fbpx

Harga Sawit Dijangka Pulih Tahun Ini

Oleh : Kapital
04 Januari 2019 - 11:03 am

Reading Time: 2 minutes

Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok menyatakan harga sawit dijangka naik antara RM2,700 hingga RM2,800 iaitu kira-kira 30% kenaikan daripada harga semasa RM2,100. Ini dibantu dengan langkah negara India yang telah mengumumkan untuk mengurangkan duti import ke atas minyak sawit.

 

Berita ini kali pertama disiarkan di Berita Harian.

 

PUTRAJAYA: Harga minyak sawit mentah dijangka menyaksikan pemulihan ketara tahun ini, kira-kira 30 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.

 

Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok, berkata komoditi itu dijangka akan diniagakan antara RM2,700 dan RM2,800 setan berbanding sekitar RM2,100 setan kebelakangan ini.

Tinjauan lebih memberangsangkan itu disokong oleh beberapa inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi mengembangkan pasaran eksport di China, Afrika dan Asia Barat.

 

“Saya yakin lebih banyak minyak sawit akan digunakan menjelang Tahun Baharu Cina,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

 

Pada sidang media itu, beliau turut menyambut baik langkah India menurunkan duti import ke atas minyak sawit, dengan menjangkakan eksport minyak makan itu akan kembali meningkat.

 

Dalam perkembangan lain, Kok berkata Malaysia akan membuat laporan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) jika Kesatuan Eropah (EU) terus mendiskriminasi minyak sawit.

 

“Namun belum ada rancangan untuk itu buat masa ini. Kita akan bekerjasama dengan Indonesia jika keadaan bertambah buruk,” katanya.

 

Secara kolektif, Malaysia dan Indonesia menyumbang lebih 80 peratus daripada pengeluaran minyak sawit dunia.

 

Mengenai keputusan Norway untuk mengetepikan biobahan api minyak sawit, Kok berkata Malaysia sudah menyuarakan bantahan kepada duta besar Norway ke Malaysia menerusi surat, terhadap keputusan negara itu.

 

“Kami berharap Norway akan membatalkan keputusan itu, (dan) begitu juga dengan negara lain seperti Perancis,” katanya.

 

Pada 6 Disember lalu, Parlimen Norway mengundi untuk melaksanakan langkah serta cukai, yang tidak meliputi biobahan api berasaskan sawit, yang didakwa berisiko kerana menyebabkan penebangan hutang, berkuat kuasa 1 Januari 2020.

 

Sementara itu, Kok berkata Malaysia akan mengambil bahagian dalam mesyuarat Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) yang diadakan di Bangkok bulan ini, dalam usaha mendapatkan harga lebih kompetitif untuk pekebun kecil.

 

Beliau berkata, pertemuan yang membabitkan dengan beberapa negara pengeluar getah lain dijadualkan pada 19 dan 20 Januari ini dan bertujuan mencari penyelesaian untuk meningkatkan permintaan komoditi itu.

 

“Di bawah Bajet 2019, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta kepada Kementerian Kerja Raya untuk meningkatkan kemudahan laluan getah sejauh 100 kilometer di seluruh negara.

 

“Selain itu, kerajaan juga mencari kesepakatan dengan Thailand dan Indonesia dalam menangani harga getah global yang tidak menentu.

 

“Ini kerana, ia menjadi kebimbangan besar kepada kira-kira 450,000 pekebun kecil di Malaysia,” katanya.

 

ITRC dianggotai tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. Pakatan ketiga-tiga negara itu bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan getah di negara masing-masing dan memulihkan lebihan bekalan.

 

Malaysia kini adalah pengeluar getah asli kelima terbesar di dunia dengan pengeluaran sebanyak 670,000 tan, selepas Thailand, Indonesia, Vietnam dan China.

 

Disember lalu, Kabinet bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah RM164,783,400 sebagai bantuan kepada 274,639 pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang berhadapan dengan beban sara hidup berikutan pendapatan mereka terjejas semasa musim tengkujuh.

 

Berita ini kali pertama disiarkan di Berita Harian.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Huawei-01

Mengapa Sesetengah Negara Mengharamkan Teknologi 5G Huawei

Reading Time: 3 minutes Huawei tidak layak untuk menyediakan infrastruktur 5G di UK Malaysia akan mengkaji sama ada perlu mengharamkan teknologi 5G…

China Numba 1-01
Kapital

Rekod Terburuk Pertumbuhan Ekonomi China Dalam Tempoh 3 Dekad

Reading Time: 3 minutes Kadar pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2018 yang direkodkan ialah 6.6% Bank pusat China telah menyuntik lebih banyak…

Apartment-01
Kapital

‘Henti pendekatan M40 tanggung subsidi rumah mampu milik’

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Penyertaan besar sektor swasta untuk membina rumah…

Myeg Mypay-01
Kapital

MyPay, Pesaing Baru MyEG

Reading Time: 3 minutes Saham syarikat HeiTech Padu telah meningkat naik melebihi 50% Sukaniaga dan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd kini bekerjasama membangunkan…