fbpx

Dana RM20 Juta Bina Prototaip Kereta Nasional Ketiga

Oleh : Kapital
08 Januari 2019 - 9:49 am

Reading Time: 2 minutes

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata kementeriannya akan memperuntukkan RM20 juta dengan sebahagian besar dana ini datang daripada pelaburan vendor bagi menjalankan kerja membina prototaip kereta nasional ketiga.

 

Artikel ini kali pertama disiarkan di Berita Harian.

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan memperuntukkan sehingga RM20 juta bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga yang sebahagian besarnya adalah daripada pelaburan vendor.

Prototaip itu dijangka dilancarkan pada suku pertama 2019.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, setakat ini kementerian telah mengenal pasti beberapa vendor yang berminat untuk membangunkan prototaip kereta nasional ketiga itu.

 

Katanya, vendor yang menunjukkan minat itu kebanyakannya sudah mempunyai dana sendiri bagi menjalankan kerja serta proses untuk membina prototaip kereta nasional ketiga.

 

“Jadi tidak timbul isu dana itu dari mana kerana mereka sendiri sudah mempunyai dana untuk menjalankan projek ini.

 

“Malah, terdapat juga bantuan geran sedia ada oleh kementerian yang mana ia dapat menjadi pemangkin dan membantu dalam usaha yang akan dijalankan oleh vendor ini.

 

“Mereka juga mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dalam sektor automotif dan kita yakin mereka dapat menghasilkan prototaip yang baik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program LESTARI, kerjasama antara MED dan PETRONAS di sini, hari ini.

 

Mesyuarat Jawatankuasa koordinasi Projek Kereta Nasional Baru (NNCP) pada 12 Oktober dan 14 Disember tahun lalu bersetuju Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dijadikan penyelaras kepada kementerian yang terbabit dalam projek ini.

 

Selain MED, kementerian berkaitan adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

 

Mohd Redzuan berkata, projek itu juga dilihat dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara dan membangunkan vendor tempatan ke arah bertaraf global dan lebih kompetitif .

 

“Usaha ini jika dilaksanakan secara bertepatan, akhirnya akan memberikan impak positif serta menjadikan industri automotif tempatan lebih mampan di persada dunia,” katanya.

 

Menurutnya, projek kereta nasional ini mempunyai pendekatan berbeza dengan pengeluar kereta nasional sedia ada.

 

MED kini sedang mengenalpasti vendor automotif yang berminat dalam pembangunan NNCP menerusi portal NNCP di laman web kementerian.

 

Antara kategori berkaitan adalah pembinaan logam dan plastik, petrokimia dan peleburan, pembinaan besi, industri sokongan dan pemasangan.

 

Artikel ini kali pertama disiarkan di Berita Harian.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…