fbpx

Malaysia Bakal Rugi RM1.8 Bilion Daripada Pengenalan Levi Pelepasan

Oleh : Kapital
10 Januari 2019 - 3:33 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Jumlah pelancong ke Malaysia dijangkakan akan berkurang sebanyak 500,000 pada tahun 2020
  • Anggaran jumlah levi pelepasan yang akan dikutip pada tahun 2020 adalah sebanyak RM400 juta

 

Pengenalan levi pelepasan dalam industri penerbangan akan menyebabkan ekonomi Malaysia kerugian sebanyak RM1.8 bilion pada tahun 2020. Ini berdasarkan laporan “Potential Deadweight Loss of Departure Levy” yang telah dikeluarkan oleh IDEAS.

 

Dalam pembentangan belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk mengenakan levi pelepasan bagi penumpang udara yang mahu terbang ke luar negara bermula pada 1 Jun 2019.

 

Cadangan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu penerbangan ke negara-negara Asean dan satu lagi kategori bagi penerbangan ke destinasi negara-negara lain selain Asean. Bagi penerbangan ke negara Asean, caj sebanyak RM20 akan dikenakan manakala penumpang udara ke destinasi negara lain perlu membayar RM40.

 

Image result for aviation in malaysia
Kredit: New Straits Times

 

Adakah ini satu langkah yang bijak?

 

Daripada sudut positif, langkah ini dilihat sebagai salah satu cara bagi menggalakkan pembangunan pelancongan domestik. Hal ini kerana, levi pelepasan hanya akan dikenakan bagi perjalanan udara ke destinasi luar negara dan bukannya destinasi dalam negara.

 

Dalam keadaan ekonomi yang masih kurang menentu pada hari ini, ramai menjangkakan levi ini mahu dilaksanakan supaya lebih banyak aliran wang disalurkan ke dalam negara berbanding luar negara.

 

Ini sudah pasti akan menguntungkan peniaga-peniaga dalam negara dan seterusnya merangsang lagi ekonomi negara.

 

Namun begitu, melalui satu analisa yang dijalankan oleh Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), pengenalan levi pelepasan ini akan memberikan kesan kepada Malaysia daripada sudut “kelebihan persaingan”.

 

IDEAS menyatakan bahawa levi pelepasan ini akan meluaskan lagi jurang persaingan di antara Malaysia dan negara-negara Asean yang lain. Levi ini akan memberikan caj tambahan kepada penerbangan udara sebanyak 7% hingga 9% melebihi negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

 

Kredit: IDEAS

 

Melalui perkiraan analisa yang dibuat, jumlah pelancong ke Malaysia dijangkakan akan berkurang sebanyak 500,000 pada tahun 2020 nanti.

 

Berdasarkan purata jumlah wang yang dibelanjakan oleh pelancong luar di Malaysia iaitu kira-kira RM3,169 bagi setiap pelancong, pengurangan jumlah pelancong ini akan menyebabkan kerugian kepada ekonomi Malaysia sebanyak RM1.8 bilion. Ini adalah jauh lebih tinggi daripada unjuran nilai levi pelepasan yang akan dikutip sebanyak RM400 juta pada tahun 2020.

 

Kredit: IDEAS

 

Ini bermakna kerajaan akan mengaut untung RM400 juta daripada levi pelepasan tetapi bakal rugi RM1.8 bilion berikutan pengurangan perbelanjaan pelancong luar di Malaysia.

 

“Ini menekan pasaran penerbangan Malaysia dan berkemungkinan menghadkan pertumbuhan pelancongan kerana negara jiran adalah lebih murah untuk dilawati,” ujar IDEAS melalui laporan yang diterbitkan mereka.

 

Dalam laporan yang dikeluarkan IDEAS ini juga ada menyentuh mengenai hubungkait antara industri penerbangan dan juga foreign direct investment (FDI). Levi pelepasan yang akan dilaksanakan ini bakal meningkatkan lagi kos bagi perdagangan antarabangsa dan pelaburan.

 

Apabila perjalanan ke Malaysia itu menjadi lebih mahal ia berkemungkinan akan menyebabkan syarikat penerbangan mengubah lokasi hab mereka ke negara lain untuk mengurangkan kos. Jadi, levi pelepasan ini mungkin akan memberikan kesan buruk kepada industri penerbangan dan secara tidak lansung juga memberi kesan kepada FDI.

 

Penerbangan udara merupakan medium pengangkutan antara negara dan sekiranya jaringan pengangkutan ini semakin baik maka pelaburan masuk ke dalam negara juga akan bertumbuh lebih pesat – Oxford Economics, 2011

 

Melihat kepada sasaran jumlah pelancong luar melawat Malaysia sebanyak 30 juta orang menjelang tahun 2020 nanti, adakah polisi levi pelepasan dalam industri penerbangan ini mampu membawa Malaysia untuk mencapai sasaran tersebut? Atau polisi ini hanya akan membawa ‘musibah’ yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia?

 

IDEAS bagaimanapun menyatakan ini hanyalah jangkaan awal mereka sahaja dan satu penilaian impak terhadap polisi ini perlu dibuat dengan lebih lanjut.

 

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Huawei-01

Mengapa Sesetengah Negara Mengharamkan Teknologi 5G Huawei

Reading Time: 3 minutes Huawei tidak layak untuk menyediakan infrastruktur 5G di UK Malaysia akan mengkaji sama ada perlu mengharamkan teknologi 5G…

China Numba 1-01
Kapital

Rekod Terburuk Pertumbuhan Ekonomi China Dalam Tempoh 3 Dekad

Reading Time: 3 minutes Kadar pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2018 yang direkodkan ialah 6.6% Bank pusat China telah menyuntik lebih banyak…

Apartment-01
Kapital

‘Henti pendekatan M40 tanggung subsidi rumah mampu milik’

Reading Time: 2 minutes Artikel ini pertama kalinya disiarkan di Berita Harian   KUALA LUMPUR: Penyertaan besar sektor swasta untuk membina rumah…

Myeg Mypay-01
Kapital

MyPay, Pesaing Baru MyEG

Reading Time: 3 minutes Saham syarikat HeiTech Padu telah meningkat naik melebihi 50% Sukaniaga dan MyAngkasa Holdings Sdn Bhd kini bekerjasama membangunkan…