fbpx

Reka Bentuk MRT Terlalu Mewah – Tun M

Oleh : Wan Syarafiz
11 Disember 2018 - 1:42 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Cadangan reka bentuk alternatif dengan kos yang lebih rendah telah ditolak oleh kerajaan lepas
  • Untuk mendapatkan pulangan modal, MRT memerlukan jumlah penumpang sebanyak 250,000 orang sehari

 

Projek MRT adalah besar dan terlalu mewah. Ini berdasarkan kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd yang menyatakan bahawa kumpulan syarikat terbabit pernah menawarkan alternatif lain untuk mengurangkan kos pembinaan tetapi telah ditolak oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

 

Gamuda Bhd baru-baru ini bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa kos pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) adalah terlalu tinggi untuk sebuah projek yang hanya akan mencapai kapasiti penuh bilangan penumpang dalam masa 20 hingga 30 tahun yang akan datang.

 

Baca: Hartanah Di Sekitar MRT Hanya Untuk Golongan Kaya?

Baca: MOF Batal Kontrak MRT2: Siapa Rugi Siapa Untung?

 

Ini dinyatakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Lin Yun Ling yang menegaskan bahawa tugas Gamuda sebagai rakan pelaksana projek (PDP) adalah untuk menyiapkan projek MRT berdasarkan kehendak kerajaan yang lepas.

 

“Kami bersetuju dengan kenyataan projek ini (MRT) adalah terlalu besar dan terlalu mewah. Namun, ia adalah tanggungjawab kami untuk menguruskan projek ini bagi pihak kerajaan. Saiz dan bilangan stesen MRT ini diputuskan sendiri oleh kerajaan.

 

“Saya masih ingat ketika proses tender bagi kerja-kerja bawah tanah, kami telah mencadangkan reka bentuk alternatif kepada kerajaan untuk mengeluarkan beberapa aspek bagi mengurangkan kos. Tetapi, mereka (kerajaan) tidak menerima alternatif tersebut,” ujar Datuk Lin Yun Ling.

 

Image result for lin yun ling
Kredit: The Malaysian Reserve

 

Sebagai rekod, laluan LRT Putra mengambil masa kira-kira 20 tahun bagi mencapai kapasiti penuh 250,000 bilangan penumpang sehari. Pada tahun pertama LRT Putra ini beroperasi, ia hanya mencatatkan bilangan penumpang sebanyak 50,000 sehari sahaja.

 

Bagi laluan MRT Sungai Buloh-Kajang pula, setakat hari ini, bilangan penumpang yang dicatatkan hanyalah 130,000 orang sehari. Kadar bilangan penumpang ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah yang diperlukan. Menurut laporan, untuk mendapatkan pulangan modal, MRT memerlukan seramai 250,000 orang penumpang sehari menggunakan perkhidmatannya.

 

Sebelum ini kerajaan telah bersetuju dengan tawaran baru MMC-Gamuda untuk mengurangkan kos (rationalisation cost) bagi projek MRT2. Model pembinaan MRT2 ini juga telah ditukar daripada konsep PDP kepada kontrak harga tetap.

 

Baca: LRT3 & MRT2 Diteruskan Dengan Model Turnkey, Kerajaan Jimat RM20 Bilion

 

Menerusi rundingan dengan pihak Kementerian Kewangan, MMC-Gamuda bersetuju memberikan potongan kos sebanyak RM5.22 bilion bagi kerja-kerja atas tanah dan penjimatan sebanyak RM3.6 bilion untuk kerja-kerja bawah tanah.

 

Image result for mrt2
Kredit: New Straits Times

 

Menurut Menteri Kewangan, Lim Gua Eng, kesemua stesen atas tanah MRT2 dikekalkan manakala dua stesen bawah tanah iaitu Bandar Malaysia (Utara) dan Bandar Malaysia (Selatan) akan ditangguhkan menjadikan jumlah stesen di dalam rancangan asal 35 kepada 33.

 

Projek LRT3 umpamanya juga telah mengalami pengurangan kos sebanyak 47% daripada RM31.65 bilion kepada RM16.63 bilion dengan mengurangkan jumlah tempahan 42 set kereta api 6-koc kepada 22 set kereta api 3-koc serta mengurangkan saiz pembinaan stesen LRT.

 

Dalam salah satu temubual, Tun Mahathir mengatakan walaupun projek MRT dapat memberikan pertumbuhan daripada segi jaringan perhubungan dan ekonomi di kawasan Lembah Klang tetapi ia sepatutnya dibina dengan sistem yang lebih ringan seperti monorel. Bukan itu sahaja, beliau turut berkata apabila sesuatu projek pembinaan itu hanya akan mencapai kapasiti maksimum penumpang dalam masa 20 hingga 30 tahun akan datang, ia adalah terlalu awal untuk dibina.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…