fbpx

Apple Semakin Nazak

Oleh : Wan Syarafiz
14 Januari 2019 - 3:56 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Pelancaran jaringan 5G smartphone Apple yang lambat akan menyebabkan ia semakin jauh ketinggalan berbanding Huawei, Xiaomi dan Samsung
  • Nilai pasaran Apple susut sebanyak USD450 bilion sejak mencatatkan rekod tertinggi USD1.1 trilion

 

Apple Inc kini berhadapan masalah di China berikutan beberapa isu seperti ancaman pengharaman penjualan oleh mahkamah, ketidaktentuan perang dagangan Amerika Syarikat-China serta masalah berkaitan pelancaran jaringan 5G.

 

CEO Apple, Tim Cook menyatakan bahawa prestasi syarikat Apple di China kini berada dalam kurang baik kerana situasi ekonomi yang perlahan dan ini diburukkan lagi dengan impak perang dagangan antara Washington dan Beijing.

 

Menurut Reuters, sebenarnya punca utama prestasi Apple menurun di China adalah kerana harga smartphone yang dikeluarkan terlalu tinggi.

 

Ini ditambah pula pesaing-pesaing Apple seperti Huawei Technologies Co Ltd telah menghasilkan produk dengan teknologi yang hampir sama namun dengan harga jualan yang jauh lebih murah. Bukan itu sahaja, di kala perang perdagangan Amerika Syarikat-China ini berlaku, rakyat China juga bersifat lebih patriotik dengan memilih barangan buatan China.

 

Mahkamah di China baru-baru ini telah mengeluarkan satu injuksi awal (preliminary injuction) untuk mengharamkan penjualan beberapa model smartphone keluaran Apple berikutan konflik undang-undang dengan pembuat cip Qualcomm Inc. Beberapa model yang dijangkakan akan terkesan ialah model iPhone 6S sehingga iPhone X.

 

Image result for apple store
Kredit: How-To Geek

 

Satu badan industri tempatan iaitu China Anti-Infringement and Anti-Counterfeit Innovation Strategic Alliance juga telah memberikan ‘amaran’ kepada Apple supaya mematuhi perintah mahkamah dan tidak melanggar undang-undang negara tersebut dengan menggunakan kuasa dan pengaruh mereka.

 

Menurut Pengarah Penyelidik Counterpoint, Neil Shah, beliau beranggapan bahawa sekarang adalah masa yang sangat sukar buat Apple di negara tembok besar itu dan dalam masa yang sama turut menjangkakan pegangan pasaran (market share) iPhone akan menurun sebanyak 7% tahun ini.

 

Pegangan pasaran Apple pada suku ketiga tahun lepas hanyalah sekitar 9% sahaja dan ini jauh berbeza jika dibandingkan pada tahun 2015 di mana pegangan pasaran mereka melebihi 14%.

 

Selain itu, timbul juga tanda tanya berkenaan strategi jaringan 5G oleh syarikat Apple di negara China. Ini kerana, Apple setakat ini dijangkakan tidak akan mengeluarkan smartphone dengan teknologi 5G sehingga tahun 2020. Ini sudah pasti menyebabkan Apple akan semakin ke belakang jika mahu dibandingkan dengan pesaing-pesaing mereka seperti Huawei, Xiaomi dan Samsung.

 

Berdasarkan kepada situasi sekarang, China dilihat sedang bergerak rancak untuk melancarkan jaringan 5G dengan fasa pra-komersial dijangkakan akan dibuat tahun ini dan fasa komersial pada tahun 2020.

 

Huawei kini sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan smartphone 5G menjelang pertengahan tahun ini. Xiaomi pula dijangkakan akan mengambil langkah yang sama dengan pengeluaran smartphone 5G pada suku ketiga tahun ini.

 

Image result for samsung apple huawei xiaomi

 

Sudah pasti jika situasi ini terjadi, lebih ramai pembeli akan beralih arah kepada jenama smartphone selain daripada Apple kerana mahu menikmati teknologi 5G.

 

“Jika anda (pembuat smartphone) mahukan penjualan yang tinggi tetapi tidak mempunyai jaringan 5G sudah pasti situasi anda kurang baik,” ujar Presiden Qualcomm, Cristiano Amon dalam satu sesi temuramah bersama Reuters.

 

Berikutan daripada masalah ini, banyak peruncit telah bertindak memberi diskaun kepada harga iPhone di China. Antara model yang menunjukkan penurunan ketara ialah iPhone XR yang sebelum ini dijual pada harga USD1,036 (RM4,250) kini ditawarkan pada harga USD858 (RM3,520).

 

Dengan nilai pasaran tertinggi yang pernah direkodkan pada paras USD1.1 trilion, kini Apple telah kehilangan sekitar USD450 bilion kerana harga saham yang menjunam teruk. Adakah Apple mampu bangkit kembali selepas ini?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Apartment-01

Diskaun, rebat dan ‘cashback‘. Apa perbezaannya?

Reading Time: 2 minutes Jika anda biasa lihat kepada poster, risalah dan iklan pemaju, anda pasti akan perasan perkataan seperti diskaun, rebat…

Levis-01
Kapital

Buat Peminat Tegar Levi’s, Ini Peluang Anda Untuk Melabur

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, hasil pendapatan Levi’s meningkat 14% kepada nilai USD5.6 bilion Levi’s meletakkan sasaran untuk meraih dana sekitar…

Huawei-01
Kapital

Apa Yang Anda Perlu Tahu Daripada Pengharaman Huawei Di Beberapa Buah Negara

Reading Time: 3 minutes Pengasas Huawei, Ren Zhengfei merupakan bekas ahli teknologi dalam People Liberation’s Army Jualan iPhone telah menurun sebanyak 20%…

5G-reality-CES-content-2019

Apa itu 5G & Bagaimana Ia Bakal Merubah Dunia

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms 5G bakal menjana lebih kurang 3 juta pekerjaan baru…