fbpx

Bagaimana Nak Uruskan Duit Terpijak

Oleh : Kapital
18 Januari 2019 - 6:18 pm

Reading Time: 2 minutes

Pernah anda terbayang atau berangan tiba-tiba anda dapat duit lebih daripada 6 angka? Andai kata anda duit sejumlah duit yang banyak, tidak kiralah daripada voluntary separation scheme (VSS), cabutan bertuah atau daripada harta pusaka, pernah anda terfikir bagaimana untuk menguruskan wang tersebut?

 

Pertama sekali apabila anda sejumlah wang yang banyak, anda perlu bertenang terlebih dahulu. Hal ini supaya anda tidak membuat keputusan terburu-buru. Lihat sahaja berapa ramai yang tertipu dengan skim cepat kaya setiap tahun, berjuta-juta ringgit yang dileburkan ke dalam skim cepat kaya.

 

Di samping itu, jangan dihebohkan kepada orang ramai bahawa anda sudah menjadi orang kaya baru. Jika tidak, ramailah kawan dan keluarga yang akan tiba-tiba sahaja ‘rapat’ dengan anda.

 

Seterusnya semak semula senarai hutang anda, jika ada hutang yang mengenakan kadar faedah yang tinggi (lebih 8% setahun), adalah lebih baik untuk menghapuskan hutang ini terlebih dahulu.

 

Kini hutang sudah selelsai, apa langkah seterusnya? Adakah anda patut laburkan duit tersebut? Kalau melabur pula, nak melabur di mana?

 

Baca: Untung Ke Pelaburan Hartanah Anda?

Baca: Senarai Terkini Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Sebelum melabur, anda perlu kenal pasti toleransi risiko anda terlebih dahulu. Jika anda seorang yang tidak boleh menerima risiko, adalah lebih baik wang tersebut diletakkan dalam instrumen bebas risiko seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji (TH) atau Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

 

Instrumen seperti ASB dan AHB secara puratanya mampu memberikan dividen sekitar 6% – 7%. Kalau anda simpan RM100,000, bermakna anda mendapat dividen sekitar RM6,000-RM7,000 setahun.

 

Selain itu, anda juga boleh melabur dalam pelaburan unit amanah. Di Malaysia ada lebih 200 dana unit amanah yang patuh syariah. Purata pulangan unit amanah sekitar 5% – 15%. Namun sebelum anda melabur di sini, anda perlu kaji dahulu dana mana yang terbaik dan sesuai dengan toleransi risiko anda. Atau anda boleh sahaja dapatkan nasihat daripada agen dan penasihat kewangan.

 

Bagi mereka yang terfikir untuk memulakan perniagaan pula, jangan terus habiskan sejumlah wang yang banyak ke dalam perniagaan. Dalam 10 perniagaan, hanya 3 sahaja yang berjaya bertahan lebih daripada 3 tahun.

 

Sebaiknya mulakan dengan perniagaan yang memerlukan modal minima, tidak lebih daripada RM5,000. Jika perniagaan tersebut gagal, anda boleh mulakan perniagaan yang lain pula.

 

Bayangkan jika anda habiskan RM50,000 untuk membuka sebuah kedai makan, selepas beberapa bulan kedai anda masih tidak mendapat sambutan. Disebabkan anda tiada holding power yang kuat, kedai tersebut terpaksa ditutup.

 

Adalah lebih baik jika anda mulakan dulu dengan menjual makanan bungkus kepada kawasan pejabat atau membuka gerai menjual sarapan dahulu. Daripada situ, duit keuntungan disimpan untuk mengembangkan perniagaan.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…