Apa Itu Pembiayaian P2P?
- Terdapat 6 syarikat yang menyediakan platform P2P
- Pulangan pelaburan setinggi 14%
Bagi mereka yang mencari-cari instrumen pelaburan yang baru, anda mungkin boleh mencuba untuk melabur dalam pembiayaian peer-to-peer (P2P).
Malaysia merupakan negara pertama yang memperkenalkan pembiayaian P2P di Asia Tengarra. Pada tahun 2016, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah memperkenalkan rangka piawaian bagi pembiayaian P2P.
Pembiayaian P2P adalah cara baru untuk melabur dan mampu memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding kebanyakan instrumen pelaburan tradisional.
Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh SC terhadap platform P2P adalah berkaitan penilaian kredit, pengurusan hutang tidak boleh dibayar, pengendalian wang, piawaian laporan bagi memastikan kepentingan pelabur sentiasa dilindungi.
Macam mana P2P berfungsi?
Pelaburan P2P menghubungkan pelabur kepada syarikat yang memerlukan wang untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui pelatform atas talian (online). Kebiasaanya syarikat ini terdiri daripada kumpulan industri kecil dan sederhana (IKS).
Melalui platform P2P, pelabur boleh mempelbagaikan aset pelaburan mereka yang tidak berkait secara lansung dengan pasaran. Hal ini mengurangkan risiko votaliti jangka masa pendek yang akan memberi kesan kepada portfolio pelaburan pelabur.

Platform P2P pula akan memudahkan kerja pelabur dengan melakukan penilaian kredit dan semakan ke atas mana-mana syarikat IKS ini. Mereka juga merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mengumpulkan dana ini bagi pihak IKS.
Bagi pihak IKS pula, mereka mampu mendapat pinjaman tanpa cagaran dengan lebih pantas tanpa sebarang cagaran bagi tujuan pengembangan perniagaan melalui platform ini.
Apa yang menarik mengenai pelaburan P2P ini?
1) Pulangan yang tinggi
Melalui platform P2P ini, pelabur berpotensi meraih keuntungan sehingga 14% setahun, jauh lebih tinggi berbanding instrumen pelaburan yang lain.
2) Mudah untuk bermula
Anda boleh memulakan pelaburan dalam P2P bermula serendah RM50 sahaja di sesetengah platform. Bagi pendaftaran pula, semuanya boleh dilakukan melalui atas talian sahaja.
3) Memberi sumber pendapatan tetap
Anda boleh memilih untuk mendapatkan pulangan pelaburan berdasarkan bayaran bulanan. Dengan ini lebih mudah bagi anda untuk merancang aliran tunai kewangan anda.
Siapakah yang menyediakan platform pembiayaian P2P di Malaysia?
Setakat hari ini, terdapat 6 syarikat yang menyediakan pembiayaian P2P di Malaysia. Syarikat tersebut adalah:
1. Alixco
2. B2B Finpal
3. Funding Societies
4. Fundaztic
5. Nusa Kapital (nukap)
6. Quickash