dengan perkataan lain Singapura membesar dari hakisan negeri Johor.

 

Sekarang inipun, banjir yang tidak pernah sebegitu besar telah melanda Johor sejak beberapa tahun yang lalu akibat dari angkara orang yang tamak.

 

Beza antara penyeludup lain dengan penjual pasir laut di johor ialah, penyeludup lain melakukannya dengan sembunyi-sembunyi dan takut-takut.

 

Dan ramai yang telah ditangkap dan dihukum.

 

Penyeludup pasir ini pula melakukannya secara terang-terangan, tanpa rasa takut atau malu.

 

Image result for curi pasir johor
Kredit: Berita Harian

 

Ini membawa kepada soalan saya yang terakhir – kenapa mereka boleh melakukan penjualan atau lebih tepat penyeludupan pasir ini secara terbuka dan kelihatannya dilindungi dari sebarang penguatkuasaan undang-undang.

 

Ataupun pihak berkuasa bersama-sama dengan penyeludup-penyeludup ini menjual pasir Johor dan berkongsi hasil haram tersebut.

 

Untuk mengharap Singapura untuk tidak membeli pasir yang dilarang penjualannya adalah sesuatu yang sia-sia. Singapura tidak pernah akan hormat kepada undang-undang Malaysia dan memandang hina kepada Negeri Johor.

 

Saya ingin merayu kepada Kerajaan Persekutuan, jika ada sedikit kuasa ataupun rasa tanggungjawab kepada negeri Johor, tolonglah hentikan penjualan pasir laut ini ke Singapura.

 

Atau Kerajaan Malaysia juga takut untuk bertindak?

 


Penutup tulis: Ismail Ishak merupakan pembaca Kapital.my

 

Segala pandangan beliau adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Kapital.my

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Front Facade
Kapital

Lokasi Adalah ‘Senjata’ Penting Tarikan Hartanah

Reading Time: 4 minutes Tatkala pasaran hartanah semasa berada dalam situasi yang mencabar, apakah faktor yang boleh menarik minat orang ramai untuk…

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…