fbpx

Apa Perlu Dibuat Semasa Kelembapan Ekonomi?

Oleh : Izzuddin Yussof
02 Januari 2019 - 12:09 pm

Reading Time: 3 minutes

Ramai pakar ekonomi dan institusi-institusi ekonomi dunia yang meramalkan ekonomi akan semakin perlahan tahun hadapan, tidak kiralah ekonomi dunia mahupun ekonomi Malaysia.

 

Jadi apa yang boleh kita buat sebagai rakyat marhaen jika kita mengetahui yang ekonomi berisiko untuk menjadi lembap?

 

Tips 1: Jangan kurang berbelanja

Yup. Jangan kurang berbelanja. Tidak ada typo di situ. Macam pelik kan? Kenapa suruh jangan kurang berbelanja pulak? Bukan itu ke biasanya nasihat yang diberikan ramai orang?

 

Cuba tanya diri sendiri. Dari mana kedai jual burger di tepi jalan mendapat duit untuk terus berniaga? Daripada orang membeli burger mereka. Apa akan jadi kepada mereka jika orang berhenti membeli burger mereka? Apa akan jadi kepada semua penjual burger jika semua orang mula berhenti membeli burger sebab ingin berjimat?

 

Di situlah permulaan kelembapan ekonomi akan semakin teruk. Iaitu apabila orang mula berhenti berbelanja sebab ingin menyimpan. Akhirnya syarikat akan semakin rugi. Ramai pekerja akan mula dibuang. Dan akhirnya semuanya kejatuhan ekonomi itu akan bermula.

 

Sebab tu di dalam keadaan ekonomi sebegini, yang penting bukanlah berhenti berbelanja. Tetapi berbelanja pada tempatnya.

 

Related image
Kredit: Metro

Tips 2: Belilah barangan buatan Malaysia

Masihkah anda ingat pada zaman 1998, ketika ekonomi Malaysia menghadapi krisis kewangan yang teruk? Kempen ‘belilah barangan buatan Malaysia’ giat dijalankan ketika itu.

 

Kenapa? Sama seperti membeli burger di tepi jalan tadi, samada kita membeli burger di tepi jalan di Malaysia, atau kita membeli burger online dari Singapura.

 

Yang manakah yang akan mendatangkan manfaat kepada ekonomi Malaysia? Mestilah yang dengan membeli barangan tempatan.

 

Di saat kelembapan ekonomi dunia, peniaga-peniaga tempatan lebih memerlukan sokongan rakyat Malaysia sendiri. Hanya dengan kelangsungan pendapatan syarikat-syarikat di Malaysia barulah risiko mereka terpaksa membuang kerja akan berkurangan.

 

Tips 3: Jana pendapatan pasif / sampingan

Menjana pendapatan pasif / sampingan ini mempunyai tiga manfaat. Pertama ianya akan boleh merancakkan lagi aktiviti ekonomi negara, kedua ianya memberikan pendapatan tambahan untuk kita dan ketiga jika kita dibuang kerja sekalipun, kita tidaklah perlu mengemis di tepi jalan.

 

Banyak cara untuk menjana pendapatan pasif / sampingan sebenarnya. Daripada menjual barang online, kepada menjadi ejen, melabur di dalam perniagaan, atau apa sahaja cara yang lain.

 

Malahan mana tahu jika ianya berkembang baik, kita boleh terus fokus padanya dan berhenti daripada kerja utama kita?

 

Image result for industri elektrik
Kredit: Berita Harian

Tips 4: Nilai keadaan industri anda

Penting untuk kita tahu samada adakah kita berisiko untuk dibuang kerja atau tidak.

 

Walau umumnya Tips 1 adalah jangan kurang berbelanja, tetapi jika anda dalam industri yang berisiko dibuang kerja, maka menyimpan itu adalah perlu.

 

Antara industri yang berisiko adalah industri elektrik dan elektronik, industri minyak dan gas, industri kelapa sawit serta mereka yang baru ingin berkerja dengan kerajaan.

 

Jika anda berkerja di dalam salah satu daripada industri-industri ini, saya sarankan anda untuk cuba berjimat dari sekarang.

 

Tips 5: Tawakkal

Selepas usaha dan berdoa, maka bertawakkallah. Masa yang susah akan berlalu. Segala krisis ekonomi akan berakhir. Dan biasanya pada zaman kejatuhan ekonomi inilah, akan munculnya ruang-ruang dan peluang-peluang yang baru.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

230194
Kapital

7 Perkara Mengenai Ekonomi Malaysia Baru

Reading Time: 3 minutes Satu garis panduan pelantikan jawatan tertinggi GLC akan dikeluarkan MoF Cukai korporat bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)…

7-01
Kapital

MRCB Perkenal MBS Bagi Tingkatkan Kualiti Pembinaan

Reading Time: 2 minutes   Syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) bakal meningkatkan lagi kualiti dalam sektor pembinaan dengan memperkenalkan sistem pembinaan…

101b
Kapital

Lima Strategi Makro Kekal Daya Tahan Ekonomi Negara

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan lima strategi makro bagi…

kilang-mazda-kulim-mekanika-4

Tahap Perniagaan Di Malaysia Kurang Memberansangkan Bagi Tempoh 5 Bulan Berturut-Turut

Reading Time: 2 minutes PMI China kekal bawah paras 50 semenjak Disember 2018 PMI adalah satu kaji selidik yang dilakukan secara bulanan…