fbpx

Renault-Nissan Di Ambang Perpisahan

Oleh : Syafiq Hanafi
03 Disember 2018 - 1:27 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Ketua organisasi pakatan automobil Renault-Nissan, Carlos Ghosn ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kuasa
  • Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan adil

 

Pemimpin organisasi pakatan automobil Renault-Nissan bakal bertemu dalam beberapa minggu lagi bagi membincangkan usaha melindungi operasi bersama mereka dilanda masalah selepas ketua kepada pakatan berkenaan, Carlos Ghosn ditahan baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

 

Semua eksekutif utama daripada kedua-dua pengeluar kenderaan berkenaan bersama-sama rakan niaga ketiga mereka daripada Mitsubishi dijangka bertemu dalam mesyuarat jawatankuasa operasi di Amsterdam, Belanda pada pertengahan minggu depan. Mesyuarat berkenaan sebenarnya telah pun dirancang lebih awal sebelum Ghosn ditahan di Jepun pada 19 November lalu.

 

Ghosn dan Greg Kelly, salah seorang pengarah di Nissan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan salah guna kuasa termasuk tidak melaporkan bayaran tuntutan Ghosn dan menggunakan dana syarikat untuk kegunaan peribadi serta kesalahan berkaitan pelaburan Nissan.

 

Image result for carlos ghosn renault nissan
Kredit: The Drive

 

Ketika Renault yang menguasai 43.4 peratus mahu memastikan usaha sama berkenaan dapat terus dipertahankan, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Hiroto Saikawa dilihat seperti mahu menamatkan kawalan dominan Renault dalam Pakatan itu dan beliau dilihat bertindak cepat untuk menyingkirkan Ghosn.

 

Renault pula pada ketika ini masih tidak mahu memecat Ghosn dan ketika ini pihak Renault menggesa Nissan untuk berkongsi hasil siasatan terhadap Ghosn dan Kelly sehingga membawa kepada penangkapan mereka berdua. Pada ketika ini, tugas-tugas Ghosn diambil alih orang nombor dua dalam pakatan berkenaan, Thierry Bollore dan ahli Lembaga pengarah, Philippe Lagayette.

 

Pihak Mitsubishi pula dalam satu kenyataan ringkas mahu kerjasama berkenaan terus dipertahankan.

 

Pertikaian di antara Nissan dan Renault kebanyakan terjadi kerana Nissan merasakan Renault menguasai terlalu banyak dan ia menyebabkan Saikawa merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan adil. Malah apa yang berlaku kini menyebabkan Nissan melihat wujud peluang untuk memastikan Renault menjual sedikit kepentingannya dalam pakatan berkenaan bagi memastikan ia lebih terbuka.

 

Ketika Ghosn ditahan sebelum ini, Renault pernah memberitahu Saikawa dan beberapa ahli lembaga pengarah untuk usaha syarikat automobil Perancis itu melantik pengarah keempat dalam pakatan berkenaan. Namun dalam respons rasmi CEO Nissan, beliau menolak permintaan berkenaan dan menyifatkan Renault tidak mempunyai hak untuk membuat pelantikan pengarah tambahan.

 

Image result for renault nissan
Kredit: Bloomberg

 

Sementara itu, Kerajaan Perancis yang juga pemegang saham terbesar dalam Renault menegaskan melalui Menteri Kewangan, Bruno Le Maire bahawa mereka masih lagi menunggu bukti kukuh berkaitan salah laku yang didakwa dilakukan oleh Ghosn. Malah pihak Renault juga akan melaksanakan proses audit untuk menyiasat perkara berkenaan.

 

Sementara itu, beberapa penganalisis pasaran antarabangsa dilihat menyebelahi Saikawa dengan berpandangan pakatan automobil ini perlu diselaraskan semula untuk mewujudkan keseimbangan.

 

“Kerjasama Nissan dan Renault ini perlu disemak semula untuk mewujudkan kesimbangan,” kata  Arndt Ellinghorst daripada Evercore.

 

Lantikan Renault yang berada dalam mesyuarat lembaga pengarah Nissan baru-baru ini turut mengundi untuk menyingirkan Ghosn selepas mereka menilai bukti setebal 400 muka surat. Namun, mereka tidak dibenarkan untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan Renault.

 

Namun begitu, sehingga kini operasi dan urusan perniagaan usaha sama berkenaan berjalan seperti biasa sehingga terdapat keputusan penting bakal dibuat di Amsterdam.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Telur -01

Harga Telur Naik Lebih 10 Sen Sebiji Semenjak April

Reading Time: 2 minutes 60% daripada bahan kandungan makanan ayam ini perlu diimport daripada negara luar KPNKK sedang menyiasat kenaikan ini jika…

duit-gaji

Pemintaan Gaji ‘tidak realistik’ Punca Pengangguran

Reading Time: 1 minute Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Pemintaan gaji ‘tidak realistik’ adalah antara alasan…

Tabung haji 1-01

SPV Mengambil Alih Aset Tabung Haji Bernilai RM19.9 bilion

Reading Time: 4 minutes Antara hartanah yang akan dipindahkan kepada SPV adalah tanah di Tun Razak Exchange (TRX) SPV akan memberi sukuk…

SPV-01

Apa itu SPV?

Reading Time: 2 minutes SPV ni entiti yang ditubuhkan dengan satu tujuan khas sahaja, samada untuk beli aset (spt Danaharta), untuk financing…