fbpx

Semak Semula Belanjawan 2019 Atau Tidak?

Oleh : Kauthar Rozmal
26 Disember 2018 - 4:04 pm

Reading Time: 2 minutes
  • Harga minyak dunia jatuh di bawah paras USD 50 setong
  • Target defisit fiskal berkemungkinan naik sehingga 3.9%

Baru-baru ini harga minyak dunia Brent jatuh dibawah USD 50 setong semenjak Julai 2017. Kejatuhan ini sudah semestinya bakal memberikan kesan yang besar kepada pendapatan negara.

 

2 November lalu, kerajaan telah membentangkan Belanjawan 2019 berasaskan harga minyak USD 70 setong. Dengan kejatuhan harga minyak dunia ke paras USD 50 setong ini, kerajaan berisiko kehilangan pendapatan sebanyak RM8 bilion atau bersamaan 0.5% daripada Keluaran Kasar Dalam Negeri (KDNK).

 

Selain itu, target defisit fiskal juga berkemungkinan naik sehingga 3.9% berbanding unjuran pada tahap 3.4%.

 

Baca: Ringkasan Belanjawan 2019: Lebih Baik Daripada Yang Disangkakan

Adakah kerajaan akan menyemak semula Belanjawan 2019?

 

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan akan menyemak semula belanjawan jika harga minyak dunia jatuh di bawah USD 50 setong.

 

“Sebelum ini semasa harga minyak meningkat daripada AS$52 setong kepada AS$72 setong, kerajaan tidak menyemak belanjawan, begitu juga semasa ia turun daripada AS$72 setong kepada AS$52 setong ketika ini.

 

“Kerajaan hanya akan menimbang untuk menyemak belanjawan jika harga minyak mentah merosot bawah AS$50 setong,” Lim Guan Eng

 

Image result for minyak dunia
Kredit: Harnas.co

 

Persoalannya bilakah kerajaan akan menyemak semula Belanjawan 2019 memandangkan harga telah pun jatuh di bawah paras USD 50 setong. Dan apakah langkah atau insentif kerajaan bagi menangani krisis ini?

 

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah bertanyakan soalan ini dalam dewan rakyat seawal November lalu.

 

“Belanjawan ini dirumus berdasarkan harga minyak mentah Brent AS$72. Semalam harga minyak mentah Brent jatuh kepada AS$65.

 

“Tak sampai 10 hari andaian belanjawan 2019 sudah tidak relevan. Ini masalah serius kerana bagaimana kalau ia turun lagi sehingga AS$55?” Najib Razak

 

Image result for najib razak

 

Sememangnya beliau sendiri pernah menyemak semula Belanjawan pada tahun 2016. Ketika itu harga minyak mentah dunia jatuh pada paras USD 28 setong berbanding unjuran pada paras USD 48 setong.

 

Namun ketika itu, beliau ‘selamat’ kerana Cukai Perkhidmatan GST telah pun diperkenalkan dan hasilnya mampu menampung sedikit kehilangan pendapatan ekoran kejatuhan harga minyak dunia.

 

Walaupun kerajaan telah memperkenalkan cukai baru seperti cukai pelepasan dan cukai soda, namun ianya masih belum mampu menggantikan kehilangan lebih kurang RM27 bilion susulan penukaran sistem percukaian daripada GST kepada SST.

 

Baca: Apakah Cukai Baru Yang Bakal Diperkenalkan?

Hasil daripada semakan semula Belanjawan 2016, kerajaan Barisan Nasional berjaya mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM 9 bilion.

 

Dalam pada itu, Najib turut memperkenalkan beberapa insiatif dalam menangani masalah kehilangan pendapatan dan pada masa sama mengurangkan beban hidup rakyat. Antara inisiatifnya adalah:

1. Mengurangkan caruman KWSP pekerja daripada 11% kepada 8%

2. Rumah baru berharga RM300,000 dikhaskan kepada pembeli rumah pertama sahaja

3. Perbelanjaan kerajaan yang lebih berhemah

4. RM6 bilion disediakan bagi industri kecil dan sederhana

 

Menurut beliau langkah tersebut penting bagi memastikan ekonomi kekal stabil dan meringankan beban rakyat.

 

Jadi sekarang, kita nantikan pula pengumuman daripada kerajaan Pakatan Harapan berkaitan Belanjawan 2019. Adakah mereka akan teruskan dengan belanjawan asal atau akan ada semak semula belanjawan?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…