fbpx

Tabung Haji Memalsukan Akaun 2017 Bagi Membayar Dividen?

Oleh : Hilmi Ibrahim
03 Disember 2018 - 5:03 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Aset TH bagi tahun 2016  berjumlah RM63.6 bilion berbanding wang pendepositnya sebanyak RM67.7 bilion
  • Secara puratanya pengagihan dividen dan bonus melebihi keuntungan semasa TH (purata 107%)

Tabung Haji (TH) kekurangan RM4 bilion untuk membayar semula semua wang pendepositnya menurut The Sunday Times.

 

Menurut laporan tersebut, aset TH bagi tahun 2016  berjumlah RM63.6 bilion berbanding wang pendepositnya sebanyak RM67.7 bilion daripada sembilan juta pendeposit.

 

Penyata Akaun TH

 

Tetapi, berbaki sebulan sahaja lagi menjelang 2019, TH masih lagi belum mengeluarkan laporan audit penyata kewangan bagi tahun 2017 dan berkemungkinan jumlah kehilangan deposit TH semakin tinggi tahun ini.

 

Kelewatan penyata kewangan tersebut juga dipercayai disebabkan perubahan barisan pengurusan tertinggi TH susulan perubahan kerajaan selepas PRU14

 

Selain itu, seorang pegawai kanan Pakatan Harapan yang enggan mendedahkan identitinya menyatakan bahawa pihak pengurusan TH telah memanipulasi penyata akaun tahun lalu bagi membayar dividen sebanyak 6.25%.

 

Jumlah dividen yang diberikan tahun lepas adalah RM2.7 bilion. Tahun lepas juga terdapat insiden “u-turn” apabila pengumuman dividen dikeluarkan. Pada mulanya dividen diberikan berdasarkan purata baki terendah tahunan dan akhirnya diubah kepada baki terendah bulanan apabila mendapat desakan daripada rakyat.

 

Isu TH ini bukanlah isu baru, menurut Bank Negara Malaysia (BNM), pengagihan dividen dan bonus TH tidak dilakukan secara berhemat. Secara puratanya pengagihan dividen dan bonus melebihi keuntungan semasa TH (purata 107%) bagi tempoh 2012 – 2014.

 

Surat daripada BNM kepada TH

 

Lebih menghangatkan keadaan apabila Rafizi Ramli turut mengulas isu ini. Pada tahun 2016, Rafizi mendakwa Tabung Haji berdepan kekurangan aset RM3 bilion berbanding jumlah yang didepositkan.

 

Tambah beliau lagi, dividen dan bonus yang diberikan bermotifkan politik. Beliau mendakwa bonus lebihan 2012 diberikan bersempena pilihanraya umum yang semakin hampir dan pembayaran pada tahun 2014 disebabkan pihak berkuasa perlu meyakinkan orang ramai yang isu 1MDB tidak menjejaskan pasaran kewangan tempatan.

 

Ekoran pertuduhan ini beliau telah dibicarakan atas tuduhan memfitnah TH di laman Facebooknya dan pertuduhan tersebut digugurkan selepas kemenangan Pakatan Harapan pada 9 Mei lalu.

 

Dalam menangani isu ini, kerajaan sedang memikirkan beberapa jalan penyelesaian. Menurut The Sunday Times antara caranya adalah dengan mengurangkan dividen TH bagi beberapa tahun mendatang.

 

Walau bagaimana pun tindakan ini dijangka bakal menimbulkan kemarahan rakyat dan mengurangkan kepercayaan mereka terhadap pimpinan Pakatan Harapan.

 

Antara cara lain adalah melihat semula kepada pegangan aset TH merangkumi lebih 150 hartanah seluruh dunia dan juga memegang saham dalam lebih 100 syarikat tersenarai, termasuk Bank Islam Malaysia Berhad.

 

Sejarah dividen TH

 

Kepada pendeposit TH, anda tidak perlu risau mengenai simpanan anda. Sebuah kenyataan telah dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat yang menyatakan bahawa simpanan pendeposit masih selamat.

 

“Operasi berjalan seperti biasa. Pendeposit harus mempercayai bahawa TH akan memastikan deposit mereka selamat”- Zukri Samat

 

Jumaat lalu 2 laporan polis dibuat terhadap Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah, serta 4 orang kanan pengurusan.

 

Baca: RM22 Juta Disalurkan Oleh Tabung Haji Bagi Program Politik

 

Apakah kesudahan bagi isu TH ini? Yang pasti, pihak yang bersalah perlulah didakwa dan kepentingan pendeposit TH perlu dijadikan keutamaan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Malaysia-Postpaid-Telco-Logos
Kapital

Celcom-Digi Bergabung, Pengguna Untung Atau Rugi?

Reading Time: 3 minutes Apakah anda rasa penggabungan Celcom dengan Digi akan memberi faedah kepada rakyat? Ok, anda yang tidak menggunakan kedua-dua…

Axiata
Kapital

Hati Hati Dengan Gergasi Telekomunikasi

Reading Time: 2 minutes Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Axiata dan syarikat telekomunikasi dari Norway, Telenor sedang menjalankan perbincangan bagi menggabungkan aset-aset…

Featured Image 14-01
Kapital

Pelan Mega USD412 Bilion Pembinaan Negara Indonesia

Reading Time: 2 minutes 40% daripada dana akan disalurkan oleh pihak kerajaan persekutuan manakala 25% lagi disumbangkan melalui syarikat milik kerajaan negeri…

Featured Image 13-01

Malaysia Bakal Hantar Pekerja Berkemahiran Ke Jepun

Reading Time: 2 minutes Memorandum kerjasama dijangka ditandatangani Julai Potensi sehingga 50 ribu peluang pekerjaan Malaysia kini sedang mengadakan rundingan dengan Jepun…