fbpx

Kerajaan Jamin Percepat Tempoh Kelulusan Harga Kereta Baharu

Oleh : Kapital
18 Januari 2019 - 10:08 am

Reading Time: 1 minute

Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan untuk mempercepatkan tempoh kelulusan penetapan harga kenderaan dan bersedia untuk mengadakan sesi dialog bersama Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam tempoh terdekat.

 

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming, berkata setiap permohonan perlu melalui banyak proses dan diakui ia perlu dikemaskini dan lebih cekap.

 

“Sebelum ini, di bawah kerajaan lama, terdapat jalan pintas bahawa Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Automotif (ABDC) tidak diberi peluang dari segi konsultansi.

 

“Jadi apa yang mahu kami laksanakan kini adalah melalui proses yang betul dan adakan dialog bersama MAA dan pada masa sama mempercepatkan proses kelulusan insentif.

 

“Diharapkan dengan usaha ini, pelbagai model kenderaan akan dapat dilancarkan dengan segera,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Pameran Teknologi & Bekalan Peralatan Kafe Antarabangsa ke-5 di sini, hari ini.

 

Pameran tiga hari itu menghimpunkan 180 peserta industri daripada 22 negara dan bertindak sebagai platform semua dalam satu kepada peserta industri dalam mengembangkan perniagaan kopi dan teh yang semakin pesat membangun di rantau ASEAN.

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Apartment-01

Diskaun, rebat dan ‘cashback‘. Apa perbezaannya?

Reading Time: 2 minutes Jika anda biasa lihat kepada poster, risalah dan iklan pemaju, anda pasti akan perasan perkataan seperti diskaun, rebat…

Levis-01
Kapital

Buat Peminat Tegar Levi’s, Ini Peluang Anda Untuk Melabur

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, hasil pendapatan Levi’s meningkat 14% kepada nilai USD5.6 bilion Levi’s meletakkan sasaran untuk meraih dana sekitar…

Huawei-01
Kapital

Apa Yang Anda Perlu Tahu Daripada Pengharaman Huawei Di Beberapa Buah Negara

Reading Time: 3 minutes Pengasas Huawei, Ren Zhengfei merupakan bekas ahli teknologi dalam People Liberation’s Army Jualan iPhone telah menurun sebanyak 20%…

5G-reality-CES-content-2019

Apa itu 5G & Bagaimana Ia Bakal Merubah Dunia

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms 5G bakal menjana lebih kurang 3 juta pekerjaan baru…