AirAsia Mengutip Caj RM3 Secara “Haram” Bagi Setiap Penumpang?
- AirAsia enggan mengenakan beza bayaran sebanyak RM23 PSC yang naik kepada RM73 sejak awal tahun lalu
- Anthony Loke cuba mengurangkan ketegangan antara MAHB dan AirAsia
Bulan Disember yang lalu, AirAsia Group Bhd dan AirAsia X Bhd (AirAsia X) disaman sebanyak RM36.11 juta oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Saman tersebut dikeluarkan kerana kegagalan AirAsia dan AirAsia X melunaskan caj perkhidmatan pelanggan (PSC). MAHB mendakwa AAB berhutang sebanyak RM9.4 juta, manakala AAX sebanyak RM26.7 juta.
Menurut laporan The Edge Markets, syarikat penerbangan itu enggan mengenakan beza bayaran sebanyak RM23 PSC yang naik kepada RM73 sejak awal tahun ini, atas alasan yang Lapangan Terbang Kuala Lumpur Ke-2 (klia2) adalah lapangan terbang kos rendah dan PSC perlu menggambarkan perkhidmatan yang ditawarkan di lapangan terbang tersebut.
“MASSB menegaskan klia2 perlu mengenakan kadar yang sama seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Sedangkan kami percaya dan telah menemui MASSB berkali-kali bagi menyatakan klia2 adalah lapangan terbang kos rendah dan caj yang dikenakan harus mencerminkan tahap perkhidmatan yang disediakan.
“Kami mempertahankan bahawa kami tidak diwajibkan untuk mengutip PSC yang sama untuk penumpang yang berlepas dari klia2 dan tidak akan melakukannya demi pihak berkepentingan dalam industri penerbangan dan pelancongan,” – AirAsia.
Dalam menyelesaikan kemelutan ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ianya perlu diselesaikan secara berhemah. Menurut beliau, kerajaan akan cuba mengurangkan ketegangan antara dua pihak tersebut.
Lebih menghangatkan keadaan lagi apabila kenyataan AirAsia untuk menghapuskan “yuran KLIA2” sebanyak RM3 disangkal oleh pihak MAHB. Menurut MAHB mereka tidak mengenakan sebarang “yuran KLIA2” kepada penumpang.
“Tiada sebarang bayaran untuk menggunakan KLIA2 oleh MAHB. Bayaran menggunakan lapangan terbang telah disekatakan dan semua syarikat penerbangan dikenakan bayaran yang sama di KLIA2,” katanya dalam satu kenyataan.
“Kami telah meminta AirAsia memberi penerangan lanjut mengenai bayaran tambahan sebanyak RM3 yang dikenakan kepada orang ramai,” – MAHB
Adakah AirAsia telah mengenakan caj secara haram?
Bagi menjawab persoalan ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar mengakui AirAsia telah memindahkan kos tersebut kepada semua penumpang syarikat penerbangan tersebut, untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.
Beliau menegaskan kos tersebut adalah daripada MAHB terhadap AirAsia dan mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada memindahkannya kepada pengguna.
“Dalam memelihara kepetingan bersama, kami tiada pilihan dan terpaksa menerima sistem daftar masuk yang telah disediakan oleh pihak berkuasa,” – Aireen Omar
Sebelum ini MAHB telah menetapkan setiap penumpang syarikat penerbangan harus membayar RM0.25 untuk kegunaan aerobridge, cukai lapangan terbang sebanyak RM6 bagi setiap pelepasan domestik dan RM3 bagi setiap pendaratan pesawat komersil yang harus dibayar oleh syarikat penerbangan.
Tony Fernandes turut membalas tuduhan daripada MAHB melalui Twitter peribadi beliau. Beliau menyatakan MAHB tidak sepatutnya mengenakan caj yang tinggi bagi lapangan terbang ini.
Bagaimanakah kesudahannya nanti?