fbpx

Prestasi Menteri Pakatan Harapan 2018

Oleh : Syafiq Hanafi
28 Disember 2018 - 10:55 am

Reading Time: 6 minutes
  • Pengalaman Tun M sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini banyak membantu PH dalam menetapkan hala tuju
  • Ada Menteri cemerlang, gagalis dan penerima anugerah khas

Tahun 2018 sudah menghampiri hujungnya dan politik di Malaysia kelihatan menempa sejarah baharu dengan tumbangnya Barisan Nasional (BN) selepas selesa memerintah negara ini selama 61 tahun. Kini ialah era milik Pakatan Harapan (PH) dan perjalanan mereka sedang bermula, tidaklah begitu rancak, tetapi ada beberapa pengalaman berharga yang mampu dikutip untuk mereka meneruskan pentadbiran selama kira-kira 4 tahun lagi sebelum pilihan raya umum ke-15 menjelang tiba.

 

Kekuatan PH untuk terus kekal sebagai Kerajaan dalam hayat lebih panjang bergantung sepenuhnya kepada keupayaan mereka mentadbir negara ini di samping kepercayaan utuh rakyat. PH kini sedang dipukul gelombang cabaran yang amat kuat dalam menyusun pentadbiran menjadi lebih baik dan kukuh. Dengan pembangkang juga tidak begitu kuat, PH sebenarnya memiliki tempoh yang baik di sepanjang 2019 kelak untuk membuktikan sesuatu yang positif untuk Malaysia.

 

Sepanjang tahun 2018 ini kita dapat melihat bagaimana terdapat beberapa Menteri dalam pentadbiran PH yang dilihat benar-benar berjaya menjalankan tugas dengan baik, walaupun ini ialah tanggungjawab pertama mereka. Nama-nama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Gobind Singh Deo, Anthony Loke, Ahmad, Darell Leiking dan Yeo Bee Yin merupakan nama-nama yang dilihat semakin selesa dan menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang tempoh kira-kira 6 bulan ini.

 

Manakala nama-nama seperti P. Waytha Moorthy, Khalid Abd Samad dan Mohammadin Ketapi merupakan nama-nama yang dikatakan masih belum dapat mencapai prestasi yang diharapkan. Manakala Dr Maszlee Malik dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pula antara yang sering diselubungi kontroversi sepanjang melaksanakan tugas pada ketika ini.

 

Menteri Cemerlang

 

Image result for tun m
Kredit: Says.com

1. Tun Dr Mahathir

Tun M antara yang paling menyinar dalam pentadbiran PH, malah tidak dapat dinafikan beliau merupakan tulang belakang terpenting dalam memastikan pentadbiran PH di peringkat awal ini berjaya dikukuhkan. Pengalaman beliau sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini banyak membantu PH dalam menetapkan hala tuju dan memastikan sokongan kuat rakyat dapat terus dipertahankan.

 

Malah Tun M merupakan tokoh terbaik untuk memegang jawatan ini dalam kalangan PH memandangkan di pihak PH sendiri kekeringan tokoh yang memiliki kelebihan dan pengalaman seperti Tun M. Pengaruh yang ada pada Tun M sehingga kini amat penting dalam Malaysia meletakkan kedudukan yang lebih baik di bawah pentadbiran baharu, khasnya di mata negara-negara utama dunia lain.

 

Kita dapat melihat bagaimana sambutan positif negara besar seperti Jepun dan China terhadap Tun M dan ini memberikan kesan positif kepada negara untuk satu tempoh yang lebih panjang.

 

Menyusun pentadbiran untuk sebuah Kerajaan yang baru dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman pentadbiran merupakan tugas yang sukar dan Tun M jelas membuktikan beliau mampu menggalas tanggungjawab ini dan faktor usia bukanlah penghalang untuk beliau.

 

Image result for gobind singh deo
Kredit: Malaysia Stylo

2. Gobind Singh Deo

Gobind Singh Deo yang menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia pula dilihat sebagai pemimpin yang baik untuk KKMM. Kita lihat bagaimana ketegasan Gobind dalam menangani isu siaran langsung Piala Dunia FIFA melalui RTM dan menyelaraskan harga yang munasabah untuk perkhidmatan Internet dan telekomunikasi di negara ini. Apa yang digerakkan Gobind ini sebenarnya telah memberikan manfaat kepada rakyat.

 

Selain itu, Gobind juga sudah menggerakkan pembaharuan dalam bidang perfileman tanah air, apabila melantik Ahli Lembaga Penasihat FINAS dalam kalangan mereka yang aktif di peringkat industri. Malah lantikan ini yang memenuhi komposisi industri dan keperluannya juga mendapat sambutan positif daripada semua pihak terlibat.

 

Keupayaan Gobind dalam mengeluarkan kenyataan dengan jelas dan tegas menjadi kelebihan utama buat beliau.

 

Image result for anthony loke
Kredit: Malay Mali

3. Anthony Loke

Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan merupakan salah seorang Menteri yang paling mendapat pujian kerana ketegasan beliau dalam membuat keputusan. Malah tiada sebarang flip flop di peringkat Kementerian. Beliau juga mendapat pujian dalam kakitangan di Kementeriannya yang jelas selesa dengan cara beliau bekerja.

 

Ketegasan beliau dalam mengendalikan isu AES, Lapangan Terbang Seletar dan MH370 merupakan antara bukti bagaimana setakat ini Anthony Loke ialah Menteri yang wajar menerima markah tertinggi.

 

Image result for Darell Leiking
Kredit: The Malaysian Reserve

4. Darell Leiking

Darell Leiking sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dilihat cekap dan memiliki pengetahuan baik dalam bidang tugasnya. Beliau dilihat cepat belajar dan menyesuaikan diri. Malah apabila diamati ucapan-ucapan beliau dalam beberapa forum perdagangan, beliau berjaya memberikan buah fikiran dan butiran perbincangan yang menarik perhatian. Gandingannya bersama-sama Ong Kian Ming melihatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memiliki barisan kepimpinan berkualiti.

 

Image result for yeo bee yin
Kredit: Edgeprop.my

5. Yeo Bee Yin

Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merupakan antara nama paling penting dan menarik perhatian dalam Kabinet PH. Beliau bukan sahaja mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik, namun berjaya menarik perhatian antarabangsa apabila Nature.com menyenaraikan beliau sebagai 10 individu penting dunia dalam bidang alam sekitar.

 

Pemilihan berkenaan dibuat selepas beliau dilihat sebagai antara suara alam sekitar terpenting di Malaysia, di samping sikap konsisten beliau dalam menyatakan pandangan mengenai pencemaran plastik.

 

Menteri Gagalis

 

Image result for waytha moorthy
Kredit: Youtube

1. Wathya Moorthy

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perpaduan, P. Wathya Moorthy dilihat paling sesuai menerima markah rendah. Bermula dengan keterujaan beliau untuk Malaysia meratifikasi ICERD, sehingga mencetuskan perbalahan dalam kalangan rakyat dan menyebabkan Kerajaan membuat ketetapan untuk tidak meratifikasi Konvensyen PBB berkenaan sehingga kepada rusuhan kuil Hindu di Seafield, Selangor jelas melihatkan bagaimana Wathya berhadapan kekangan dan halangan untuk menjalankan tugas dengan baik.

 

Malah timbul video lama beliau yang dilihat sebagai satu kata-kata fitnah semasa berada di luar negara juga menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap beliau selaku Menteri yang menguruskan perpaduan semakin terhakis. Malah tindakan beliau bersama beberapa barisan anggota Kabinet lain mengadakan sidang akhbar menyalahkan polis dalam insiden di Seafield juga melihatkan beliau kelihatan canggung untuk memegang jawatan Menteri.

 

Setakat ini, Wathya merupakan satu-satunya Menteri yang menerima desakan kuat rakyat untuk meletak jawatan. Namun beliau masih bertahan dan kita tidak pasti sampai bila beliau mampu bertahan.

 

Image result for khalid samad
Kredit: The Rocket

2. Khalid Samad

Tugas Khalid Samad sebagai Menteri Wilayah juga banyak terganggu dengan kenyataan-kenyataan beliau di media yang tidak cekap dan konsisten. Antara yang dilihat sebagai kenyataan tidak perlu termasuk cadangan Harapan Coin dan pelaburan berbilion ringgit dari Qatar yang sebenarnya dilihat sebagai tidak logik.

 

Jelas kebanyakan Menteri di bawah PH sekarang perlu meningkatkan kemahiran komunikasi mereka dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mampu memesongkan pandangan rakyat.

 

Image result for Ketapi
Kredit:: Youtube

3. Mohammadin Ketapi

Mohammadin Ketapi yang dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dianggap masih tidak bergerak lancar, malah sehingga kini belum ada apa-apa inisiatif baru berkaitan seni dan budaya yang diumumkan beliau. Golongan sasterawan, aktivis seni dan budayawan juga kelihatan mula merungut kerana Mohammadin terus membisu. Selain itu, gaya Mohammadin semasa menjawab soalan di Parlimen juga tidak menyakinkan.

 

Menteri-Menteri lain yang dilihat perlu melaksanakan lebih banyak usaha untuk meningkatkan prestasi di sepanjang tahun 2019 nanti termasuklah Teresa Kok dan Datuk Saifuddin Nasution. Kenyataan Teresa Kok tentang penorehan di musim hujan dan kelemahan Saifuddin dalam menangani kenaikan harga telur baru-baru ini telah mencetuskan pertikaian dalam kalangan rakyat.

 

Anugerah Khas

 

Image result for mujahid
Kredit: Kerjaya,co

1. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

Namun begitu, selain melihat kepada prestasi, kita juga boleh menganugerahkan gelaran Menteri Warna-Warni kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Bermula dari isu berkaitan tandas golongan LGBT, tindakan tangkapan khalwat dan baru-baru ini warkah kanda-dinda kepada Nurul Izzah Anwar, membuatkan beliau menjadi Menteri paling banyak warna pada tahun 2018.

 

Related image
Kredit: Utusan

2. Dr Maszlee Malik

Begitu juga halnya dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. Beliau jelas banyak terperangkap dengan kenyataan yang dibuat kepada pihak media. Malah beliau merupakan Menteri yang dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang kemudian memakan diri. Isu kasut dan stokin, isu kelas renang dan isu PTPTN menyebabkan Maszlee dilihat sebagai Menteri yang sering menjadi sasaran serangan pembangkang.

 

Pada tahun 2019 nanti, kita harapkan Menteri-Menteri PH sudah mula belajar khasnya aspek komunikasi. Kita tidak mahu lagi komunikasi yang silap menjerat mereka di kemudian hari. Selain itu, hubungan rapat dengan penjawat awam juga wajar dijalinkan dengan lebih erat untuk memastikan setiap keputusan yang dibuat tidak diundur semula.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Huawei-01

Mengapa Sesetengah Negara Mengharamkan Teknologi 5G Huawei

Reading Time: 3 minutes Huawei tidak layak untuk menyediakan infrastruktur 5G di UK Malaysia akan mengkaji sama ada perlu mengharamkan teknologi 5G…

China Numba 1-01
Kapital

Rekod Terburuk Pertumbuhan Ekonomi China Dalam Tempoh 3 Dekad

Reading Time: 3 minutes Kadar pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2018 yang direkodkan ialah 6.6% Bank pusat China telah menyuntik lebih banyak…

Apartment-01
Kapital

‘Henti pendekatan M40 tanggung subsidi rumah mampu milik’

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Penyertaan besar sektor swasta untuk membina rumah…

Myeg Mypay-01
Kapital

MyPay, Pesaing Baru MyEG

Reading Time: 3 minutes Saham syarikat HeiTech Padu telah meningkat naik melebihi 50% Sukaniaga dan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd kini bekerjasama membangunkan…