fbpx

Kerajaan Amerika Syarikat Ditutup?

Oleh : Kauthar Rozmal
15 Januari 2019 - 4:09 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Ekonomi AS kehilangan RM1.5 bilion seminggu ekoran penutupan kerajaan
  • Government shutdown kali ini merupakan yang terpanjang dalam sejarah AS

Antara berita hangat dunia ketika ini adalah government shutdown di Amerika Syarikat (AS). Macam sedikit pelik bukan? Boleh ke kerajaan ditutup?

 

Macam mana government shutdown boleh berlaku?

Ianya berlaku apabila bajet kerajaan tidak diluluskan oleh Kongres. Kongres merupakan dewan perundangan di AS, ianya ibarat dewan parlimen di Malaysia. Apabila bajet tidak diluluskan maka kerajaan tiada duit untuk beroperasi.

 

Namun perbezaan sistem kerajaan Malaysia dan AS adalah di AS kerajaan (white house) dan kongres kebiasaannya daripada parti yang berbeza. Parti Presiden adalah Republican manakala parti yang memegang Kongres adalah Democrats.

 

December lalu, Presiden AS, Donald Trump meminta dana sebanyak USD5.7 bilion bagi membina tembok di sempadan Mexico seperti mana yang dijanjikan dalam kempen Presiden beliau. Perkara ini tidak dipersetujui oleh pihak Kongres kerana bagi mereka ianya satu pembaziran.

 

 

Tetapi Trump tetap berdegil ingin meneruskan pembinaan tembok ini dan Kongres pula tetap berkeras untuk tidak meluluskannya. Maka apa yang terjadi adalah bajet untuk kerajaan tidak diluluskan dan kerajaan terpaksa ditutup kerana tiada dana.

 

Government shutdown kali ini merupakan yang terpanjang dalam sejarah AS, ianya telah mencapai tempoh 25 hari. Ini bukanlah pertama kali government shutdown terjadi, berikut merupakan senarai government shutdown yang pernah berlaku selama ini:

 

1. Presiden Trump (Republican):

Disember 2018 – Januari 2019: 25 hari setakat ini

Februari 2018: Sehari

Januari 2018: 3 Hari

 

2. Presiden Barack Obama (Democrat):

Oktober 2013: 16 hari

 

3. Presiden Bill Clinton (Democrat):

Disember 1995 – Januar1 1996: 21 hari

November 1995: 5 hari

 

4. Presiden George HW Bush (Republican):

Oktober 1990: 3 hari

 

5. Presiden Ronald Reagan (Republican):

Disember 1987: 1 hari

Oktober 1986: 1 hari

Oktober 1984: 1 hari

September – Oktober 1984: 2 hari

November 1983: 3 hari

Disember 1982: 3 hari

September – Oktober 1982: 1 hari

November 1981: 2 hari

 

6. Presiden Jimmy Carter (Democrat):

September – Oktober 1979: 11 hari

September – Oktober 1978: 18 hari

November – December 1977: 8 hari

Oktober – November 1977: 8 hari

September – Oktober 1977: 12 hari

 

7. Presiden Gerald Ford (Republican):

September – Oktober 1976: 10 hari

 

Apakah kesannya apabila berlakunya government shutdown?

Yang paling terkesan sudah tentulah penjawat awam itu sendiri. Lebih daripada 380,000 pekerja daripada 9 agensi kerajaan tidak boleh bekerja kerana kerajaan tiada duit untuk membayar gaji. Manakala baki lebih kurang 420,000 pekerja dipaksa bekerja tanpa gaji.

 

Kredit: Al-Jazeera

 

Sesetengah penjawat awam telah mula mencari kerja sementara bagi menampung kos kehidupan mereka. Kegagalan membayar gaji ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan penjawat awam kepada Trump dan Kongres. Beberapa siri protes turut dianjurkan penjawat awam untuk menghentikan government shutdown.

 

Selain itu, beberapa bantuan kerajaan berkemungkinan tidak akan diteruskan jika government shutdown ini berterusan bagi tempoh yang panjang. Bantuan kupon makanan (food stamps) contohnya hanya mampu bertahan sehingga bulan Februari.

 

Menurut JP Morgan, ekonomi AS kehilangan RM1.5 bilion seminggu ekoran penutupan kerajaan ini. Fitch Ratings pula memberi amaran lanjutan penutupan ini bakal menyebabkan taraf kredit AS akan diturunkan.

 

Apakah kesudahannya?

Selagi salah satu pihak tidak mengalah, government shutdown ini akan berterusan dan kesan rantaiannya akan semakin meluas. Siapakah yang akan menang, Trump atau Democrat?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 12-01
Kapital

Malaysia Rugi Lebih Besar Sekiranya ECRL Dibatalkan

Reading Time: 2 minutes Pada tahun 2018, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia dengan nilai sebanyak USD42.5 bilion Penerusan projek ECRL dilihat…

Featured Image 22-01

Aplikasi Teknologi 5G

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms Dianggarkan 5G boleh mencapai kelajuan melebihi 1 Gigabits sesaat…

Featured Image 19-01

ONE Championship Bakal Setanding UFC

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, nilai One Championship dilaporkan bernilai lebih daripada USD1 bilion Jumlah tontonan video One Championship di…

Featured Image 20-01

30%-40% Bekalan Beras Malaysia Diimport Daripada Luar Negara

Reading Time: 2 minutes Industri beras hanya menyumbang 2.3% sahaja kepada Keluaran Kasar Dalam Negara 74.1% daripada penghasilan beras dalam negara adalah…