5 Negara Yang Mempunyai Sumber Asli Terbanyak
Sumber asli atau komiditi digunakan sebagai bahan pembuatan di seluruh dunia. Negara Malaysia juga dikurniakan dengan beberapa sumber asli seperti emas, timah, minyak dan gas. Sumber asli seperti minyak merupakan antara punca pendapatan Malaysia.
Tahukah anda negara manakah yang mempunyai sumber asli terbanyak di dunia?
1. China
Dianggarkan bahawa jumlah sumber asli di China bernilai USD 23 trilion. 90% daripada sumber aslinya dalam bentuk arang batu dan unsur nadir bumi (rare earth element). Selain itu China juga merupakan pengeluar kedua terbesar bagi bauksit, kobalt, tembaga, mangan dan perak.
2. Arab Saudi
Saudi Arabia memiliki 20% daripada rizab minyak dunia, yang kedua terbesar di dunia. Minyak mentah ini ditemui oleh Arab Saudi pada tahun 1938, semenjak itu ekonomi negara ini dibangunkan daripada sumber eksport minyak.
Secara keseluruhannya, Arab Saudi memeliki sumber asli bernilai USD 34.3 trilion. Di samping minyak dan gas, Arab Saudi juga memiliki tembaga, feldstar, fosfat, perak, sulfur, tungsten dan zink.
3. Kanada
Kanada merupakan pengeksport ketiga terbesar bagi kayu balak dan penyimpan minyak mentah ketiga terbesar di dunia selepas Arab Saudi dan Venezuela. Kesemua sumber aslinya dianggarkan bernilai USD 33.2 trilion.
Antara sumber asli lain di Kanada adalah gipsum, batu kapur, garam batu, potash, arang batu, uranium, tembaga, plumbum, nikel, zink, emas dan perak.
4. India
Sektor perlombongan menyumbang sebanyak 2.5% kepada keluaran kasar dalam negara (KDNK) India. Pada 2010, nilai industri perlombongan dan logam adalah USD 104.6 bilion. Dalam pada itu, India menghasilkan 60% daripada mika dunia dan membekalkan sebanyak 12% thorium dunia.
Selain itu, India mempunyai rizab arang batu keempat terbesar di dunia. Antara sumber asli lain di sini adalah bauksit, kromit, berlian, batu kapur, gas asli, petroleum dan bijih titanium.

5. Russia
Secara keseluruhannya, dianggarkan bahawa nilai sumber asli di Russia berjumlah USD 75 trilion. Rusia memiliki industri perlombongan yang terbesar di dunia melalui penghasilan bahan api mineral serta mineral dan logam perindustrian.
Di samping itu, Russia merupakan pengeksport kedua terbesar bagi unsur nadir bumi selepas China.
Sumber: Investopedia