fbpx

7-Eleven Tewas Di Tangan myNews

Oleh : Wan Syarafiz
16 Januari 2019 - 4:39 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Sejak tersenarai di Bursa Malaysia, harga saham 7-Eleven hanya meningkat naik 7%. Harga saham myNews pula naik 147%
  • Dalam tempoh empat tahun ini, margin keuntungan yang dicatatkan 7-Eleven adalah sekitar 2-3%

 

Rangkaian kedai runcit 7-Eleven dilihat semakin tidak bermaya. Ini berikutan daripada harga saham mereka yang dilihat tidak meningkat banyak sejak tersenarai di Bursa Malaysia. Dalam masa yang sama, peratusan pertumbuhan pendapatan mereka juga dilihat jauh ketinggalan berbanding pesaing lain.

 

Melihat kepada sejarah 7-Eleven, kedai runcit ini telah pun mula bertapak di Malaysia sejak tahun 1984 lagi. Namun, ia hanya mula membuat penampilan pertama di Bursa Malaysia hanya bermula tahun 2014. Ketika mula tersenarai di Bursa Malaysia, saham 7-Eleven berada pada paras RM1.34 dan selepas lebih 4 tahun, peningkatan yang dicatatkan tidaklah begitu membanggakan.

 

Pada Khamis lepas (10 Januari 2019) harga saham 7-Eleven yang direkodkan ialah RM1.45. Ini bermakna, sepanjang tempoh sejak tersenarai di Bursa Malaysia, harga saham 7-Eleven hanya meningkat 7% sahaja.

 

Ini jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan pesaing mereka iaitu myNews. Walaupun dianggap sebagai pemain baru dalam pasaran, myNews berjaya merekodkan peningkatan harga saham sebanyak 147% sejak mula tersenarai di pasaran saham.

 

Ketika awal penyenaraian pada tahun 2016, saham myNews dicatatkan pada paras RM0.57 dan terbaru pada Khamis lepas, nilai bagi satu saham telah melonjak naik kepada RM1.39.

 

Image result for 7 eleven mynews
Kredit: KwikNews

 

Berdasarkan artikel yang ditebitkan The Edge, seorang penganalisa menyatakan kunci utama bagi perniagaan runcit adalah lokasi.

 

“Lokasi mestilah tepat. Jika kedai runcit terletak berdekatan antara sama satu lain ia adalah tidak bagus. Jika anda sedar, kedai runcit yang mendapat jualan tertinggi berdasarkan saiz kaki persegi kedai kebiasaannya terletak di kemudahan pengangkutan awam atau berdekatannya,” ujar beliau.

 

Selain itu, 7-Eleven dan myNews juga dilihat tidak mahu ketinggalan mengejar evolusi teknologi yang menunjukkan kemunculan lebih banyak perniagaan melalui platform e-dagang.

 

Kedua-dua rangkaian kedai runcit ini telah bekerjasama dengan syarikat logistik bagi menyediakan servis ‘last-mile’ di mana pembeli atas talian boleh mengambil parcel mereka di rangkaian kedai runcit ini. Maka, di sini lah akan wujudnya ‘spillover effect’. Apabila mahu mengambil parcel, terdapat kemungkinan tinggi mereka akan berbelanja di kedai runcit tersebut juga.

 

Jika dilihat kepada jumlah kedai runcit di bawah rangkaian 7-Eleven, mereka sememangnya mempunyai kelebihan untuk menguasai pegangan pasaran (market share). Setakat ini jumlah kedai 7-Eleven di seluruh Malaysia berjumlah sebanyak 2,259. Ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan myNews yang hanya mempunyai 436 cawangan.

 

Berdasarkan rekod, purata pertumbuhan pendapatan 7-Eleven dari tahun 2015 hingga tahun 2017 dicatatkan pada kadar 4.9%. Margin keuntungan juga sangat rendah iaitu 2% ke 3% dalam tempoh empat tahun ini.

 

Berbanding myNews pula, rangakaian kedai runcit ini berjaya mencatatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 21.4% (2016), 23.8% (2017) dan 19.9% (2018). Margin keuntungan mereka juga lebih besar pada kadar 7% dalam tempoh tiga tahun ini.

 

Related image
Kredit: The Star

 

Jadi, apakah punca yang menyebabkan 7-Eleven semakin suram? Adakah kerana harga barangan yang dijual lebih mahal daripada kedai runcit lain? Atau pun kerana kemunculan rangkaian kedai runcit seperti myNews, Family Mart dan 99 Speedmart?

 

Melihat kepada situasi ini, Vincent Tan telah menyatakan bahawa beliau mahu menstruktur semula perniagaan antaranya dengan menswastakan 7-Eleven. Vincent tan dikatakan akan menjual pegangan saham majoriti 46% dalam 7-Eleven kepada Berjaya Corp Bhd (BCorp) dan kemudiannya BCorp akan melancarkan tawaran pengambil alihan untuk membeli kesemua saham (buy out) dalam 7-Eleven.

 

“7-Eleven diletakkan di bawah nilai yang sepatutnya. Pada pandangan saya, ia (7-Eleven) sebenarnya bernilai lebih daripada USD1 bilion,” ujar Vincent Tan.

 

Dengan strategi yang mahu dilaksanakan Vincent Tan ini, adakah 7-Eleven mampu untuk menguasai kembali pasaran kedai runcit selepas ini? Atau ia akan terus tenggelam dengan kemunculan lebih banyak kedai runcit baru yang dilihat berjaya menarik lebih ramai pelanggan?

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…