fbpx

Misi Pencarian Kontraktor Baru ECRL

Oleh : Wan Syarafiz
24 Januari 2019 - 4:35 pm

Reading Time: 3 minutes
  • Kerajaan mahu mengurangkan kos projek ECRL kepada RM40 bilion
  • Penglibatan lebih banyak produk dan servis tempatan dalam pembinaan ECRL juga diletakkan sebagai salah satu syarat

 

Kerajaan Malaysia kini sedang mencari kontraktor baru bagi pembinaan Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) selepas kontrak asal yang dianugerahkan kepada China Communication Construction Company (CCCC) telah ditamatkan.

 

Pada awal pelancaran projek ini pada tahun 2016, kos keseluruhan projek dianggarkan bernilai RM55 bilion. Namun kenyataan ini telah disangkal oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Julai lepas dengan menyatakan projek tersebut sebenarnya memakan belanja sebanyak RM81 bilion.

 

Kini, kerajaan dikatakan mahu mengurangkan kos keseluruhan projek tersebut kepada 50% daripada kos asal. Ini bermakna daripada kos RM81 bilion ini, kerajaan mahu mengurangkannya kepada kos sekitar RM40 bilion sahaja.

 

Sebagai rekod, kerja-kerja pembinaan landasan sepanjang 688km yang menghubungkan bahagian timur dan barat Semenanjung Malaysia telah digantung sejak Julai lepas. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran yang baru untuk menyemak semula projek-projek infrastruktur mega selepas memenangi Pilihan Raya Umum yang lepas.

 

Baca: ECRL: Diluah Mati Emak, Ditelan Mati Bapa

 

Image result for ecrl
Kredit: The Malaysian Times

 

Setakat 15 Februari 2018, Malaysian Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah membuat bayaran pendahuluan bon sebanyak RM10.02 bilion dan RM9.67 bilion bagi kerja yang telah siap kepada China Communication Construction Co (CCCC).

 

Ekoran itu, Kementerian Kewangan telah memberhentikan projek ECRL buat seketika bagi membincangkan semula perjanjian antara MRL dan CCCC untuk mengurangkan kos projek.

 

Menurut The Straits Times, kerajaan Malaysia telah meletakkan RM40 bilion sebagai tanda harga maksimum bagi ECRL dan dalam masa yang sama mahu lebih banyak produk dan servis tempatan dilibatkan dalam pembinaan projek tersebut. Bagaimanapun, permintaan ini dikatakan tidak mampu dipenuhi oleh CCCC.

 

Tun Daim dalam kenyataannya kepada wartawan memberitahu bahawa projek ECRL akan diteruskan dengan beberapa rundingan kini sedang dijalankan. Beliau yang sebelum ini telah dihantar oleh Tun Mahathir untuk ke China bagi membincangkan projek ini bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut dengan pihak manakah rundingan tersebut dijalankan.

 

Baca: Kontrak projek ECRL aneh, kata Tun M

 

Projek yang dikendalikan oleh CCCC ini mendapat pembiayaan daripada Bank Exim China dengan menanggung 85% projek sepanjang 688 kilometer ini. Berbeza dengan kebanyakan projek kerajaan yang lain yang menggunakan buruh asing dari pelbagai negara, ECRL pula menerima kehadiran pekerja dari China yang menguasai satu perlima daripada 4,000 tenaga kerja.

 

Pendek kata, hampir keseluruhan projek ini dari sekecil hingga sebesar perkara datang dari China.

 

Related image
Kredit: mole.my

 

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, projek ECRL ini dilihat sebagai satu kontrak yang aneh. Ini kerana, ia bukanlah satu amalan yang normal untuk sesebuah projek yang dilaksanakan di Malaysia tidak menerima pembiayaan kewangan secara langsung daripada negara penghutang.

 

“Kontrak ini aneh. Kontraktor datang dari China, pinjaman dari China. Dan duit (hutang) itu pula yang sepatutnya berada di Malaysia tidak berlaku sebaliknya masih berada di China untuk dibayar kepada syarikat kontraktor di China,” katanya dalam satu temubual pada tahun lepas.

 

Tambah beliau lagi, bayaran kepada CCCC dibuat bukan berdasarkan kepada kerja yang telah diselesaikan, sebaliknya hanya berdasarkan kepada jadual yang ditetapkan sebelumnya (pre-determined). Dalam masa yang sama, wujud kemungkinan wang yang dibayar untuk ECRL ini digunakan bagi membayar hutang 1MDB.

 

Dalam kenyataan terbaru Tun Mahathir, beliau menyatakan tidak mengetahui sama ada kontrak projek ECRL bersama CCCC ini telah ditamatkan kerana baru sahaja pulang dari luar negara.

 

Melihat kepada situasi ini, sekiranya kerajaan mampu mencari kontraktor baru bagi membangungkan ECRL pada kos RM40 bilion semestinya disambut sebagai berita baik kerana banyak penjimatan boleh dilakukan. Namun, timbul kerisauan bagaimana pula dengan nilai pampasan yang perlu dibayar kepada pihak CCCC nanti? Sekiranya nilai pampasan ini terlalu tinggi, adakah ianya berbaloi untuk melantik kontraktor yang baru?

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini

Featured Image 18-01
Kapital

Teknologi AI Tingkatkan Kadar Inovasi Dua Kali Ganda Menjelang 2021

Reading Time: 2 minutes AI merupakan cabang sains komputer untuk menghasilkan ‘smart machines’ dengan kemampuan melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan ‘human intelligence’ Hasil…

Nissan-01
Kapital

Hubungan Renault-Nissan Ibarat Retak Menanti Belah

Reading Time: 3 minutes Pertikaian di antara Nissan dan Renault terjadi kerana CEO Nissan merasakan hubungan perniagaan yang terjalin adalah tidak seimbang dan…

Featured Image 10-01
Kapital

Fenomena Ekonomi Gig Jadi Pilihan Generasi Muda

Reading Time: 3 minutes 26% daripada populasi pekerja di Malaysia adalah mereka yang berkerja sendiri (self-employed) 10%-20% pekerja sahaja yang mempunyai perancangan…

Featured Image 3-01
Kapital

Bank Maya, Bank Masa Hadapan

Reading Time: 3 minutes Bank Negara akan mengeluarkan syarat pelesenan bank maya hujung 2019 BigPay, GrabPay, Boost, Touch n Go dan Vcash…