fbpx

X70: Titik Permulaan Kebangkitan Semula Proton

Oleh : Wan Syarafiz
07 Disember 2018 - 4:22 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Proton menyasarkan untuk menguasai 30% pasaran tempatan dan 10% pasaran serantau bagi model baru jenama kereta tersebut
  • Prestasi jualan Kumpulan DRB-HICOM dalam bidang automotif dijangka akan mencatatkan peningkatan yang lebih ketara melalui model Proton X70

 

Proton X70 dijangkakan bakal menjadi penyumbang pendapatan utama kepada syarikat DRB-HICOM Bhd. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh badan penyelidikan, Kenanga Research berdasarkan pelan bisnes 10 tahun Proton yang bakal dimuktamadkan tidak lama lagi.

 

Proton X70 yang bakal dilancarkan pada 12 Disember ini merupakan model kereta yang diambil daripada keluaran jenama Geely bagi model Bouye. ‘Batch’ pertama model X70 untuk pasaran Malaysia ini akan dihasilkan di China terlebih dahulu sebelum batch-batch seterusnya dipasang di Malaysia.

 

Image result for x70 proton
Kredit: FMT

 

“Proton kini dalam proses memuktamadkan pelan bisnes 10 tahun dengan sasaran 30% pasaran tempatan dan 10% pasaran serantau melalui pengenalan model baru,” ujar Kenanga Research.

 

Firma penyelidikan itu juga menyatakan bahawa DRB-HICOM kini mensasarkan untuk mengembangkan model-model keluaran mereka bagi segmen A, B, SUV dan MPV untuk pasaran eksport.

 

Kerjasama Proton-Geely ini akan menyaksikan pembuat kereta dari China itu membantu Proton daripada sudut teknologi dan dalam masa yang sama membangunkan teknologi kereta pemanduan belah kanan (right hand drive) dan teknologi ‘artifical intelligent’ serta memasang kereta jenis pacuan empat roda dan kereta di Malaysia.

 

Baca: Negara Ini Memerlukan Kereta Nasional Baru, Apa Komen Pakar?

Baca: Wajarkah Malaysia Mempunyai Kereta Nasional Yang Baru?

 

Kenanga Research mengekalkan penarafan ‘market perform’ terhadap DRB-HICOM dengan sasaran yang lebih rendah pada harga RM2 untuk satu saham berbanding RM2.35 sebelum ini.

 

Dalam masa yang sama, Public Investment Bank juga menjangkakan prestasi jualan Kumpulan DRB-HICOM dalam bidang automotif akan mencatatkan peningkatan yang lebih ketara berikutan model SUV X70 yang bakal dikeluarkan oleh Proton ini nanti.

 

Sebelum ini, DRB-HICOM telah menghadapi kerugian bersih sebanyak RM11.42 juta dalam suku kedua tahun ini. Ini adalah jauh berbeza dengan keuntungan bersih yang dicatatkan sebanyak RM742.6 juta pada suku kedua tahun lepas.

 

Mengulas lanjut, DRB-HICOM menyatakan fokus utama mereka adalah untuk memulihkan Proton dan ini akan dimulai dengan pengeluaran model X70. DRB-HICOM menjangkakan Proton akan dapat membantu untuk memulihkan prestasi keseluruhan kumpulan syarikat tersebut di masa hadapan.

 

Related image
Kredit: FMT

 

Jika anda masih ingat, selepas peralihan kuasa pemerintahan kerajaan persekutuan, satu idea untuk mewujudkan kereta nasional ketiga telah diusulkan.

 

Tetapi, melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Kenanga Research dan Public Investment ini, adakah kereta nasional ketiga ‘Perotiga’ masih diperlukan?

 

Seperti rakyat sedia maklum, projek kereta nasional ini merupakan impian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mahu melihat negara Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian. Tun Mahathir percaya melalui industri kereta nasional, negara akan dapat menjana ekonomi serta menaikkan nama negara dalam masa yang sama.

 

Tun Mahathir dalam salah satu temu bual beliau pernah berkata bahawa prinsip sesebuah negara maju perlu mempunyai keupayaan dalam bidang kejuruteraan.

 

Bagi Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Profesor Jomo Kwame Sundaram, apa yang diutarakan oleh Tun Mahathir tentang PEROTIGA ini perlu diperhalusi dan diberikan pertimbangan sewajarnya memandangkan ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk merancakkan sektor perindustrian tempatan yang memliki kekuatan dari sudut daya saing dan teknologi.

 

Jomo juga menyatakan kewujudan Perotiga tidak menjejaskan apa-apa sebaliknya ia memperbanyakkan kapasiti industri automotif Malaysia dan kerjasama PROTON dan Geely sekarang pula boleh digunakan sebaik mungkin untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport utama bagi pengeluaran kereta saiz sederhana dari seluruh dunia.

 

Tidak dapat dinafikan, bagi melonjakkan ekonomi sesebuah negara, kerajaan perlu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Dan usaha untuk mewujudkan kereta nasional ketiga mungkin dapat merealisasikan perkara ini.

 

Namun, dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh firma penyelidikan serta bank pelaburan yang mana Proton dijangkakan akan berjaya bangkit semula dalam industri automotif, adakah idea kereta nasional ketiga ini masih relevan?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…