fbpx

5 CEO Syarikat Terkemuka Dunia Yang Meletakkan Jawatan

Oleh : Wan Syarafiz
02 Januari 2019 - 5:10 pm

Reading Time: 3 minutes

Beberapa high profile CEO daripada syarikat besar di seluruh dunia telah mengumumkan tahun 2018 sebagai tahun peletakan jawatan mereka. Tidak kurang juga sebahagian daripada CEO ini telah dipaksa keluar kerana beberapa isu.

 

Dalam artikel ini, kami akan senaraikan 5 CEO syarikat terkenal seluruh dunia yang telah ‘mengangkat kaki’ daripada jawatan mereka.

 

Kevin Systrom (Instagram)

 

Pada tahun 2006 ketika menjadi pelajar senior di Stanford University, Kevin Systrom telah ditawarkan untuk bekerja di Facebook oleh Mark Zuckerberg namun beliau telah menolak tawaran tersebut dan memilih untuk meneruskan pengajiannya.

 

Walaupun menolak tawaran Facebook itu, pada tahun 2012 Kevin akhirnya ‘bersatu’ kembali bersama Facebook apabila dia telah bertindak menjual Instagram kepada laman media sosial tersebut pada harga USD1 bilion. Melalui penjualan tersebut, Kevin berjaya memperoleh USD400 juta berdasarkan pegangan 40% beliau dalam Instagram.

 

Pada September 2018, Kevin bersama CEO Instagram, Mike Krieger telah mengumumkan pengunduran diri daripada Instagram berikutan ketegangan yang berlaku antara mereka dan Mark Zuckerberg.

 

Image result for kevin systrom
Kredit: Money Inc

Indra Nooyi (Pepsi)

 

Selepas 12 tahun menjadi CEO di Pepsico, Indra Nooyi telah meninggalkan jawatan tersebut dan akan menjadi Pengerusi Pepsico bermula tahun 2019 ini. Sepajang 24 tahun bersama Pepsico, beliau telah berjaya membawa syarikat tersebut menghadapi cabaran dalam industri makanan yang kini berubah ke arah yang lebih sihat (healthier products). Pada tahun 2017, Pepsico telah mengumumkan bahawa 50% produk yang ditawarkan mereka adalah produk ‘better-for-you’.

 

Walaupun menerima banyak kritikan apabila Indra Nooyi mahu fokus kepada healthier products, tapi beliau telah berjaya menjawab segala kritikan tersebut dengan membawa syarikat tersebut meraih pendapatan tahunan (annual revenue) sebanyak USD63.5 bilion. Ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan pada tahun pertama beliau menjadi CEO yang mana ketika itu pendapatan tahunan yang direkodkan hanya sebanyak USD35 bilion.

 

Matthias Muller (Volkswagen)

 

Ketika Matthias Muller mengambil alih jawatan CEO Volkswagen pada tahun 2015, beliau telah diletakkan sebagai pengganti kepada Martin Winterkorn yang terpalit dengan skandal penipuan ujian kereta sehingga menyebabkan pembuat kereta dari Jerman itu terpaksa membayar saman dan pampasan sebanyak USD15 bilion.

 

Di bawah pentadbiran Muller, Volkswagen telah melabur banyak dalam pembangunan kereta elektrik dan beliau juga diberikan tanggungjawab untuk menstruktur kembali pengurusan tertinggi syarikat tersebut. Ketika beliau menjadi CEO juga, Volkswagen telah berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar kereta nombor satu dunia.

 

Pada bulan Mac 2018, lembaga pengarah telah bersetuju untuk memberikan kenaikan gaji kepada beliau sebanyak 40% dan apa yang lebih menarik lagi ialah beliau akan terus menerima gaji bulanan sehigga tahun 2020 walaupun selepas meletakkan jawatan.

 

Image result for matthias müller
Kredit: Auto Evolution

 

Lloyd Blankfein (Goldman Sachs)

 

Selepas 12 tahun menjadi CEO Goldman Sachs, Lloyd akhirnya mengumumkan peletakan jawatannya pada awal tahun 2018 dan digantikan dengan Pengerusi dan COO syarikat tersebut, David Solomon.

 

Lloyd yang pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Presiden dan COO dalam Goldman Sachs telah tersenarai di kedudukan 47 dalam Forbes’ Most Powerful People bagi tahun 2018. Ketika peletakan jawatan beliau, saham Goldman telah menurun sebanyak 33%.

 

Walaupun tidak dapat disangkal Lloyd merupakan seorang CEO yang dianggap hebat oleh ramai pihak namun beliau telah terpalit dengan skandal ‘money laundering’ 1MDB yang berjumlah sebanyak USD2.7 bilion.

 

Brian Krzanich (Intel)

 

Tahun 2018 merupakan tahun sambutan Intel ke-50 dalam perniagaannya dan juga tahun mereka mengucapkan selamat tinggal kepada CEO, Brian Krzanich. Brian telah digantikan dengan CFO syarikat terbabit, Robert H Swan susulan daripada pendedahan beliau mempunyai consensual relationship dengan pekerja bawahan beliau.

 

Brian memulakan kerjaya beliau di Intel sebagai jurutera microchip dan selepas itu beliau telah memegang beberapa jawatan penting lain seperti COO. Pada bulan November lepas, Brian telah mengumumkan bahawa selepas ini beliau akan memulakan tugas baru sebagai CEO di syarikat software CDK Global yang berpangkalan di Illinois.

 

Image result for Brian Krzanich
Kredit: The Business Journal

 

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 8-01 (2)
Kapital

Sektor Pelancongan Negara Jana Rekod Tertinggi RM84.1 Bilion

Reading Time: 2 minutes Sektor pelancongan menyumbang sebanyak 14.9% kepada KDNK negara Purata perbelanjaan setiap pelancong China di Malaysia adalah RM4,200  …

Featured Image 4-01
Kapital

Sektor Pembuatan Di Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

Reading Time: 2 minutes Hasil jualan keseluruhan melalui sektor pembuatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 5.7% pada Mac 2019. Nilai jualan ini…

South-Asia
Kapital

Asia Kuasa Ekonomi Dunia Masa Hadapan

Reading Time: 2 minutes Pendapatan per kapita di Vietnam diramalkan bakal meningkat kepada USD10,400 pada 2030 Penduduk Asia Utara mewakili satu per lima…

Featured Image 10-01 (1)
Kapital

Teknologi Bakal Bantu Vietnam Keluar Daripada ‘Middle Income Trap’

Reading Time: 2 minutes Teknologi boleh membantu meningkatkan produktiviti sesebuah ekonomi pada kadar 0.8% hingga 1.4% setiap tahun Nilai syarikat teknologi dalam…