fbpx

China Tawar Jamin 1MDB Untuk Realisasikan “Belt & Road”

Oleh : Kapital
08 Januari 2019 - 11:02 am

Reading Time: 1 minute

Artikel ini diolah daripada artikel asal oleh The Malaysian Insight.

 

The Wall Street Journal hari ini melaporkan bahawa China telah menawarkan untuk menjamin (bail out) syarikat 1MDB pada tahun 2016 sebagai balasan untuk mencapai impian mereka merealisasikan Inisiatif “Belt and Road”.

 

Kerajaan pemerintah di bawah Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah menandatangani pinjaman sebanyak USD2.3 bilion (RM9.3 bilion) daripada Export-Import Bank of China pada tahun 2016 bagi membiayai pembinaan dua pipeline gas.

 

Selain itu, kerajaan Barisan Nasional turut menandatangani RM95 bilion projek East Coast Railway Link (ECRL) yang dilaksanakan oleh China Communications Construction Co Ltd.

 

WSJ berkata berdasarkan beberapa minit mesyuarat yang tidak didedahkan kepada umum, dana yang sepatutnya disalurkan untuk membiayai projek-projek ini digunakan bagi menjamin syarikat 1MDB.

 

Projek-projek ini kini dalam semakan kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum lepas. Sebahagian projek ini dibiayai melebihi harga pasaran bagi membolehkan Najib dan BN mendapatkan wang tunai untuk kegunaan lain.

 

Kerajaan PH percaya bahawa wang tersebut digunakan untuk membiayai pilihan raya yang lepas dan juga untuk menampung hutang 1MDB.

 

WSJ melaporkan Najib juga memulakan rundingan rahsia dengan pemimpin China untuk membenarkan kapal tentera laut China berlabuh di dua pelabuhan Malaysia, kata dua orang yang mengetahui mengenai perbincangan itu.

 

Kebenaran itu akan menjadi konsesi penting kepada Beijing, yang bertujuan memperluahkan pengaruh perairan di Laut China Selatan, tetapi tidak berlaku.

 

Artikel ini diolah daripada artikel asal oleh The Malaysian Insight.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…