fbpx

Mengapa Sesetengah Negara Mengharamkan Teknologi 5G Huawei

Oleh : Kauthar Rozmal
23 Januari 2019 - 8:26 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Huawei tidak layak untuk menyediakan infrastruktur 5G di UK
  • Malaysia akan mengkaji sama ada perlu mengharamkan teknologi 5G Huawei

Tahun lalu, Huawei buat pertama kalinya telah berjaya memotong Apple dari segi pegangan pasaran. Setakat suku ketiga 2018, Samsung berada di tangga pertama dengan 20.3% pegangan pasaran, Huawei 14.6%, Apple 13.2% dan Xiaomi 9.7%.

 

Selain itu, Huawei dijangka akan mengimplementasi teknologi 5G yang mampu menyediakan internet yang lebih pantas berbanding 4G. Walau bagaimana pun, oleh kerana tindakan syarikat daripada China ini yang melanggar sekatan yang dikenakan ke atas Iran dan Korea Utara, pelan membangunkan teknologi 5G di beberapa negara akan terbantut.

 

Amerika Syarikat merupakan pesaing terbesar China bagi bidang teknologi. Menurut satu laporan daripada Reuters, terdapat ura-ura bahawa kerajaan Amerika Syarikat akan mengharamkan syarikat telekomunikasi AS untuk membeli alatan teknologi daripada ZTE dan Huawei. Secara tidak lansung tindakan ini akan membantutkan pelan implementasi 5G Huawei di AS.

 

Sementara itu, di United Kingdom (UK), menteri pertahanannya menyatakan bahawa pengharaman teknologi 5G Huawei perlu atas alasan keselamatan. Sebuah syarikat telekomunikasi di sana, BT Group menyatakan Huawei tidak layak untuk menyediakan infrastruktur 5G di sana.

 

Kredit: Reuters

 

Dalam pada itu, Universiti Oxford tidak akan menerima apa-apa dana daripada Huawei bagi tujuan penyelidikan di Universiti tersebut. Hal ini kerana kerisauan orang awam berkenaan kerjasama Oxford dan Huawei.

 

Sebuah lagi negara Eropah, German, sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan Huawei daripada menyediakan infrastruktur 5G di sana juga atas alasan keselamatan.

 

Baca: 3 Strategi Xiaomi Menjadi Syarikat Telefon Keempat Terbesar

Selain itu, Huawei turut menerima tentangan yang kuat daripada Australia dan New Zealand yang telah mengharamkan syarikat itu membekalkan peralatan 5G di negara mereka kerana Huawei dikatakan melakukan intipan siber bagi pihak China.

 

Semenjak penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou, Huawei terpalit dengan pelbagai kontrovesi dengan beberapa buah negara. Beliau ditahan kerana telah melanggar sekatan AS terhadap Iran.

 

Hal ini telah menambahkan lagi ketegangan terhadap perang dagangan US-China.

 

Bagaimana pula dengan Malaysia?

 

Semasa dialog Tun Dr Mahathir di Oxford, beliau telah disoal tentang pendirian kerajaan Malaysia mengenai penggunaan infrastruktur 5G Huawei di Malaysia. Dalam jawapan balas, Tun M menyatakan Malaysia akan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan mengharamkannya kerana tidak hanya mahu mengikut apa yang dilakukan oleh negara lain.

 

Image result for tun m oxford
Kredit: Youtube

 

Setakat ini, Malaysia masih belum menemui sebarang bukti bahawa Huawei melakukan aktiviti pengintipan di negara kita.

 

Turut memberi pandangan mengenai isu ini adalah Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin. Menurut beliau biarpun penggunaan teknologi pada masa kini mampu meningkatkan produktiviti kehidupan seharian, ia juga boleh digunakan pihak tidak bertanggungjawab bagi mencuri maklumat individu serta sesebuah negara.

 

“Kita mempunyai alasan yang baik untuk takut terhadap pembangunan teknologi 5G oleh China kerana dalam perkembangan dunia hari ini, negara bukan saja menghadapi isu pencerobohan kedaulatan wilayah, sebaliknya turut membabitkan isu pencerobohan maklumat digital.

 

“Ia kerana pada masa kini, maklumat mengenai apa yang kita lakukan, ke mana kita pergi, apa yang dibeli termasuk apa yang diperkatakan boleh diekstrak menerusi peranti digunakan setiap hari” – Tun Daim

 

Adakah Malaysia akan mengharamkan penggunaan teknologi 5G Huawei?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Apartment-01

Diskaun, rebat dan ‘cashback‘. Apa perbezaannya?

Reading Time: 2 minutes Jika anda biasa lihat kepada poster, risalah dan iklan pemaju, anda pasti akan perasan perkataan seperti diskaun, rebat…

Levis-01
Kapital

Buat Peminat Tegar Levi’s, Ini Peluang Anda Untuk Melabur

Reading Time: 3 minutes Pada tahun 2018, hasil pendapatan Levi’s meningkat 14% kepada nilai USD5.6 bilion Levi’s meletakkan sasaran untuk meraih dana sekitar…

Huawei-01
Kapital

Apa Yang Anda Perlu Tahu Daripada Pengharaman Huawei Di Beberapa Buah Negara

Reading Time: 3 minutes Pengasas Huawei, Ren Zhengfei merupakan bekas ahli teknologi dalam People Liberation’s Army Jualan iPhone telah menurun sebanyak 20%…

5G-reality-CES-content-2019

Apa itu 5G & Bagaimana Ia Bakal Merubah Dunia

Reading Time: 2 minutes Teknologi 5G menjanjikan kadar latensi bermula serendah 1 ms 5G bakal menjana lebih kurang 3 juta pekerjaan baru…