fbpx

REIT: Pelaburan Hartanah Bermodal Rendah

Oleh : Kauthar Rozmal
07 Disember 2018 - 8:15 pm

Reading Time: 3 minutes

Boleh ke nak melabur hartanah tanpa membeli hartanah? Boleh, ianya boleh dilakukan melalui pelaburan Amanah pelaburan hartanah (REIT). Melalui REIT kita mampu memiliki pelbagai jenis hartanah eksklusif seperti KLCC, KFC dan Mydin.

 

Jadi, apa itu REIT?

Konsep REIT lebih kurang sama denan konsep saham amanah (unit trust). Melalui saham amanah, duit pelabur dikumpulkan dan dilaburkan dalam pasaran saham dan bon/sukuk. Berbeza dengan REIT, duit pelabur dilaburkan dalam pasaran hartanah.

 

 

Portfolio REIT boleh mengandungi beberapa jenis hartanah seperti pusat membeli belah, kedai runcit, rumah kedai dan hospital. Yang terbaru kerajaan mencadangkan untuk mewujudkan REIT lapangan terbang pula, ianya merupakan REIT lapangan terbang yang pertama di dunia.

 

Baca: Kerajaan Dijangka Jana RM4 bilion Daripada Pelaksanaan REIT Lapangan Terbang

 

Sebagai pelabur, kita tidak perlu memikirkan hartanah mana yang paling berpotensi, lokasi mana yang strategik atau serabut kepala untuk mencari penyewa dan mengutip sewa setiap bulan. Semua perkara ini akan diuruskan oleh pengurus dana.

 

Bagaimana REIT mendapatkan untung?

Seperti mana pelaburan hartanah konvensional, REIT juga mendapat keuntungan melalui hasil sewaan dan kenaikan harga hartanah. 90% daripada hasil sewaan ini akan dipulangkan kepada pelabur REIT dalam bentuk dividen.

 

Pemberian dividen akan dibuat sama ada sekali, dua kali atau empat kali setahun bergantung kepada pengurus dana.

 

Bagaimana caranya untuk memulakan pelaburan REIT?

Terdapat dua cara untuk kita memulakan pelaburan REIT iaitu melalui:

1) Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang diuruskan oleh maybank. Pelaburan AHB boleh dilakukan di mana-mana cawangan Maybank.

 

 

2) Membeli M-REIT (Malaysian REIT) yang tersenarai di Bursa Malaysia. Setakat ini, terdapat empat dana REIT yang patuh syariah iaitu :

* AXIS REIT

* KLCC REIT

* AL AQAR REIT

* AL SALAM REIT

 

Apakah kelebihan melabur dalam REIT?

1) Diuruskan oleh pengurus dana yang professional

Pasti kita biasa dengar pelabur hartanah serabut dengan pelbagai karenah penyewa. Tetapi jika kita melabur dalam REIT, kita tidak perlu risau mengenai perkara tersebut, tugas kita sebagai pelabur adalah menunggu dividen masuk sahaja.

 

2) Kebebasan memilih jenis hartanah yang ingin dibeli

Doktor misalnya pasti minat dengan pelaburan hartanah kesihatan (hospital), mereka ada pilihan untuk melabur dalam Al-Aqar REIT yang memiliki 19 buah hospital di seluruh negara.

 

Bagi mereka yang minat membeli belah pula, anda boleh membeil REIT yang mempunyai pegangan dalam pusat membeli belah seperti KLCC REIT.

 

 

3) Mudah dicairkan

Berbeza dengan proses penjualan hartanah yang memakan masa berbulan-bulan malahan ada yang mencecah tempoh setahun, kita boleh menjual pegangan REIT dalam tempoh tidak sampai satu hari.

 

4) Dividen yang stabil

REIT mampu memberikan dividen yang stabil setiap tahun kepada pelabur. Sebagai contoh, AHB memberikan dividen sekitar 6% setahun.

 

5) Permulaan modal yang rendah

Pelaburan hartanah konvensional memerlukan modal yang besar sehingga mencecah ribuan ringgit. Pada permulaannya kita perlu membayar downpayment, fi guaman dan takaful. Tetapi dengan REIT, kita boleh memulakan pelaburan dengan modal serendah RM500 sahaja.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Huawei-01

Mengapa Sesetengah Negara Mengharamkan Teknologi 5G Huawei

Reading Time: 3 minutes Huawei tidak layak untuk menyediakan infrastruktur 5G di UK Malaysia akan mengkaji sama ada perlu mengharamkan teknologi 5G…

China Numba 1-01
Kapital

Rekod Terburuk Pertumbuhan Ekonomi China Dalam Tempoh 3 Dekad

Reading Time: 3 minutes Kadar pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2018 yang direkodkan ialah 6.6% Bank pusat China telah menyuntik lebih banyak…

Apartment-01
Kapital

‘Henti pendekatan M40 tanggung subsidi rumah mampu milik’

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Penyertaan besar sektor swasta untuk membina rumah…

Myeg Mypay-01
Kapital

MyPay, Pesaing Baru MyEG

Reading Time: 3 minutes Saham syarikat HeiTech Padu telah meningkat naik melebihi 50% Sukaniaga dan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd kini bekerjasama membangunkan…