fbpx

RM279.20 Juta Subsidi Rumah Mampu Milik Digunakan Bagi Tujuan Lain

Oleh : Kauthar Rozmal
04 Disember 2018 - 3:54 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Pencapaian sebenar RMR1M yang telah dibina adalah sebanyak 32,202 unit (72.9%) berbanding sasaran sebanyak 44,152 unit
  • Sebanyak RM 128.43 juta yang diperolehi melalui pinjaman bank digunakan bagi tujuan lain

Sebanyak RM 279.20 juta yang sepatutnya digunakan bagi tujuan menanggung subsidi kos pembinaan 13,960 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) digunakan bagi tujuan lain tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MoF).

 

Semalam Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 (LKAN) diterbitkan dan sedia dibaca melalui portal rasmi Jabatan Audit Negara. Sudah tentu ia akan menjadi antara tumpuan penting dalam melihat kesilapan tadbir urus yang berlaku pada tahun berkenaan.

 

Kami di Kapital.My turut tidak ketinggalan menyemak laporan berkenaan dan cuba membawakan kepada pembaca hal-hal penting yang perlu diberikan perhatian.

 

Kali ini, kami akan memaparkan laporan bagi SPNB Mesra Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). SPNB Mesra berperanan untuk membina dan mengurus projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang diterima daripada SPNB (syarikat induk).

 

Terdapat 2 jenis RMR yang dibina iaitu Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPlus). Melalui program ini, golongan miskin yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk membina rumah akan dibantu.

 

Image result for RMR1M

 

Apakah dia projek RMR1M?

 

Mulai tahun 2012, RMR telah dikenali sebagai RMR1M dengan kos pembinaan berjumlah RM65,000 seunit. Bagi model pembiayaan baru ini, Kerajaan hanya memperuntukkan sejumlah RM20,000 seunit sebagai subsidi kepada peserta.

 

Pihak SPNB pula perlu mendapatkan pinjaman daripada bank/institusi kewangan bagi menampung baki kos pembinaan RMR1M berjumlah RM45,000. Kadar faedah pinjaman sebanyak 2% yang perlu dibayar kepada bank/institusi kewangan akan ditanggung oleh Kerajaan.

 

Baca: Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 Dedah Kepincangan Pengurusan FINAS

Baca: Kumpulan Felda Rugi RM4.85 Bilion – Ketua Audit Negara

 

Berapa unit RMR1M sepatutnya dibina?

 

Menurut Buku Bajet Tahun 2012 hingga 2017, SPNB Mesra bertanggungjawab untuk membina sebanyak 56,000 unit RMR1M. Bagi tempoh tahun 2012 hingga 2017, Kerajaan telah menyalurkan dana sejumlah RM883.04 juta bagi menampung subsidi kos pembinaan RM20,000 seunit RMR1M.

 

Berdasarkan model pembiayaan pelaksanaan program ini, sasaran sebanyak 44,152 unit RMR1M dibina diletakkan oleh SPNB Mesra.

 

Bagaimana perkembangan projek RMR1M?

 

Berdasarkan laporan tersebut , pembinaan RMR1M masih belum mencapai sasaran kerana hanya 24,057 unit (54.5%) RMR1M yang telah dibina dan 8,145 unit (18.4%) masih dalam pembinaan berbanding 44,152 unit yang patut dibina.

 

Secara keseluruhannya, pencapaian sebenar RMR1M yang telah dibina adalah sebanyak 32,202 unit (72.9%) berbanding sasaran sebanyak 44,152 unit.

 

 

Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah sebanyak RM 279.20 juta dilaporkan hilang daripada subsidi yang sepatutnya digunakan bagi projek RMR1M. Subsidi ini sepatunya digunakan bagi menampung kos pembinaan 13,960 unit RMR1M.

 

Bukan itu sahaja, sebanyak RM 128.43 juta yang diperolehi melalui pinjaman bank turut digunakan bagi tujuan lain.

 

Tetapi dalam maklum malas daripada pihak SPNB Mesra, mereka menyatakan Penggunaan dana subsidi Program RMR1M adalah berdasarkan kelulusan ahli Lembaga Pengarah SPNB.

 

“Pada masa itu, tiada sebarang syarat dan ketetapan untuk menggunakan dana subsidi Program RMR1M serta keperluan mendapatkan kelulusan daripada MOF.”

“Syarat dan kelulusan MOF hanya diberikan bagi subsidi pembinaan tahun 2016 (RM160 juta) dan tahun 2017 (RM151.48 juta)”

“SPNB Mesra difahamkan bahawa penggunaan dana subsidi RMR1M bagi bayaran prinsipal dan faedah kepada KWAP, pendahuluan kepada SPNB Aspirasi dan pembayaran kemajuan pembinaan mampu milik pada masa berkenaan kerana keperluan mendesak untuk menampung pembiayaan sementara projek yang amat kritikal untuk kemampanan Kumpulan SPNB” – SPNB Mesra

 

 

Selain itu penemuan audit menyatakan bahawa pembayaran kepada kontraktor tidak dibuat mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Bayaran tertunggak kepada kontraktor RMR1M meningkat sebanyak RM30.43 juta (115.7%) daripada tahun 2015 sehingga tahun 2016.

 

Tunggakan ini dipercayai berlaku kerana keupayaan membayar kepada kontraktor bergantung kepada dana yang disalurkan oleh syarikat induknya iaitu SPNB.

 

Walau bagaimana pun perkara ini telah pun dijawab oleh pihak SPNB Mesra dalam kenyataan di bawah.

 

“Amaun terhutang oleh SPNB Mesra kepada kontraktor RMR1M berjumlah RM52.16 juta pada tahun 2016 telah diselesaikan secara berperingkat pada tahun 2017” – SPNB Mesra

 

Sumber: Jabatan Audit Negara

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Telur -01

Harga Telur Naik Lebih 10 Sen Sebiji Semenjak April

Reading Time: 2 minutes 60% daripada bahan kandungan makanan ayam ini perlu diimport daripada negara luar KPNKK sedang menyiasat kenaikan ini jika…

duit-gaji

Pemintaan Gaji ‘tidak realistik’ Punca Pengangguran

Reading Time: 1 minute Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Pemintaan gaji ‘tidak realistik’ adalah antara alasan…

Tabung haji 1-01

SPV Mengambil Alih Aset Tabung Haji Bernilai RM19.9 bilion

Reading Time: 4 minutes Antara hartanah yang akan dipindahkan kepada SPV adalah tanah di Tun Razak Exchange (TRX) SPV akan memberi sukuk…

SPV-01

Apa itu SPV?

Reading Time: 2 minutes SPV ni entiti yang ditubuhkan dengan satu tujuan khas sahaja, samada untuk beli aset (spt Danaharta), untuk financing…