fbpx

TM Mencatatkan Kerugian Bersih Pertama Dalam Tempoh 10 Tahun

Oleh : Kauthar Rozmal
05 Disember 2018 - 4:26 pm

Reading Time: 3 minutes
  • TM mengalami penurunan jumlah pelanggan sebanyak 2.7%
  • TM dijangka dikecualikan daripada kumpulan saham komponen FBM KLCI

Saham Syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) jatuh sebanyak 58%, daripada RM6.14 kepada RM2.55 sejak awal tahun lalu.

 

Antara punca kejatuhan adalah penukaran pengurusan tertinggi TM dan usaha-usaha kerajaan Pakatan Harapan menurunkan harga servis jalur lebar di Malaysia.

 

Imri Mokhtar merupakan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bermula 16 Oktober lalu setelah Datuk Bazlan Osman meletakkan jawatan. Terdapat juga ura-ura bahawa Rossana Rashidi dan Nasution Mohamed yang berasal daripada Maxis Bhd untuk mengisi kekosongan jawatan CEO tersebut.

 

“Kestabilan kepimpinan sangat penting ketika ini. Pelabur perlu mengetahui siapakah yang akan mengetuai organisasi ini dalam masa-masa yang mencabar, lebih-lebih lagi apabila TM dijangka dikecualikan daripada kumpulan saham komponen FBM KLCI memandangkan ia telah mengalami penurunan modal pasaran yang sangat besar” – Eksekutif Industri

 

Saham TM

 

Selain itu, desakan parlimen supaya TM menurunkan harga servis jalur lebar turut menyumbang kepada kejatuhan harga saham TM. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengarahkan supaya harga servis jalur lebar diturunkan sekurang-kurangnya 24% pada hujung tahun ini.

 

Sejak Mandatory Standard on Access Pricing (MSAP) sejak 8hb Jun 2018 diimplementasikan 8 Jun lalu, harga servis jalur lebar telah berkurang sebanyak 30%. Menurut seorang penganalisis pasaran, perkara ini telah memberi kesan buruk kepada TM.

 

Kredit: The Star

 

Walau bagaimana pun, pelaksanaan MSAP sepatutnya tidak memberi kesan kepada TM. Hal ini kerana perbincangan mengenai pelaksanaan ini telah pun diadakan di antara pemain industri dan TM.

 

Baca: TNB Pesaing Terbaik Bagi Menghentikan Monopoli TM

 

Dahulu, untuk mendapatkan kelajuan internet setinggi 100 Mbps dengan harga dibawah RM100 merupakan satu perkara yang mustahil. TM juga telah memperkenalkan plan turbo secara percuma kepada pelanggannya di mana kelajuan internet dinaikkan sebanyak 10 kali ganda.

 

Jelas disini membuktikan kerajaan kini serius dalam menyelesaikan masalah capaian internet di Malaysia. Kerajaan mahukan capaian yang lebih luas pada harga yang berpatutan diberikan kepada semua rakyat Malaysia.

 

Image result for unifi boost
Turbo plan unifi. Kredit: Soyacincau

 

Baru-baru ini TM merekodkan kerugian sebanyak RM175.6 juta berdasarkan laporan suku ketiga tahun ini. Ini merupakan kerugian bersih pertama sejak 10 tahun lalu ekoran pembayaran caj impairment sebanyak RM995 juta.

 

“Bagaimanapun, kami mengekalkan hasil sepanjang suku ini, dan menyaksikan inisiatif-inisiatif mengurangkan kos berjaya memberikan hasil, dengan mencatatkan prestasi operasi yang lebih baik bagi suku ke suku dan tahun ke tahun.

“Namun, susulan tekanan berterusan daripada cabaran industri dan pasaran serta kesannya kepada hasil kumpulan setakat ini, kami telah mengambil pendekatan berhemat, dengan mengambil kira susut nilai aset-aset rangkaian kami yang membawa kepada kerugian susut nilai hampir RM1 bilion pada suku ini,” – Imri Mokhtar

 

Di samping itu, TM turut mengalami penurunan jumlah pelanggan sebanyak 2.7% dan penurunan purata hasil per pengguna (Arpu) daripada RM199 kepada RM193.

 

Satu demi satu berita negatif mengenai TM muncul, daripada penghapusan monopoli, desakan penurunan harga kepada kejatuhan harga saham.

 

Adakah TM akan dikeluarkan daripada komponen FBM KLCI? Apakah kesudahan bagi TM?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…